Tuesday, December 17, 2013

Hjh Che Puteh Syed Hassan

Assalamualikum wbt,

Hari ini, Mak Cak telah pulang ke Rahmat Allah pada jam 2.30am di hospital Kajang. Dia masuk semalam pukul 10am. Kami yang berada jauh diperantauan amat sedih dan terkilan dengan pemergian beliau.

Hidup beliau tak pernah menyusahkan orang namun menyenangkan orang. Menjaga dan berdoa untuk kami setiap hari demi keselamatan dan kesejahteraan dunia akhirat sejak sebelum saya lahir. Diajar saya sebagai budak cara bersolat. Tak mungkin saya berada di tempat yang baik sekarang tanpa kasih sayang Mak Cak, dengan izin Allah SWT...

Pergi dengan tiba-tiba. Tak ada sakit. Pergi dengan keadaan bersedia. Mereka di rumah menjumpai wang tunai dan kain lapik, peninggalan arwah yang diwasiatkan agar digunakan untuk pengkebumian beliau.

Hari ini jenazah Mak Cak  akan disempurnakan. Kali terakhir kami sekeluarga berpisah hidup dengan beliau ialah di jendela biliknya, sewaktu beliau melambai-lambai pemergian kami ke Hamamatsu. Bersyukur kami kepada Allah, dijodohkan bertemu dan dibela serta dibelai insan mulia ini dalam kehidupan kami.

"Ya-Allah ya tuhanku yang maha kuasa atas segala makhlukMu, ampunkanlah dosa hambaMu, Mak Cak. Kamu yang maha kaya, berilah manfaat atas segala ilmu peninggalan Mak Cak. Hindarilah seksa kubur serta lapangkanlah kubur beliau. Masukkanlah roh Mak Cak, orang yang telah kau pinjamkan kepada ku bersama-sama roh para solehah yang bakal Engkau tempatkan di syurga Firdaus Mu Ya-Allah. Amin, ya-rabbal-al-amin"

-ih-

Monday, December 16, 2013

Mak Chak Insan Mulia

Mak Chak,

Dari kecik sampai saya besaq, dah beranak pinak, dia yang jaga... Hari-hari dia dok doa mintak kat Allah saya dan keluarga saya selamat dunia akhirat... Nak pi sekolah, dia yang suap nasik... Sampai ke kawan saya pun dia suap sekali... Apa saja saya nak dia bagi, padahai dia bukan orang kaya... Tapi Mak Chak ni orang senang... Dulu darjah 4, saya lupa bawak duit belanja sekolah, dia mai hantaq... Selamber saja dia keriau, Ih! Ih! dari kaki lima tingkat 2 sekolah waktu saya dok dalam kelas... Buat malu je masa tu kat kawan-kawan, dalam fikiran saya...

Apa punya orang saya ni...

Semalam saya mimpi dia dekat-dekat waktu subuh, dia berdiri pakai baju kurung Kedah berbunga merah jambudengan kain batik gelap-gelap... Dia renung saja kat saya... Rupanya mimpi kat Mak Chak... Mak Chak mana boleh berjalan dah... Dah dekat 3-4 tahun dia dok ataih kerusi roda... Tapi macam sungguh la mimpi tu...


Pagi tadi depa watsap habaq Mak Chak sakit kaki, bernafas laju... Ambulan mai ambik dia bawak pi hospital Kajang... Saya jadi kaku... Tadi saya talipon, mak saya angkat... Dia kata Mak Chak ok... Alhamdulillah... Lepaih habih buat kerja, saya talipon lagi, mak saya kata keadaan Mak Chak teruk... Jantung dia tiba-tiba lemah... Saya dok berasa dah... Saya nak balik la lagu ni tapi depa tak bagi... Nasib baik tuan dokter bagi bercakap dengan Mak Chak... Ih! Ih! Ih!... Dia kata sambil terbaring di hospital kajang dengan topeng oksigen... Saya bercakap dia tak dengaq sangat, tapi dia sedaqla ih telefon dia..

