Pertengahan bulan di mana bulannya penuh. Memang macam tu untuk bulan Islam mana-mana bulan pun. Tak percaya tenagok langit waktu malam di pertengahan bulan.
Masa bulan macam ini memang bagus untuk tengok setengah bulan yang penuh. Lawa bulan masa ni. Terang benderang sampai ke jalan KTJ (kampung teras jernang) boleh lalu pukul 2 pagi tanpa buka lampu kereta. Saya pernah buat zaman bujang dulu bersama Owen (sah-sah bukan nama sebenar...)
Cahaya bulan semua orang pun tahu tak wujud. Dia pakai cahaya matahari. Tapi bila dia pakai, nampak cantik. Pandai si bulan pakai cahaya.
Sedikit fakta tentang CAHAYA-Bergerak pada kelajuan lebih kurang 300,000km/s-Bergerak mengikut gelombang elektromagnetik dan juga mengikut radiasi-Terjemahan dalam bahasa Jepun-Hikari-Digunakan untuk mencipta malaikat.
Setengah bulan penuh ini juga menyaksikan hujan lebat, renyai-renyai dan juga ribut petir di satu dua tempat di Semenanjung Malaysia yang menghasilkan langit malam di mana bulan dipagari bintang. Rasa nak memetik bintang waktu raya ni. Mesti sotong, ketam dan makhluk seumpamanya yang duduk dalam laut tengah gemuk-gemuk masa bulan macam ni... Dipetik nelayan la depa...
Waktu ini ada bulan penuh. Ramai sahabat lama tak jumpa boleh jumpa waktu bulan terang ini. Dari jauh seberang laut depa datang dengan berita gembira. Ada juga sahabat lama jadi saudara sebab adik ipar saya kawin adik kawan saya... Hebat bulan ni... Apa tunggu lagi? Bulan penuh di separuh bulan masih cantik. Lekaslah pergi tengok.
Tapi... Ada juga dikalangan saudara-mara saya yang pulang ke Ilahi baru-baru ini. Inalillah... Alfatihah buat arwah Wak Amat... Semoga roh beliau ditempatkan di tempat yang baik-baik dan terang hendaknya serta usaha-usaha beliau sewaktu masih hidup berbuah di dunia yang ditinggalkannya ini, AMIN... Tapi... Lagi satu Syawal yang lawa dimana setengah bulan penuh masih boleh dinikmati. Alhamduillah...
Jadi... Semua di Hamamatsu-Now Sdn. Bhd. ingin mengucapkan buat semua di dunia yang fana ini...
...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR SERTA BATIN :)
-izhal-fara-faiq-izz farish-emir-
18 Syawal 1428
Family hack blog which started in Hamamatsu way back in 2005. Linked to our youtube channel that started way way back in 2006.
Tuesday, October 30, 2007
Saturday, August 25, 2007
Kelahiran dan Pangkat
Assalamualikum wbt,
Ketibaan duli-duli yang maha mulia heheh...
bosan menunggu...
bosan juga menunggu... (pak ngah dan mak ngah)
Saya dapat 'call' 10am. Terus pecut balik rumah ambil keluarga semua dan pecut pi Hospital Serdang.
22.8.2007 Emir bin Izhal telah selamat lahir di Hostpital Serdang jam 12.54pm. Alhamdulillah semuanya lancar...
Beratnya 2.99kg.
Bapanya ter'miss' sekali lagi detik2 kelahiran oleh kerana nak hantar lagi dua anak pulang ke rumah nenek di bangi...
Sekarang lagi dua kanak2 di rumah naik pangkat. Abang Faiq (dulu dikenali sebagai abang go-go) jadi abang long. Adik Izz Farish (dulu dikenali sebagai adik tung-tung) jadi Abang Ngah...
genki desu-neeeee...
dalam wad hospital serdang...
Embah Oyot dan Cicit...
Ketibaan duli-duli yang maha mulia heheh...
bosan menunggu...
bosan juga menunggu... (pak ngah dan mak ngah)
Saya dapat 'call' 10am. Terus pecut balik rumah ambil keluarga semua dan pecut pi Hospital Serdang.
22.8.2007 Emir bin Izhal telah selamat lahir di Hostpital Serdang jam 12.54pm. Alhamdulillah semuanya lancar...
Beratnya 2.99kg.
Bapanya ter'miss' sekali lagi detik2 kelahiran oleh kerana nak hantar lagi dua anak pulang ke rumah nenek di bangi...
