Entry kali ini lari sikit dari tajuk Hamamatsu... Entry kali ini lebih peribadi sebab setahun sekali sahaja hari2 begini berlaku samada di Hamamatsu mahupun di mana2 jua...
Waktu malam tadi kami sekeluarga keluar makan supaya Puan Fara tak payah masak... Jadi saya balik dari sekolah awal... Tepat jam 9pm kami bergerak ke kereta. Masa tu hujan renyai2 dan saya tak bukak2 pintu kereta... Macam biasa Puan Fara dah mula menyinga tapi kali ni saya nak tergelak je tengok dia...
Bila saya bukak pintu Puan Fara masuk, dia terus bertukar dari seekor singa ke seekor kuching comel yang manja... heheh... Sebabnya, bila pintu dibuka dia nampak ada hadiah menanti untuknya :)
Lepas membuka hadiah dan seronok dengan isi kandungannya (Alhamdulillah dia suka :)) kami pun ke restoren Meshiya... First time kami pi sini,sempena ulang tahun ke 131-100 Puan Fara... Makanannya sdap dan suasananya nyaman... Harganya pun murah sekali...
Meshiya ini kedai ala-ala kefeteria yang menghidangkan masakan jepun. Masakan dan juga susyi dan sashimi mentah ada. ramai juga yang datang, seolah2 depa tahu je ulangtahun Puan Fara... heheh...
Dah 31 kali Puan Fara pusing keliling matahari... Saya doakan dia terus panjang umur, murah rezeki dan beri saya anak perempuan pula :) AMIN...
-Happy Hamamatsu Birthday Darling Miau-Miau :)-
24 comments:
Heepi birthday puan fara. moga semua doa en. izhal termakbul.amin.
apa ya hadiah mama izz farish ni ?:)
pstt puan Fara, saya tua setahunlah. birthday pun dah lepas :)
Selamat hari Jadi untuk Puan Fara. InsyaAllah tak lama lagi dapatlah cahaya mata puteri pulak....tahun depan ker?? heheh
happy b'day to puan fara. Semuga senyum selalu.
eh happy birthday to kak fara..
Selamat Hari Lahir. Ni lagu Besday spesel dari anak saya :
http://www.youtube.com/watch?v=ngItajeo3TI
Happy birthday puan fara... pandai si bapak rimau memanjakan mak rimau..masyaAllah..ur kids r forever cute..gerammm tengok depa...mcm anak jepun pulak diaorang..
hepi bday to Pn Fara kita...
bebudak tu pun pandai bergambar gaya jepun yeh. Hihih comelllll...
semoga doa nak dapat baby girl tercapai nanti. Makan banyak vege kut orang kata. Heheheh. Sama sama mencuba!!
Selamat Ulang tahun yang keberapa,...he..he..he moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan berbahagia sampai keakhir hayat, seisi keluarga.....
Heppi Birthday long!! Ko dah tua dah.. :P
selamat ulang tahun ke 31 kepada ibu kucing. semoga keluarga kucing tak jadi singa semula. ;)
"Singa jadi Kuching :)"
That is so cute :)
Happy birthday Puan Fara!! :)
I think this is your best blog posting. So ceria!! Peace signs everywhere.
ps: You do look tired though...
Selamat Hari Jadik Lahir Fara Wahida! Semoga di panjangkan umur dan kebahagiaan serta dimurah kan rezeki!
Umuq dah 31, tapi wajah masih lagi 21. Tak berubah dari dulu!
Wow. Dah 13 tahun dah kita kenal yek? Dari rambut hitam sampai beruban-uban. Hahahaha. Jgn risau Abg Ih. Aku pun beruban doh. Yg tak beruban Renek ngan Seng jek.
Ckp pasal Renek, Renek dpt no.2 last week - Jaida Hani Bt Kamarul Bahrain, adik perempuan Juan Hadi.
Puan Fara,
Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu! Happy birthday.. singa jadik kuching.. :-).. Puan Fara memang kawaii + kirei. Semoga sentiasa awet muda... and moga dpt baby girl hamamatsu..
alhamdulillah, semoga panjang umur dan murah rezeki.
precious moment indeed mr izhal..happy birthday wish for puan fara...
Happi Besday Puan Fara. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jgn makan seafood manyak2 nanti dapat boy lagi.hihih
Comel adik ngan abang..ngape budak2 japang suka buat tangan mcm tuh eik kalau ambil gambau..bukan budak aje bapak budak & mak budak pun... Ngape eik? Saya ada kawan japan pun mcm tuh..f
singa bertukar jadi kucing hehe mesti hadiah lumayan tu.. hehe
selamat hari lahir utk puan fara.. semuga hajat di makbulkan.. comel2 dua oreg tu..
hehe...best nye... selamat ulang tahun ibu nya. Ayahnya serta anak anak pun nampak seronok. Cukup cozy Meshiya. Happy family place.
Selamat Hari Lahir, Puan Fara..
Selamat menyambut hari Lahir yang ke 31 thn. Moga panjang umur dan murah rezeki ....
She definitely doesn't look 31 :) 25 at the most.. hehe.
to Puan Fara, Happy birthday!
Puan Syikin, Puan Yus, Puan Anggerik Merah, Tuan Izham, Tuan Raiedzall yang ada anak perempuan comel, Puan Simah, Puan Zakiah, Puan Shami, Mastura, Tuan Dr. Azmi, Tuan Azli Jamil, Tuan Ezri Shahputra, Cik/Puan Miyuu, Puan Ilsa, Puan DrBubbles, Puan Ajzie, Tuan Zino, Tuan Agus, Cik Shu, Puan Maklang dan Cik Crymsonskye...
Terima kasih atas ucapan dan doa. Yang memuji saya nampak muda lagi menjadikan saya kuching yang manja hihihi... Saya juga doakan kesejahteraan tuan-tuan dan puan-puan semua, moga-moga panjang umur, murah rezeki dan termasuk dalam golongan orang2 yang baik2 di sisi Allah... AMIN...
ikhlas,
-farawahida abdul aziz-
Tabik la ih,
Hang punya blog ni makin banyak dihurung nampaknya. hee hee hee. Aku pun jadi lalat sama la sekali sekala.
Pasal rimau jadi kucing tu aku paham-paham sangat hee hee hee.
Psych,
mana la blog hang dah lama tak leh masuk ni... heheh... hope you're not too bz but very productive :)
Post a Comment