Mak Chak pegang Read si pembaca

Sedih betul saya... Kalau Mak Chak jadi apa-apa, sapa nak jaga saya? sapa nak doa kat saya dengan keluarga saya? Mak Chak ni yang ajaq banyak benda baik kat kami... Macam mak...

Ih pun tak tau nak buat apa dah ni...

Mai la kita berdoa bagi Mak Chak punya jantung yang baik tu kuat balik, pasai ih nak jumpak Mak Chak bulan 3 sat lagi...  Amin...

-ih-

Tuesday, July 30, 2013

NOMIKAI!!! KAMPAI!!!

Lepas sampai sini dan setel-down mestilah terus jumpa Sensei untuk masuk bawah naungan dia... buat kerja dalam makmal dia la tu. Budaya jepun mesti adakan NOMIKAI / kenduri kedatangan untuk merasmikan tujuan ini...

 Berjalan dalam hujan

Nomikai saya dikogsi dengan sorang lagi pakar imej sensor yang sebenarnya pencipta PIN Photodiode technology iaitu Teranishi-san. Ala... PIN Photodiode... yang tuan puan sekalian pakai dalam camera digital CMOS tu nak bagi gambar lagi cantik tu. Ala, pixel yang mampu mengurangkan hingar sebab electron tak terperangkap dalam pixel hasil medan electrik kat permukaan diode tu le... haaa, ingat pun... Pakcik tu dah tua tapi nampak muda... heheh...

Bandar Hamamatsu basah dek hujan

Biasanya lab buat kutipan untuk nomikai tapi kali ni Sensei belanja satu lab...  Budaya macam ni memang bagus. Iye le, kita orang baru datang, nak setel down bukannya senang... Jadi penduduk situ senangkan kita dengan bagi makan dan bagi bersilaturrahim agar tak menyepi dan menyombong macam monyet tak dapat pisang... Sedih, tempat kita budaya dah terbalik, orang yang nak keluar merantau/berdagang diacah-acah suruh belanja... Bila pulang, disuruh2 belanja lagi... Dah terbalik budaya "farewell" tempat kita... Contohnya, orang nak pi menunaikan ibadat haji kat tanah suci... Ustaz Harun Din pun ada cakap budaya tak betul yang kita buat ni... Oh, tak 100% betul tu ustaz... kalau kita ni orang besar, barulah dibuat budaya farewell yang betul... orang senang di senang-lenagkan lagi, orang susah dipijak, diperah sampai mati... sedih den...

Mat kura-kura, orang hensem, orang tua, budak muda dan orang Tunusia

Berbalik kepada nomikai, kali ni depa boleh muatkan 30++ orang dalam bilik sebesar 8'x15'... heheh... macam tin sardin tapi muat dan selesa...


 Sensei dan sensei muda

Macam nomikai2 yang dibuat ratusan tahun dulu, ketua mesti berucap dulu... Diikuti ucapan orang yang diraikan... saya pun wajib berucap... Diikuti dengan sesiapa yang terasa nak berucap tak tentu pasal pula...

 panorama nomikai

 orang-orang image sensor

Lepas habis ucapan, air arak dituang. Ye, arak...  Bagi saya depa bagi teh o ais le... Lepas tu berdiri dan sebut "KAMPE!!!!" "KAMPAI!!!!"... gelas di laga-laga, air diteguk... Mulalah semua sengih2 dengan muka merah keseronokkan nomikai...

member lama

Syok juga nomikai kali ni... Jumpa kawan2 lama macam si Aoyama ni... Dah jadi CEO dah dia. Tapi dia kata dari jadi CEO baik jadi enginyok (engineer) macam dok lab dulu2 sebab lebih syok dok buat image sensor dari dok berpolitik sana-sini mencari market yang tak menentu... Sorang lagi si Yasutomi, baru dapat anak sulung dan dah jadi sensei muda... Gemuk betul dia la ni... seronok le tu...

 
gelas

Untuk penutup, semua berdiri... Entah apa dia cakap tapi lepas tu semua orang tepuk tangan sekali sahaja. Berdentum satu restoren tu menandakan Izuharu (den le tu) dan Teranishi sudah dengan rasminya masuk lab Kawahito Sensei... Lepas tu kami bersurai, saya dan sensei balik ke makmal... Dia terus buat kerja, saya pack barang dan balik ke Kaikan...

