Inilah yang disukai oleh Majlis Perbandaran Kajang... Rakyat Selangor yang rajin bergotong- royong agar kawasan mereka bersih dari segala macam kekotoran dan penyakit. Kami sebagai kong-kong sukarela memang suka benar nak menanggung beban mencuci longkang, trim pokok, dan menyapu jalan... Kami kesian kat MKPJ kerana terlalu sebok sehingga setahun sekali pun payah nak nampak datang cuci longkang kawasan kami dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...
Gambar-gambar dibawah tiada kena-mengena dengan mana-mana kong yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Persamaan dengan mana-mana manusia adalah kerana kebetulan atau kerana terambil gambar pelanduk dua serupa sahaja...
Kong bekerja dilarut malam...
Penyucian longkang oleh kong pandai ekonomi...
Kong paling mahal di Malaysia...
Hobi kong paling mahal di Malaysia...
Kaum kong hawa bergotong-royong sambil bersenang-lenang...
Pondok kong...2 orang kong terhandal di daerah Kajang
Kong-kong sukarela bersama Chief Kong (Berbaju putih)
Anak kong dan pisang...
Kong nak makan pisang...
Kong paling pandai posing...
4 Kong berteduh seketika...
Kong duduk selesa...
Serangkap pantun gotong-royong...
Halau hantu pakai kelapa,
Kelapa mujarab nak halau jin,
Tuan-puan nak contohi siapa?
Pihak berwajib atau rakyat yang rajin?
-Spey Master-