Wednesday, December 06, 2006

Assalamualaikum wbt :)

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga sudah ku cari,
Mana nak sama dengan korang tiga orang...



Gerai Adam A.K.A Adam Seafood A.K.A Medan Fasa 1

Faiq - Masih rindukan Jepun
Izz Farish - Sudah selesa dan enjoy Malaysia
Puan Fara - Macam dialah heheh...
Izhal - Rambut sudah pendek dan macam dia jugalah heheh...

-The Cherisher of Mankind-

p/s (bukan pendek untuk Play Station ya) - Terima kasih layan kerenah kami dulu di Hamamatsu dulu...

Saturday, September 23, 2006

Sayonara dari Hamamatsu-Now!!!

Dulu kami datang 3 tiket...


ada pakej dari malaysia!!!

aish!!! ada hadiah suruh melancong ke???

banyaknya destinasi menarik ni...

ohhhh tidak... tiket jemputan pulang, Alhamduillah... legaaaa :) 3 tahun 4 bulan kami tunggu tiket-tiket ini sampai...


La ni balik 4 tiket, Alhamdulillah :)

Update hampir setiap hari,
Namun tamatlah blog ini,

Terima kasih daun keladi,
Kalau tersilap maafkan kami...


izz farish...

faiq...

mami depa...

abah depa...


we were in Hamamatsu :)


-Thank you for reading Hamamatsu-Now!!!-
(: Izhal, Fara, Faiq & Izz Farish :)

ps-terima kasih (arigatogozaimashita) kepada semua warga malaysia Hamamatsu dan juga kawan-kawan di Kawahito Laboratory... juga kepada ahli keluarga di mana sahaja mereka berada dan tak lupa, pembaca Hamamatsu-Now!!! Assalamualikum wbt :)

Friday, September 22, 2006

Agama Hamamatsu...

Naluri azali manusia sejagat sentiasa mencari sesuatu yang hendak disembah. Memang dijadikan begitu... Tuhan dicari oleh berbagai kaum tapi masalahnya Tuhan itu tidak kelihatan... Tapi ada juga yang tidak percayakan Tuhan... Ada juga yang mengatakan hantu itu Tuhan... hmmmm...


jinja (kuil) kecil...

bahagian dalam jinja...

pintu gerbang di jinja (kuil jepun)

Tidak ketinggalan juga manusia di Hamamatsu, mereka juga mencari Tuhan... Hasilnya berhala-berhala dibuat untuk disembah...


singa penjaga jinja...

Di Hamamatsu, mereka mengamalkan agama menyembah alam semula jadi, Shinto... Ada juga beragama Budha Shinnang... Tuhan yang mereka ketemu adalah semangat-semangat ghaib... Ada semangat yang menjaga langit, ada yang menjaga api dan macam2 lagi... Ada semangat yang baik dan ada yang jahat... Hasil ajaran agama ini, mereka harus berbuat baik dan menjaga alam ini... Bila saya sembang dengan kawan, bayangan syurga mereka serupa dengan syurga Islam... Ada bidadari cantik, ada sungai luas, udara nyaman, semua manusia sama dan macam2 lagi persamaan...


altar...

Macam kita, ada juga bida'ah-bida'ah yang mereka lakukan... Contohnya, bila membeli kereta baru, tok sami akan menjampi agar kereta selamat.... Di Malaysia, ada juga upacara membaca Ya'sin bagi tujuan yang sama...


pintu masuk...

Sebenarnya cara betul untuk melihat Tuhan bukanlah dengan mata kasar, tapi dengan mata hati melalui Iman... Sebagai orang Islam kita percaya kepada Allah Subhanahuata'ala... dan Dia menurunkan ayat yang membawa maksud agama kita untuk kita dan agama mereka untuk mereka... Kita juga disuruh supaya jangan mengecam agama lain... Mungkin kerana agama lain itu niatnya murni, untuk mencari Allah, namun tidak ketemu...

