Tuesday, July 30, 2013

NOMIKAI!!! KAMPAI!!!

Lepas sampai sini dan setel-down mestilah terus jumpa Sensei untuk masuk bawah naungan dia... buat kerja dalam makmal dia la tu. Budaya jepun mesti adakan NOMIKAI / kenduri kedatangan untuk merasmikan tujuan ini...

 Berjalan dalam hujan

Nomikai saya dikogsi dengan sorang lagi pakar imej sensor yang sebenarnya pencipta PIN Photodiode technology iaitu Teranishi-san. Ala... PIN Photodiode... yang tuan puan sekalian pakai dalam camera digital CMOS tu nak bagi gambar lagi cantik tu. Ala, pixel yang mampu mengurangkan hingar sebab electron tak terperangkap dalam pixel hasil medan electrik kat permukaan diode tu le... haaa, ingat pun... Pakcik tu dah tua tapi nampak muda... heheh...

Bandar Hamamatsu basah dek hujan

Biasanya lab buat kutipan untuk nomikai tapi kali ni Sensei belanja satu lab...  Budaya macam ni memang bagus. Iye le, kita orang baru datang, nak setel down bukannya senang... Jadi penduduk situ senangkan kita dengan bagi makan dan bagi bersilaturrahim agar tak menyepi dan menyombong macam monyet tak dapat pisang... Sedih, tempat kita budaya dah terbalik, orang yang nak keluar merantau/berdagang diacah-acah suruh belanja... Bila pulang, disuruh2 belanja lagi... Dah terbalik budaya "farewell" tempat kita... Contohnya, orang nak pi menunaikan ibadat haji kat tanah suci... Ustaz Harun Din pun ada cakap budaya tak betul yang kita buat ni... Oh, tak 100% betul tu ustaz... kalau kita ni orang besar, barulah dibuat budaya farewell yang betul... orang senang di senang-lenagkan lagi, orang susah dipijak, diperah sampai mati... sedih den...

Mat kura-kura, orang hensem, orang tua, budak muda dan orang Tunusia

Berbalik kepada nomikai, kali ni depa boleh muatkan 30++ orang dalam bilik sebesar 8'x15'... heheh... macam tin sardin tapi muat dan selesa...


 Sensei dan sensei muda

Macam nomikai2 yang dibuat ratusan tahun dulu, ketua mesti berucap dulu... Diikuti ucapan orang yang diraikan... saya pun wajib berucap... Diikuti dengan sesiapa yang terasa nak berucap tak tentu pasal pula...

 panorama nomikai

 orang-orang image sensor

Lepas habis ucapan, air arak dituang. Ye, arak...  Bagi saya depa bagi teh o ais le... Lepas tu berdiri dan sebut "KAMPE!!!!" "KAMPAI!!!!"... gelas di laga-laga, air diteguk... Mulalah semua sengih2 dengan muka merah keseronokkan nomikai...

member lama

Syok juga nomikai kali ni... Jumpa kawan2 lama macam si Aoyama ni... Dah jadi CEO dah dia. Tapi dia kata dari jadi CEO baik jadi enginyok (engineer) macam dok lab dulu2 sebab lebih syok dok buat image sensor dari dok berpolitik sana-sini mencari market yang tak menentu... Sorang lagi si Yasutomi, baru dapat anak sulung dan dah jadi sensei muda... Gemuk betul dia la ni... seronok le tu...

 
gelas

Untuk penutup, semua berdiri... Entah apa dia cakap tapi lepas tu semua orang tepuk tangan sekali sahaja. Berdentum satu restoren tu menandakan Izuharu (den le tu) dan Teranishi sudah dengan rasminya masuk lab Kawahito Sensei... Lepas tu kami bersurai, saya dan sensei balik ke makmal... Dia terus buat kerja, saya pack barang dan balik ke Kaikan...

Akhir kata, VAPE ON!!!

No comments: