Hello pembaca-pembaca yang budiman...
Bukankah senang kalau tuan-tuan ada sebuah pasu ajaib yang boleh menyiram tanaman di dalamnya sendiri? Boleh menyiram tanaman sampai 3 MINGGU pun jadilah. Boleh abang-abang semua tinggalkan pokok-pokok bunga kertas, selasih, cili dan tomato bila nak pergi memanching atau mengudang yang lamanya seminggu di laut mahu pun di tepi tasik yang ada air terjun yang indah permai...
Pokok Selasih dalam Pasu Siram Sendiri
Tak payahlah bapak-bapak sekalian mengganggu lagi isteri-isteri kamu yang sentiasa sibuk menggoreng ikan, membaiki paip, menjaga anak, menyusu anak, mengajar anak, membasuh baju dan macam-macam lagi tanggung jawab yang mereka buat dengan baik semata-mata untuk menyiram pokok bunga sepermergian bapak-bapak sekalian. Pokok Selasih dalam pasu dalam gambar di atas ni dah dekat 2 minggu tak bersiram... Tapi... Segaaaar... Sejuk mata memandang... Pasu biasa memang tak boleh... Pasu Siram Sendiri memang boleh !
Struktur Pasu Siram Sendiri buatan sendiri
Pasu Siram Sendiri pada dasarnya dibuat dua lapis. Lapisan bawah adalah tangki air. Lapisan atas adalah tempat letak tanah untuk ditanam pokok. Air dari tangki naik ke pokok di lapisan atas melalui kaedah resapan melalui sumbu. Kalau ada pasu-pasu tanah liat kat rumah boleh buat sendiri. Kalau rajinlah. Kalau malas tak payahlah... heheh
Saluran isi air dalam gambar yang lagi jelas
Jadi pasu bawah yang dibuat tangki perlulah ditutup lubangnya dengan silicon atau apa-apa sahaja supaya air tak bocor keluar langsung. Lepas tu korek lubang kat tepi satu sebagai aras air paling tinggi. Saya korek pakai drill elektrik aje...
Pasu tangki dikorek lubang pakai drill aje...
Pasu atas pula dipasang dengan saluran getah yang paras atasnya tinggi sikit dari mulut pasu dan bawahnya terkeluar dari lubang pasu teresebut. Lubang yang lain kita letak bahan peresap macam mop suri rumah.
Pasu atas yang nak ditanam pokok
Biarkan tali-tali mop tersebut berserabut dalam pasu dan bawahnya menjurai-jurai keluar dari lubang pasu. Air dari tangki akan meresap melalui tali-tali mop terus kena kat tanah dalam pasu atas. Maka basahlah tanah dan minumlah pokok...
Bahagian dalam pasu atas
Cara guna pasu ni memang senang... Isi dengan tanah dalam pasu atas, tanam pokok, letak atas pasu tangki dan isi pasu tangki dengan air melalui saluran air pada pasu atas. Lepas tu letak kat sudut yang anda suka atau sudut yang isteri anda suka. Tutup saluran isi air dengan batu supaya nyamuk tak masuk... Tatacara terakhir tu amat penting, sebab kalau penuh jentik-jentik, bukan kita pergi majlis, Majlis yang datang rumah kita... Nauzubillah...
Kalaulah baca tak faham, saya syorkan tonton
sebuah video bagus di mana sahabat saya Mat Boston buat satu Pasu Siram Sendiri yang paling mudah dalam dunia pakai botol plastik. Dia buat tanam cili. Kalau dah pi tengok video, mai balik sini lagi. Ada sikit lagi kat bawah tak habis baca... Heheh...
Pasu Siram Sendiri jenis pasu bulat
Ada juga beberapa kes menggunakan Pasu Siram Sendiri ni yang ditanam dengan pokok belimbing dan jambu. Keluar buah! Pokok pun seronok air cukup, dia bagi buah... Pekebun pun jadi seronok dalam kes tersebut...
Budak-budak belum sekolah...
Akhir kata, memang elok kita makan dari hasil tangan kita sendiri. Yang penatnya tanam tak menjadi sebab terlupa siram. Oleh itu, bolehlah tuan-tuan yang budiman cuba buat Pasu Siram Sendiri ni sendiri atau pun beli di pasar tani. Kalau boleh saya nak kata, Untuk jadi malas mestilah jadi rajin...
Okay, esok ada akal, saya tulis lagi...
Terima kasih...
-ih-