Thursday, November 02, 2017

Free Bus Ride: BAS SMART SELANGOR

It's good to be living in Selangor. You know where your tax money is going to. Its going back to you!

First its FREE WATER BILLS, now its FREE BUS SEVICE!

BAS SMART SELANGOR provides free shuttle bus service that interconnect between towns and far away cities in Selangor. Just find a BAS SMART SELANGOR stop.
Wait a couple of minutes at a designated BAS SMART SELANGOR stop and when your bus arrives, board it, press the bell at a stop near your destination and
exit all for free!!! Its excellent for school children and college students alike :) It's good... I like it!!!

This video is an appreciation to the state of Selangor Darul Ehsan, Malaysia!



Monday, September 25, 2017

Kuih Seri Muka Screwpine

Screwpine desert mungkinlah nama lain bagi kuih seri muka. Sebab pandan dalam bahasa Inggeris ialah Screwpine. Oleh sebab kuih seri muka atau kuih salat bahan pentingnya ialah pandan, jadi kemungkinan besar orang putih panggil kuih seri muka sebagai screwpine desert...

Bahan-bahannya memerlukan telur, daun pandan, tepung gamdum, tepung jagung, gula, santan dan beras pulut...

 Bahan-bahan
Lagi satu bahan...

Mula-mula kukus beras pulut. Jangan sampai masak sangat sebab nanti akan di masak sekali lagi dengan santan...

Pengkukusan beras pulut

Sambil tunggu beras pulut separuh masak, janganlah kita buang masa dengan main game aje. Kita gunakan masa selama 20 minit terluang untuk buat air daun pandan. Masukkan daun pandan dan air dalam blender dan hidupkan blender. Bila blender dah off maka dapatlah kita air daun pandan...

Screpine kena blend

Bila dah selesai blend, turas maka cukuplah bahan-bahan nak buat seri muka punya lapisan atas yang berkrim... Campurkan telur, tepung gandung, tepung jagung, santan dan air daun pandan. Untuk sukatan tengoklah video ni... Video Kuih Screwpine

 Bahan-bahan buat lapisan hijau atas...

 Tuangkan krim daan pandan ke atas pulut...


Kukus selama 40 minit... Untuk menggelakkan kuih seri muka anda permukaannya buruk, lap penutup tempat kukus bila ianya dah basah. Kalau seri muka kena air, kuranglah serinya...

Kuih seri muka kena kukus...

Seri muka yang siap...

Lepas kukus, tunggu sehingga dia sejuk. Saya suka bubuh dalam peti ais biar sejuk... Makan pula dengan kopi... Memang nyaman...

Terima kasih...
   -fara aziz-

Friday, September 22, 2017

Pendirian Drill / Drill Stand

Adakah tuan-puan ingin buat lubang pakai drill yang sentiasa tegak? Kalau pakai drill saja tanpa alat ni mesti tak tegak 90 darjah lubang yang dibuat.

Sekarang ni ada alat dari Cina yang boleh pegang drill anda supaya ia boleh digerakkan ke atas dan ke bawah mengikut landasan yang tegak dan lurus. Alat ni saya panggil "pendirian drill" sebab orang putih panggil alat ini "drill stand". Cara nak pasang amat mudah macam dalam video ini.


Pemegang alat mengikat umpan fly pun boleh dibuat dengan "Pendirian Drill"

terima kasih


Thursday, September 21, 2017

Pasu Siram Sendiri (Self Watering Pots)

Hello pembaca-pembaca yang budiman...

Bukankah senang kalau tuan-tuan ada sebuah pasu ajaib yang boleh menyiram tanaman di dalamnya sendiri? Boleh menyiram tanaman sampai 3 MINGGU pun jadilah. Boleh abang-abang semua tinggalkan pokok-pokok bunga kertas, selasih, cili dan tomato bila nak pergi memanching atau mengudang yang lamanya seminggu di laut mahu pun di tepi tasik yang ada air terjun yang indah permai...

