papan tanda bersepah...
papan tanda style tampal pada tiang...
style selit bawah jejantas...
style gantung pada tiang lampu...
hanya perkataan 'sale' saja saya boleh faham...
Ada juga papan tanda untuk keselamatan anda. Ianya didirikan di tepi2 jalan tempat baiki jalan atau di kaki lima dimana ada bangunan dibaiki. Tapi anda tak perlu risau kalau nampak papan tanda begitu tapi tak faham, sebab bahaya di belakang papan tanda sudah cukup untuk menyelamatkan si anda :) lagipun selalunya ada tukang jaga jalan beserta papan tanda menjaga keselamatan ini... mereka akan menunjukkan anda ke jalan yang benar...
sudah pasti AWAS!!!
papan tanda bahaya!!! kerja-kerja dijalankan (agaknyalah...)
Ada juga papan tanda nak bagi tahu ke arah mana sesuatu tempat...yang tak seronoknya, bila dah sampai ke tempat yang nak dituju, tak ada pula papan tanda menunjukkan yang anda dah berjaya sampai...
tempat letak kereta...
papan tanda no parking yang dah luntur...
berhenti!!! (tomare!!! di sebut too-ma-rek)...
papan tanda dalam pokok...
ini pemadam api... (agaknyalah...)
papan tanda rumah kami :)
Begitulah kisah papan tanda-papan tanda di Hamamatsu. Sebab depa sayangkan betul bahasa depa, dan tulisan mereka, maka semua papan tanda mereka menggunakan bahasa depa... kalau ada bahasa inggeris atau
-sayangilah papan tanda anda-
21 comments:
Papan tanda dalam pokok tu cute sangat. Nampak macam tak ada proper system for papan tanda kat Hamamatsu nih. Kat bandar lain sama jugak ke?
banyak tul papan tanda ye.. berkecamuk nampak.. Kl pun banyak signboard/billboard.. sampai dapat gelaran KL the billboard city.. :) banyak billboard, banyak la masyuukk..
Ni yg respek kat org Jepun... Org kita pulak kalau papan tanda dlm bahasa Melayu mesti rasa tak kelassss... :(
aiyoo, so confusing nee..untuk kita lah yang tak tahu baca bahasa jepun..heehee!
signboard yang orang dgn budak tu..pedestrian crossing kan?
p.s. izhal u boleh baca dan cakap bahasa jepun ya? i cuma suka Takeshi Kaneshiro jer:) Gomennasai!
anggerik merah,
tu papan tanda kat flat kami... nak menunjukkan designated parking lot kot... Allahualam... nampak gaya macam tak ada propoer sistem le... bab2 signage ni amerika paling sistematic...
bimmer_man,
ya la... kalaulah semua signboard kl tu gambar maya karin je kan syok...
raiedzall,
ha ah, walaupun rimau mengembek di kandang kambing, si kambing tetap tahu dia rimau...
leeza,
ha ah, tu signboard depan flat kami... ada sekolah jadi memang untuk pejalan kaki la tu... eh bukan... untuk orang bawak kereta supaya perlahan sikit... heheh... saya boleh cakap sikit2 saja dan baca katakana dan hiragana saja, kanji out... la ni bila cakap bahasa jepun saya selit2kan bahasa malaysia dan inggeris, jadi geng2 lab saya broken bahasa depa hahaha... gomen ne :)
Macam2 cara dan gaya papantanda di letakkan di hamamatsu ye...tapi yang bestnya semua bahasa mereka...so kalau sesiapa yang kesana pasti kene belajar bahasa mereka.....
memang semua papan tanda pakai black ink n white background ker izhal...
kat pintu kitaorang i ada letak papan tanda nama *halil zaim*.. tapi semua orang yg datang nak pi rumah abang halil..semua ketuk pintu kitaorang sebab dua dua rumah nombor 9..my hubby nama halil n abang dia nama halim..people just dont bother reading the door sign..
assalamualaikum..
agak ye.. kalau tinggalkan saya sorang kat sana, menangis saya..
Tak paham sepatah haram.. atleast la kalau ada bahasa English.. faham la jugak.. hehe..
aiyo pening kapalo acik. banyaknyer sign...dah tu satu aper pun gue tak paham.
yeah, org jepun berjaya membuktikan bahawa tidak menggunakan bahasa inggeris dalam byk perkara pun masih boleh berjaya!!..(takleh komen byk2 nanti kena gam hehe)
MALAYSIA BOLEH!!
banyaknyerrrr.... at least kalau tahu berbahasa dan membaca tulisan Jepun, tourist tak sesat ek?
nak tanya:
waktu memula sampai, mcm mana beli/pilih brg kat kedai?
alamatnya, kalau saya di hamamatsu, dah tentu akan sesat! walaupun ada bermacam2 papantanda
orang Jepun mak ingat take seriously the adage that 'life is better with directions', sebab tu banyak papan tanda.
kak lady,
ha ah... kalau tak rugi je sebab sesetengah papan tanda tu cerita kat mana ada sale, kat mana ada pertunjukan bunga api dan macam2 lagi...
simah,
tak le... tulisan putih dan background biru... iye ke kat turkey depa tak kuat membaca? sampai ke sign board pun malas nak baca parah ni... heheh...
anonymous,
wa'alaikum salam warah matullahi wa barakatuh...
mula2 saya sampai kena culture shock sebab semua sign board tak faham... suspen juga... inilah negara yang berjaya meng-culture shock kan saya... culturenya sangat baik dan lain dari malaysia yang culturenya sama macam barat... jadi saya pun syok... culture-syok :)
zakiah,
buat dek je macam saya... tapi semalam tetiba baru saya perasan banyaknya sign board dan boleh diguna pakai untuk entry blog ni neee...
sastri,
ha ah, tapi Alhamduillah belum pernah sesat... orang2 jepun kalau kita tanya jalan dia tunjuk sampai kita sampai...
mama singa,
ohhh, contohnya kalau ke restoran, ada gambar... tunjuk je nak yang ni... barang macam gula semua tu boleh agak... tapi pernah juga tersilap beli... makin lama makin hebat le tahap pemahaman tulisan jepun ni... tapi tak hebat mana pun lagi...
mama sarah,
heheh... mungkin juga, mungkin tidak... kat sini ada satu landmark nama act tower... bangunan cokelat tinggi... kalau sesat follow je act tower Insya-Allah you'd literally sampai ke pangkal jalan...
mak,
dia la tu... pasai dalam motokar depa pun ada direction finder, GPS, car navigation system, handphone ber-GPS, map dan macam2 lagi penunjuk jalan yang benar... semoga depa tak sesat...
tasya,
ha ah, lepas mai sini baru saya betul2 faham yang bahasa inggeris tak penting mana sebagai lingua franca... malahan mat saleh yang mai sini semua cakap jepun bila berurusan... jangan takut, sini tak dak main gam punya... dan ya, MALAYSIA BOLEH...
THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal abdul halin-
Banyaknya papan tanda. kat pokok pun ada....hehe
yus,
dimana saja, asalahkan boleh letak, depa letak...
Cuba kau cc kan entri ni ke pihak perbandaran diaorang...hehehe..
blackpurple,
hahahaha... takpalah... depa bukan faham pun...
Post a Comment