Akhir kata, VAPE ON!!!

Saturday, July 27, 2013

Hamamatsu-Now Kembali Lagi!!!

12.7.2013 haritu bertungkus lumuslah keluarga kepong dan bangi menghantar duta-dua mereka ke KLIA untuk terbang ke Hamamatsu, Jepun... Sapa nak sangka Hamamatsu-Now akan membawa gambar2 dari bandar Hamamatsu lagi...


 Ayong, Ilm'-boy, Nadeem n Ayang dok tengok Amin main mainannya...

13.7.2013, 7am kami mendarat di Kansai, Osaka, Jepun... Ingatkan Jepun tak bagi kami masuk kalo tak ada tiket pulang sebab VISA pelancong... Jadi puan fara pun belilah tiket pulang... Rupa-rupanya Jepun mengalu-alukan kedatangan kami  dengan tangan terbuka... Suka pegawai imigresen tu mengecop "passpooto" kami. Dia tak mintak pun tiket pulang... Jadi kami buang aje tiket pulang tersebut dan tukar status VISA kepada pemastautin :)

 Kansai yang canggih

Sungguh macam negeri bunian tempat ni dengan bunian melompat ke sana sini memberi servis terbaik dengan senyuman... "Irashaii Masee!!!", kata mereka... Dari Osaka nak ke Hamamatsu, singgah sebentar di banyak stesen keretapi. Lepas tu naik la Shinkansen yang maha laju...

Orang bunian...

 Orang ulu di Osaka...

Orang ulu dalam perjalanan

 Orang ulu dah sampai Hamamatsu...

Bila sampai pukul 12pm... Alhamdulillah, selamat... Kami naik pula teksi untuk balik ke rumah lama di Kokusai Koryu Kaikan... Disambut pula oleh Kotani-san yang masih ingat saya dan puan fara. "Shashiburi Desuneeee", kata beliau sambil tersenyum dan terhangguk2 macam orang jepun... Kami diberi kunci bilik #314... Puan Fara terus kemas dan saya terus rilex...

 
Read-boy vacuum

Lapar... Bangun... Nasib baik ramai pula yang menunggu di Hamamatsu yang berebut-rebut nak bawak kami mencari perkakas hidup di sini... Macam nilah budaya Melayu yang suka bantu-membantu... Kami orang ulu memang teruja heheh...

Angah naik kereta uncle Ustaz (baru umur 28 tapi dah nak dapat PhD dan hafiz Al-Quran)

 Kereta Pak Cik Pedo (baru umur 23 dan hensem) kesayangan Ilm'-boy

Dua buah kereta menunggu nak bawa kami. Satu dipandu oleh uncle Ustaz dan satu oleh uncle Izad. Cantik tapi murah kereta mereka. Kalau di "bolehland", iaitu sebuah negara yang pemerintahnya hidup senang, harga kereta-kertea tersebut "boleh" dinaikkan sampai 5 kali ganda untuk kereta uncle Ustaz dan 7 kali ganda untuk kereta uncle Pedo... Kesian... Sebuah negara yang menyokong perniagaan hutang bank, apa boleh buat... bolehkan je le bolehland...

 Makanan Halal dah banyak sangat kat Hamamatsu-Now!!!