Pokok Selasih dalam Pasu Siram Sendiri

Tak payahlah bapak-bapak sekalian mengganggu lagi isteri-isteri kamu yang sentiasa sibuk menggoreng ikan, membaiki paip, menjaga anak, menyusu anak, mengajar anak, membasuh baju dan macam-macam lagi tanggung jawab yang mereka buat dengan baik semata-mata untuk menyiram pokok bunga sepermergian bapak-bapak sekalian. Pokok Selasih dalam pasu dalam gambar di atas ni dah dekat 2 minggu tak bersiram... Tapi... Segaaaar... Sejuk mata memandang... Pasu biasa memang tak boleh... Pasu Siram Sendiri memang boleh !

Struktur Pasu Siram Sendiri buatan sendiri

Pasu Siram Sendiri pada dasarnya dibuat dua lapis. Lapisan bawah adalah tangki air. Lapisan atas adalah tempat letak tanah untuk ditanam pokok. Air dari tangki naik ke pokok di lapisan atas melalui kaedah resapan melalui sumbu. Kalau ada pasu-pasu tanah liat kat rumah boleh buat sendiri. Kalau rajinlah. Kalau malas tak payahlah... heheh

Saluran isi air dalam gambar yang lagi jelas

Jadi pasu bawah yang dibuat tangki perlulah ditutup lubangnya dengan silicon atau apa-apa sahaja supaya air tak bocor keluar langsung. Lepas tu korek lubang kat tepi satu sebagai aras air paling tinggi. Saya korek pakai drill elektrik aje...

Pasu tangki dikorek lubang pakai drill aje...

Pasu atas pula dipasang dengan saluran getah yang paras atasnya tinggi sikit dari mulut pasu dan bawahnya terkeluar dari lubang pasu teresebut. Lubang yang lain kita letak bahan peresap macam mop suri rumah.

Pasu atas yang nak ditanam pokok

Biarkan tali-tali mop tersebut berserabut dalam pasu dan bawahnya menjurai-jurai keluar dari lubang pasu. Air dari tangki akan meresap melalui tali-tali mop terus kena kat tanah dalam pasu atas. Maka basahlah tanah dan minumlah pokok...

Bahagian dalam pasu atas

Cara guna pasu ni memang senang... Isi dengan tanah dalam pasu atas, tanam pokok, letak atas pasu tangki dan isi pasu tangki dengan air melalui saluran air pada pasu atas. Lepas tu letak kat sudut yang anda suka atau sudut yang isteri anda suka. Tutup saluran isi air dengan batu supaya nyamuk tak masuk... Tatacara terakhir tu amat penting, sebab kalau penuh jentik-jentik, bukan kita pergi majlis, Majlis yang datang rumah kita... Nauzubillah...



Kalaulah baca tak faham, saya syorkan tonton sebuah video bagus di mana sahabat saya Mat Boston buat satu Pasu Siram Sendiri yang paling mudah dalam dunia  pakai botol plastik. Dia buat tanam cili. Kalau dah pi tengok video, mai balik sini lagi. Ada sikit lagi kat bawah tak habis baca... Heheh...

Pasu Siram Sendiri jenis pasu bulat

Ada juga beberapa kes menggunakan Pasu Siram Sendiri ni yang ditanam dengan pokok belimbing dan jambu. Keluar buah! Pokok pun seronok air cukup, dia bagi buah... Pekebun pun jadi seronok dalam kes tersebut...

Budak-budak belum sekolah...

Akhir kata, memang elok kita makan dari hasil tangan kita sendiri. Yang penatnya tanam tak menjadi sebab terlupa siram. Oleh itu, bolehlah tuan-tuan yang budiman cuba buat Pasu Siram Sendiri ni sendiri atau pun beli di pasar tani. Kalau boleh saya nak kata, Untuk jadi malas mestilah jadi rajin... 

Okay, esok ada akal, saya tulis lagi...

