Monday, July 03, 2006

Singa jadi Kuching :)

Entry kali ini lari sikit dari tajuk Hamamatsu... Entry kali ini lebih peribadi sebab setahun sekali sahaja hari2 begini berlaku samada di Hamamatsu mahupun di mana2 jua...


kuching...

Waktu malam tadi kami sekeluarga keluar makan supaya Puan Fara tak payah masak... Jadi saya balik dari sekolah awal... Tepat jam 9pm kami bergerak ke kereta. Masa tu hujan renyai2 dan saya tak bukak2 pintu kereta... Macam biasa Puan Fara dah mula menyinga tapi kali ni saya nak tergelak je tengok dia...


anak kuching...

anak kuching juga...

Bila saya bukak pintu Puan Fara masuk, dia terus bertukar dari seekor singa ke seekor kuching comel yang manja... heheh... Sebabnya, bila pintu dibuka dia nampak ada hadiah menanti untuknya :)


meishi maksudnya hidangan, agaknyalah...

Lepas membuka hadiah dan seronok dengan isi kandungannya (Alhamdulillah dia suka :)) kami pun ke restoren Meshiya... First time kami pi sini,sempena ulang tahun ke 131-100 Puan Fara... Makanannya sdap dan suasananya nyaman... Harganya pun murah sekali...


sengeh tak habis...

Meshiya ini kedai ala-ala kefeteria yang menghidangkan masakan jepun. Masakan dan juga susyi dan sashimi mentah ada. ramai juga yang datang, seolah2 depa tahu je ulangtahun Puan Fara... heheh...


sengeh lagi???

bapak kuching yang pandai menyegehkan ibu kuching...

Dah 31 kali Puan Fara pusing keliling matahari... Saya doakan dia terus panjang umur, murah rezeki dan beri saya anak perempuan pula :) AMIN...

-Happy Hamamatsu Birthday Darling Miau-Miau :)-