- Hari ni solat jumaat pertama di Masjid Hamamatsu :) -

Thursday, September 21, 2006

Kedai Potong Hamamatsu :)

Jika anda pernah nampak di Malaysia bersepah2 kedai potong kereta... Di kedai2 ini bahagian gantian bagi kereta2 Jepun mahupun German boleh dibeli dengan murahnya... Mungkin ramai wanita2 yang ingat kereta2 di kedai tersebut adalah kereta yang dah barai sebab mengalami kemalangan... Ohhhh tidakkkk...


tuan nazeer (big boss man)

akan dipotong...

akan dipotong juga...

akan dipotong juga...

potong macam sushi...

jejaka idaman hamamatsu...

Bahagian2 kereta tersebut adalah dari kereta yang elok yang diimport dari Jepun dan mungkin juga dari Hamamatsu!!! heheh... Ianya dibeli dari pasar lelong kereta di Jepun... Kemudian dipotong2 dan diambil bahagian2 yang elok dan dimasukkan dalam kontena dan dieksport ke Malaysia... Iya, ada banyak kedai lelong kereta di sekitar Hamamatsu :)


tengah kena potong...

tukang potong dan kereta akan dipotong...

'Hamamatsu hebat' juga tak ketinggalan dalam perniagaan lumayan ini. Di sini ianya diklolakan oleh seorang peniaga dari Singapura bernama En. Nazeer Cafoor... Saya terjumpa dia 2 tahun lepas di sini... Kali ini dia membantu saya untuk menghantar barang2 saya balik ke Malaysia menggunakan kontena... Alhamduillah jumpa dia ni, kalau nak shipping pakai syarikat jepun, baik tak payah shipping sebab harganya terlalu power...


cara duduk atas kereta nak kena potong...

Oh ya di kedai lelong kereta ini anda boleh beli kereta dari grd 1 bintang sampai ke 5 bintang... Kalau dah sampai 5 bintang tu maksudnya macam kereta baru le... Sebabnya kereta 5 bintang boleh masuk pasar lelong mungkin kerana ada orang kaya jepun beli kereta, pakai 3 bulan dan tak suka lalu terus dia lelong... heheh...


sikit lagi kena potong...

fork lift di kedai potong...

batu di kedai potong...

Di syarikat En. Nazeer, ada orang dari rusia dan malaysia bekerja sebagai pemotong kereta dan seorang jepun sebagai kerani... best job in the world neee... kalau lelaki sejati masuk kedai ni, pasti terasa macam masuk IKEA atau KLCC neee...


dah kena potong dan di susun smentara...

dah kena potong seat ni...

motor...

enjin dah kena potong...

fork lift in action!!!

potongan hebat...

barang2 nak bawak balik malaysia...

Negara-negara beli kereta potong dari Hamamastu adalah Malaysia, Afrika, Dubai, Rusia dan kadang2 Amerika... Oh, seperti idaman semua lelaki sejati, saya telah dapat naik forklift heheh...

-hidup kedai potong-

Monday, September 18, 2006

Janji update Hamamatsu Style

Assalamualikum wbt,

Ada banyak cerita2 menarik tentang Hamamatsu seperti gambar dari kedai potong kereta, jamuan makan sushi dan jamuan makan kedai pakistan di sekitar Hamamatsu ni... Tapi gambarnya belum sempat di muat turunkan (download) ke dalam pc ni...




TAPI, sempena dengan semangat JANJI 'UPDATE', terimalah lagu 'Stranger Than Love' oleh kumpulan Harem Scarem yang didendangankan oleh Faiq dengan Ryhtmist kacak dan tampan merangkap Lead Guitarist, tak lain dan tak bukan, guitarist kumpulan Euphoria yang bernama Izzie the Great... (panjang ayat tuuuu) Oh yaaa...lagu ini ditujukan khas kepada Geng Angkat Kotak Hamamatsu yang terdiri dari En. Aizad, En. Afiq, En. Shukri, En. Suhaidi, En. Saufi, En. Sazli, En. Imran yang baru2 ini banyak berjasa kepada kami sekeluarga :) Arigato-Gozaimashita!!! dan juga ditjukan kepada semua orang di Hamamatsu... dan juga semua orang yang baca blog ini yang rajin beri maklumbalas... dan juga orang yang rajin baca blog ini tapi diam... dan juga orang yang tak pernah baca blog ini tapi rajin layan gambar dalam blog ini...dan juga orang yang suka bercakap2 di kotak jerit (shout box)...

-dan juga untuk anda-

Friday, September 15, 2006

Kimono...

Pakaian tradisional perempuan jepun atau lebih dikenali dengan nama glamernya kimono juga dijual di Hamamatsu... Kainnya lembut dibuat dari sutera kot... motifnya ada dari bunga atau haiwan...


kimono...

motif bunga...

Untuk melengkapkan kimono, si pemakai mestilah mengenakan selipar jepun yang cantik danhandbag yang comel... Lepas itu rambut mestilah disanggul... Perasan tak kalau wanita jepun pakai kimono ni depa berjalan anak2 gitu... Ianya disebabkan potongan kimono tersebut yang menghalang si pemakai dari mengambil langkah ala-ala 'cat walk' gitu...


handbag kimono...

bengkung dan talipinggang kimono...

sanggul rambut si pemakai kimono kot...

selipar jepun...

Ada aksesori lain juga yang mesti dikenakan dngan kimono supaya ianya lengkap. Ada bengkung cantik di belakang dan juga tali pinggang halus... Di mana nak beli semua ni??? Di kedai jual kimono le...


set intuk budak2 perempuan...

Di kedai tersebut anda boleh memilih nak beli yang sudah siap ataupun membeli kain dan menempah kimono... Tapi mak aiii yang dah siap tu harganya 400,000 yen (RM12,000) heheh... Kalau beli kainnya pula dalam lingkungan 50,000yen(RM1500)...


kedai kimono di jusco...

harga kimono...

kain lepas kot...

La ni di jepun ada kempen memurahkan kimono agar pakaian tradisional depa ni boleh dipakai seharian... Iyelah, kalau dah 400,000yen baik beli kereta je... Mungkin satu hari nanti harga kimono ni boleh jadi murah macam harga Yukata iaitu satu lagi pakaian tradisional jepun yang selalu orang bukan jepun ingatkan kimono... Jadi kalau anda ke Jepun, bawalah duit banyak2 untuk beli seheali...

- Selamat berhujung minggu :) -

ps- kalau berminat nak tahu siapa player2 Hamamatsu-Now!!! dan penyokong di sebalik tabir, lawatlah blog ija, adik bongsu saya... jarang saya baca blog dia pasal dia tu malas sikit nak update... tapi entrynya kali ini membuat saya tersengeh...

Thursday, September 14, 2006

Musim Menuai Hamamatsu :)

Musim menuai telah tiba di Hamamatsu... Alhamdulillah dapat makan lagilah orang2 Hamamatsu ini hasil dari sawah comel mereka... Oleh sebab sawah depa ni comel, maka mudahlah depa nak tebarkan jaring agar burung tak makan padi...


scene 1

jaring padi...

jaring lagi...

Bila musim menuai, kita nampak sawah comel mereka ni penuh dengan kehidupan... Padi menguning, burung berterbangan, labah2 sawah melepak, orang menuai padi,dan macam-macam lagi perkara biasa yang ada di sawah...


padi jepun...

padi jepun lagi...

padi spider...

Yang seronoknya, pemandangan sawah padi di Hamamatsu ini juga dikomposisi oleh benda-benda moden dan kontemperori seperti orang naik shinkansen, orang memandu kereta dan membeli belah tepat2 bersebelahan sahajaa...


sawah di big fuji...

padi tunduk...

sawah, jalan raya dan jalan shinkansen...

Di sini, lepas padi dituai, depa ikat batang2 yang tinggal dan susun banyak-banyak... nampak macam orang beratur kalau sekali pandang...


setelah dituai batang padi berkawad...

Walaupun Hamamatsu ini bukanlah jelapang padi Jepun, namun setiap inchi tanah yang ada depa usahakan... Iyelah, usaha kan tangga kejayaan... Laju kannn, rasanya musim bunga haritu depa tanam... Rasanya saya ada post dulu pasal sawah waktu musim menanam, tapi tak jumpa la pula... Ke tak pernah post... hmmmm... Walaubagaimanapun, baru 3 bulan lebih sikit dari waktu depa tanam haritu dan dah berhasil... Patutlah depa tak perlu import beras dari negara lain... Tapi beras siam ada di sini... Hebatkan Siam :)

-teringat Kedah Darul Aman la pulaaa-