Terima kasih...
     -ih-

Friday, September 15, 2017

Tukang Kayu Hamamatsu dan Kayu Pokok Pine

Pokok pine ni banyak tumbuh subur di tempat2 sejuk macam di Hamamatsu dan negeri-negeri yang sesuhu dengannya. Kayunya lembut tapi kuat, jadi mudah nak digergaji dan dibentuk menggunakan alat-alat pertukangan kayu yang sesuai. Aisey, maaflah, gambar pokok Pine tak ada. Tapi jangan risau, cuba cari di Google... Ada banyak gambar pokok Pine lawa-lawa...

Kerusi kayu Pine

Kegunaan kayu pokok Pine yang paling ketara nampak di seluruh dunia ialah sebagai kotak bawa barang yang nak dimuatkan atas kapal kargo. Jadi lepas barang dihantar, kotak-kotak tersebut akan orang ambil kayunya dan buat perbot.

Gambar di cetak atas papan kayu Pine


Sebagai contoh, Pine Art ialah sebuah perusahaan pertukangan kayu yang membuat perlagai barangan dari kayu Pine. Dari kayu tersebut ada dibuat meja, ada dicetak gambar, ada dibuat kerusi, ada dibuat rak dan macam-macam lagi...



Mat Boston


Banyak video meja dari kayu pokok Pine ada di internet ni. Contohnya video di bawah ini... Video pembuatan meja dari kayu Pine dari mula sampai habis di tayangkan oleh Mat Boston, kawan kami...


Harap-harap tuan-puan dapatlah meja dari kayu pokok Pine sebuah, sebab memang bagus...

Terima kasih...
-fara aziz-

Tuesday, September 12, 2017

What is the difference between a T-Nozzle and Open-Nozzle Water Rocket ? (Super Slow Motion Analysis)

Super slow motion videos gives you the chance to see things that happen in a split of a second. These events are actually very beautiful but hidden in plain sight as they happen too fast. High speed cameras capturing videos at extremely high frame rates allow us to see what could not be seen before.

Way-way back in Hamamatsu, someone we know made his own 3000fps high speed camera. Although super fast, the CMOS camera had only 500x500 pixels of resolution. But coupled with a Canon SLR lens, we got these high speed water rocket photos that are stunning. We could even do an analysis between the T-Nozzle and Open-Nozzle water rocket launch characteristics... So we complied a nice short video for you to watch via the link below... Enjoy !!!


Thanks for reading...
   -fara aziz-

Saturday, September 09, 2017

Oreo Munchies Challenge (Rumi and Brothers)

Oreo munchies are any types of snacks that have Oreos in them. In this Oreo Munchies Challenge, the kids are blindfolded and asked to guess what kind of Oreo Munchies they have just tasted. Is it cookie Oreos? Is it thin sandwich cookie Oreos? Is it ice cream Oreos? Its a fun and tasty challenge where everybody is a winner!!



What flavour are the Oreo snacks? Peanutbutter Oreos? Tiramisu Oreos? Dark and white Oreos? How best to eat your Oreo Munchies? Sharing it with others ofcourse. Enjoy!!!

Thanks for reading...
      -fara aziz-

Other links:

Childrens Ramune Bottle Flip Challenge

Bean Boozled Challenge with 7 Cute Kids

Rumi Playing with 5 Candy Egg Toy Surprise for Learning Fun

PeiPeile Dough Unboxing Fun ! (4 Colors) Sweet Ice Cream Making Mold

Tuesday, September 05, 2017

Children's Ramune Bottle Flip Challenge and Simple Japanese

Hello everybody,

Welcome back to Hamamatsu-Now. Hmmmm, Saya tengah fikir nak tukar nama blog ni sebab kita dah lama tak duduk di Hamamatsu dan nak aktifkan balik blog ni... Macamana neh?

Okay, posting kali ni berkenaan dengan RAMUNE. Mungkin ada lagi orang yang tak tahu apa dia Ramune ni. Ramune adalah perkataan bahasa Inggeris yang diJepunkan. Maksudnya dalam bahasa Inggeris ialah "Lemonade"... Hahahaha!!! