Bahan-bahannya memerlukan telur, daun pandan, tepung gamdum, tepung jagung, gula, santan dan beras pulut...
Bahan-bahan
Lagi satu bahan...
Mula-mula kukus beras pulut. Jangan sampai masak sangat sebab nanti akan di masak sekali lagi dengan santan...
Pengkukusan beras pulut
Sambil tunggu beras pulut separuh masak, janganlah kita buang masa dengan main game aje. Kita gunakan masa selama 20 minit terluang untuk buat air daun pandan. Masukkan daun pandan dan air dalam blender dan hidupkan blender. Bila blender dah off maka dapatlah kita air daun pandan...
Screpine kena blend
Bila dah selesai blend, turas maka cukuplah bahan-bahan nak buat seri muka punya lapisan atas yang berkrim... Campurkan telur, tepung gandung, tepung jagung, santan dan air daun pandan. Untuk sukatan tengoklah video ni... Video Kuih Screwpine
Bahan-bahan buat lapisan hijau atas...
Tuangkan krim daan pandan ke atas pulut...
Kukus selama 40 minit... Untuk menggelakkan kuih seri muka anda permukaannya buruk, lap penutup tempat kukus bila ianya dah basah. Kalau seri muka kena air, kuranglah serinya...
Kuih seri muka kena kukus...
Seri muka yang siap...
Lepas kukus, tunggu sehingga dia sejuk. Saya suka bubuh dalam peti ais biar sejuk... Makan pula dengan kopi... Memang nyaman...
Terima kasih...
-fara aziz-
No comments:
Post a Comment