Thursday, September 08, 2011

Read

Syawal kali ini kami di"join" oleh seorang lagi team member terbaru Hamamatsu-Now!!!

False alarm 5.9.2011, pukul 11pm di Hospital Serdang...

Read bin Izhal, lahir pada pukul 8.01am, 6.9.2011 di Hospital Serdang... Pukul 4am hari berbahagia tersebut kami bergerak ke hospital serdang. Semua lampu hijau, Alhamdulillah...

Sampai sana, Pn. Fara cek in sendiri sambil kami gi parking kereta. Lepas parking terus tertido dalam kereta dan pukul 8.30am saya dapat panggilan dari Pn. Fara. Dia kata "mami dah selamat bersalin". Terus segar mata saya.

Pn. Fara power...
Read bin Izhal

Lepas tengok anak baru, saya balik tengok anak2 lama dok syok lagi tido dalam kerete...

Pret Tops tidur...
Ayang, Ayong dan Angah tido...

Depa ni saya gerak dan terus bawak balik kampung. Nasib baik kampung dekat. Letak rumah tok dia kejap supaya saya boleh pergi tengok anak baru pulak...

Sampai je hospital balik, masa dah pukul 1.30pm. Pn. Fara dah masuk wad. Bila saya sampai, dia kena pindah pulak wad...

Read close up...
Read tido...

Tok ayah dan tok mak melawat...

Lepas dok berehat2 kat Hospital Serdang, kami pun balik la dalam jam 4.55pm. Bawak Read jumpa abang2 dia dan tok mak dan tok ayah dia dan sepupu-sepapat dia dan mak cik dan pak cik dia...

Read in Bangi...
Read dan Tok Chak...
Read dan Nda Chik...

Hari keesokkannya baru balik rumah... Kat sana pun ramai yang nak jumpa Read...

Read dan Auntie Ani...
Read ngan Auntie Roy...
Read dan Uncle Onn...

Read mandi, cukup tangan, cukup kaki, cukup jari, Alhamdulillah...

Jadi sekarang saya dikurniakan cuti 7 hari-7 malam... heheh...

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin...

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah!!

ih said...

Terima kasih. Ada juga orang baca blog ni lagi nooo...

Noora Othman said...

Tahniah dari Noora (adik Bazman) :-) cam mane nak sebut nama dia? REED or RAY UTT? hehe comel .. senang2 contactlah: superduperhotmama@gmail.com

JIE said...

Salam Izhal,
Tahniah! Wah dah 4 org ye... last I checked baru 2 org, punyalah lama tak bukak blog ni :-)
Ha'ah la, camner nak sebut nama ni = 'riid' ke 'riyad' ke?

~ yus ~ said...

Tahniah!!

Another boy in family nampaknya..

ih said...

JIE & Yus,

Sahabat lamaaa... sihat?

terima kasih... sebenarnya 5 orang dah la ni... cara sebutannya rid le...