HAPPY BELATED BIRTHDAY IJA... KAWIN CEPAT, FAIQ N IZZ FARISH NAK SEPUPU BARU...
Unagiri adalah makanan ringan orang Hamamatsu yang kalau dimakan banyak2 mengenyangkan dan boleh dianggap jadi makanan berat... Kali ini kita tengok Unagiri dari Osaka... Ianya dibungkus dalam daun buluh dan ada cap besar yang tulisannya entah apa entah...Maafkan selingan tadi :D
Biasanya inti unagiri samada serunding ikan style jepun, asam, kerang atau apa2 makanan laut yang dikepal jadi bentuk segi tiga sama dalam nasi beras jepun. ianya dibalut pula olh nori, iaitu sejenis makanan laut yang bila dah pross jadi macam kertas warna hijau...Alaaa, kalau anda pernah tengok cerita doraemon atau sinchan, kadang2 depa makan benda tiga segi warna hijau tua... Itualah dia unagiri...
Yang saya beli ada isi serpihan ikan, serunding ikan, asam boi dan satu benda yang susah nak diterangkan... haaa... sejenis rumpair kot... bukan main riang lagi satu keluarga bila dapat unagiri dari Osaka...

doraemon (kiri) dan shin-chan (kanan)...

daun buluh buat balut unagiri...
Biasanya kalau beli unagiri di kombini, ianya dijual seketul-seketul. Hanya di balut dalam plastik saja... Dah nampak yang ala-ala tradisional ni yang saya tak tahan ni... Itu yang saya cuba beli yang dibalut dalam daun buluh ni pula... Rasanya ada kebuluh-buluhan sikit... Oishiii yooo...
-Onagiri? Ungairi? ejaan tak pasti tapi bunyinya gitu-gitu le-
sedikit pembetulan ejaan makanan tersebut. ianya di eja ONIGIRI.
"onigiri yang betul :)" [zakzak, 04.09.2006]
arigato gozaimasu shita zakzak-san :)
"onigiri yang betul :)" [zakzak, 04.09.2006]
arigato gozaimasu shita zakzak-san :)