OKAY, back to Hamamatsu... Setelah makan kami pun balik dan tapau satu kudap2 bernama Takoyaki cap Gindako... Dah habis makan enak sehinga menjilat jari sosnya yang berwarna hitam... Baru-baru ni uncle Ustaz kata Takoyakinya halal tapi sos hitamnya haram... Jangan risau Abg Izhal, tak tau tak apa... Alhamdulillah kami tak tahu dengan rezeki yang Allah nak bagi... Uncle ustaz juga pesan, lain kali cakap sos hitam jangan letak, beli takoyaki mintak penjual tu tarok sos mayonaise aje udah... Orang-orang ulu yang dah biasa dok seberang, rezekinya lain... Orang-orang ulu yang dok pedalaman dan hanya pernah keluar sekali-sekala saja memang banyak yang pandang serong cerita macam ni, tapi biasala... sibuk nak dengar cerite, kami cerite aje le... bak kata orang ulu, jauh perjalanan luas pandangan, makin terbuka fikiran yang sempit... Sedap juga termakan babi ye ;) Beginilah "igonrance is bliss" yang haram pun jadi halal sebagai ketentuan yang Maha Pemurah... Tapi pengajarannya di sini, kita mesti ambil tahu dan jadi orang yang peka...

Takoyaki bersos babi...

OK, sambung sikit lagi... Terus kami sekeluarga dengan perut kenyang dan hati yang senang tidur lena dibuai bayu Hamamatsu...

Esok pagi puan fara dah gorengkan telur bagi membekalkan kami sekeluarga dengan tenaga supaya "Ganbatei!!!" macam orang jepun ...

 
Pan to tamago to chisu... Oishi deshoooo!!!

Lepas tu saya keluar ke verandah flat kami dan melihat bumi yang Dia izinkan kami duduk buat sementara... Sekali lagi, cantik dan selamat tempat yang Dia rancangkan...


Sebelah kanan... Hospital Angah dilahirkan berlatar belakangkan Lake Sanaru

 Sebelah kiri... Bandar Hamamatsu nun jauh di sana...
Di hadapan... Atap-atap jiran tetangga...

Saat-saat pertama kami di Hamamatsu bertujuh kali ini menggembirakan sekali. Selamat sungguh negeri bukan Islam ini untuk budak2 Islam main2 kat padang ataupun tepi jalan tanpa pengawasan orang-orang tua... Orang2 jahat entah ke mana tapi yang pasti tiada di Hamamatsu now!!!  

Maaflah nak update pun lambat. Maklumlah nak mencapai tahap kestabilan hidup di negara bunian ni mengambil masa sedikit... Lepas ni kami berazam nak update lagi mengikut kesesuaian keadaan neee...

Akhir kata, VAPE ON!!!

Tuesday, June 04, 2013

Panggilan Hamamatsu 2013

Ada lagi ke orang baca blog ni?

Terasa macam ada panggilan nak menulis semula kisah2 di Hamamatsu kali ke-2 ni. Insya-Allah 13.6.2013 kita masuk menulis balik dari Hamamatsu...


Ini Read, dia ni anak terbaru kami dan menjadi anak termanja. Besday dia 6.9.2011. Dia nak pi Hamamatsu ni  pon sedar tak sedar je... Almaklumlah, masih buang air dalam seluar punya orang... Hihui... Tapi kami bawak je la... Anak kesayangan ni...


 

Kali ni si Angah nak balik tengok tempat lahir dia. Dia kan Hamamatsu-jin... Tapi jenis yang dah sunat...


Kali ni Ayong nak melayan Hamamatsu sebagai budak yang dah bersunat. Dia nak pi masuk skolah sana sat...


Kali ni Ilm' boy nak pi bercakap2 pelat nihong-go kat Hamamatsu. Dia pun dah sunat...



Kali ni Ayang nak pi main layang-layang kat Hamamatsu yang besar macam sliding door 3 daun tu... Dia pun dah sunat...


Puan Fara yang malu-malu kucing ni pun nak ke Hamamatsu jaga 5 pahlawan bangi. Juga memborong 3 set Noritake untuk digunakan buat kenangan... Eh  puan Fara, angan2 dah nak menjadi kenyataan ke darling? Ayoyo sayang darling ni... muah... Noritake 3 set ke darling? Gelak2 pulak darling ni... oh 5 set... Set besar? set kecik? Nak buat kenduri ke pinggan banyak2 ni darling? Noritake ye ling? Insya-Allah...



Saya pula, nak bawak budaya VAPE ke Hamamatsu... Dah cantik dan mudah blogspot ni la ni ne...




Oyasuminasai :)