Tuesday, July 31, 2007

Mat Bunga

La ni dok diam-diam tunggu pokok besaq... Jadi tukang kebun/mat bunga/petani... Ni dia gambaq bunga-bunga dan sikit pokok-pokok kat rumah...


bunga lawa

bunga gebu

Ni pulak 2 spesis keladi... Dok buat taman keladi... heheh...


spesis 1, Mak Mizi bagi

Spesis 2, Amik kat kedai makan Mak Cik Serdang

in the making of taman keladi


Walaupun kadang2 sakit belakang dan jari2 pasal dok hayun cangkul, tapi sebulan lepas menghayun puas hati senan Alhamdulillah pokok2 bagi respon yang baik punya :)

Nama pokok bukan saya fasih lagi, dok layan tanam dan cakap ngan depa je... heheh...

Selamat:)

15 comments:

KakNi said...

Terasa happy pulak saya ni sebab doktor izhal ni dah aktif semula berblog.

Saya geram betul dengan keladi sebab nanti lama2 bila dah bercambah-cambah dan bercambah-cambah lagi ubi dia, masa tu susah nak control tapi pokok keladi memang cantik.

blackpurple @ jowopinter said...

Eh! Patutlah terasa nak singgah sini. Rupanya ada cerita baru. Kabare mas?

Tahniah! Kerana mencintai unsur-unsur lanskap dan hortikultur hiasan!

Keladi yang paling bawah itu juga salah satu spesis kesukaan, Alocasia maccrohiza.

Sastri said...

haaa... ada pun... sas pun tetiba tergerak nak jengah blog ni... waaa... banyak dah tanam ek... selamat menyambut baby baru yang due hujung bulan ni... semoga selamat semuanya... :D

JIE said...

Selamat kembali! Lama sungguh dok sengap, rindu plak nak nengok gambar Faiq ngan Izz Farish :-) Tahniah nak dapat new addition, nanti buat post announcement, letak gambar baby sekali ye!

maklang said...

selamat kembali....

tahniah jugak dr...

gus said...

Keladi lawa. Rumput sekeliling pun lawa. Macam nak bentuk japanese garden je nih...

Kalau letak batu2 bujur/bulat putih dalam petak keladi mesti lawa.

Good to see u back!

Anonymous said...

Kembali berblog......... moga ceria2 selalu.....

Unknown said...

Selamat Kembali. Dengarnya bakal menerima cahamata ketiga yer. Semoga ceria selalu yer Dr

silversarina said...

salam perkenalan...I bloghopped from kak lady's blog.

cantik jugak bunga-bunga tu...I pun tak fasih pasal bunga tapi suka lihat bunga yang subur dan segar...

Izhal said...

ahni,
ya la tu... dia macam pokok rotan dan pisang juga... suka membiak... la ni taman keladi ni dah lain... ni gambar lama...

bp,
ikut gerak hati, saya pun terasa macam anda nak menjenguk taman keladi...

sastri,
terima kasih daun keladi, baby
lahir Insya-Allah saya paste di sini :)

jie,
terima kasih, dok suspen jugak ni... doa-doakanlah semuanya okay, macam keladi ni...

maklang,
selamat kembali juga...

agus,
lawaaa kaaa??? tq... bagus cadangan tu tapi la ni dah letak batu slab petak2 keliling keladi... dan keladi dah ada 3 spesis...

ajzie,
tq... macam iklan tv3 yang ceria :)

yus,
iye... tu yang ceria tu heheh... haritu lepas landing kapal terbang doktor cakap dah mengandung :)

loveujordan,
salam perkenalan... dengar cerita orang arab suka tengok pokok semalu... hmmmm... betoi ke?

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
ADA TIME JENGUKLAH LAGI...

pB said...

Salam ...

Lama tak singgah ...

Ingat ker dah betul betul pencen tadik..

Izhal said...

izhal to pb,

tu la... dah pencen dah ni... tapi bolh dikira on-contract basis buat blog ni heheh...

simah said...

oit izhal.. rindu la sama u! welcome back!...cantik la gambar pokok kat rumah u ni.. ni sapa yg jaga ni? puan farah ker u yg jaga...?

aNIe said...

Izhal...selamat kembali...apa khabar izhal...dah berkebun pulak ye...Takpelah kalau sakit2 belakang mencangkul...hilang sakit bila tengok pokok2 subur...kan?

Anonymous said...

Doc kalau tanam pokok cekur pon cun gak, sambil boleh digunapakai orang umah nanti masa pantang