Sekarang lagi dua kanak2 di rumah naik pangkat. Abang Faiq (dulu dikenali sebagai abang go-go) jadi abang long. Adik Izz Farish (dulu dikenali sebagai adik tung-tung) jadi Abang Ngah...
genki desu-neeeee...
Jutaan terima kasih ditujukan kepada staff hospital serdang yang hebat, cekap lagi baik dan professional. Setaraf dengan hospital hamamatsu depa ni... Highly recommended by me!
dalam wad hospital serdang...
Embah Oyot dan Cicit...
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga aku boleh pi cari,
Tapi tak sama macam korang tiga orang...
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga aku boleh pi cari,
Tapi tak sama macam korang tiga orang...
-saya cuti sampai merdeka heheh-
Friday, August 10, 2007
Tempat Bersejarah
Baru-baru ni saya sempat pi melaka dengan kawan lama sorang. Kami pi sebab nak wakilkan bapa dia yang tak dak kesmpatan nak pi kenduri kawin di sana. Oleh sebab dia bujang dan saya cas bujang time tu, kami ambil kesempatan untuk ronda2 melaka sampai malam.
Sesetengah peninggalan sejarah kat melaka ni saya rasa tipu gila. Macam makam hang tuah tu, betul ka? Ka untuk tarik pelancong? Mengikut sejarah, si tuah ni ghaib... tak mati... heheh...
Saya rasa semua orang tau sejarah hang tuah yang 'official'... Ini version saya yang kureng popular dan memang tak 'official'. Hang tuah ni pandai mainkan semua pihak. Dia tacklekan perempuan tempatan macam tun teja untuk raja. Dia juga tackelkan amoi-amoi dari cina untuk raja. Dia juga tukang takcelkan puteri gunung ledang untuk raja... Waktu dia dok usha puteri gunung ledang, dia juga handle project mega iaitu pembikinan jembatan emas yang tuan puteri tu nak...
Sampai la ni takdak peninggalan jembatan emas tu... Projek tu saya rasa dah diseleweng dek hang tuah sdn bhd. lepas tu dia ghaib, kemungkinan besar lari overseas bawak semua emas tu, bukak swiss bank akaun dan hidup senang kat scotland...
Peninggalan sejarah melayu yang tinggal la ni semuanya kurang 'magnificent'. Ada la perigi buruk satu, makam yang tak patut ada satu... Peninggalan bangunan batu yang menunjukkan kemajuan teknologi pembinaan pun yang ditinggalkan dibuat dek belanda, portugis dan inggeris... Yang kita buat bangunan batu melekat sampai zaman ni dibina lewat kurun ke 18 . Kalau melaka sehbat yang dicanag2kan, apsal zaman dulu (sekitar abad ke 15) dia takdak bangunan hebat-hebat macam majapahit, kemboja dan siam? Depa punya 'architectural ruins' lagi hebat...
Walaubagaimanapun, peninggalan paling syok kat melaka adalah WISMA PONDOK... heheh... Tempat duduk bersantai kawan lama saya bila dia balik kampung...
Tuesday, July 31, 2007
Mat Bunga
La ni dok diam-diam tunggu pokok besaq... Jadi tukang kebun/mat bunga/petani... Ni dia gambaq bunga-bunga dan sikit pokok-pokok kat rumah...
Ni pulak 2 spesis keladi... Dok buat taman keladi... heheh...
Walaupun kadang2 sakit belakang dan jari2 pasal dok hayun cangkul, tapi sebulan lepas menghayun puas hati senan Alhamdulillah pokok2 bagi respon yang baik punya :)
Nama pokok bukan saya fasih lagi, dok layan tanam dan cakap ngan depa je... heheh...
Selamat:)
Ni pulak 2 spesis keladi... Dok buat taman keladi... heheh...
Walaupun kadang2 sakit belakang dan jari2 pasal dok hayun cangkul, tapi sebulan lepas menghayun puas hati senan Alhamdulillah pokok2 bagi respon yang baik punya :)
Nama pokok bukan saya fasih lagi, dok layan tanam dan cakap ngan depa je... heheh...
Selamat:)
Wednesday, July 11, 2007
Seri Putra Now
La ni dah pindah ke Bandar Seri Putra... Satu kawasan perumahan baru yang berumur 4 tahun... Sebaya dengan Faiq...
Izz Farish nak dapat adik baru dah tak lama lagi... Doa2kanlah bagi kena 31 Ogos 2007... heheh...
Izz Farish nak dapat adik baru dah tak lama lagi... Doa2kanlah bagi kena 31 Ogos 2007... heheh...
Subscribe to:
Posts (Atom)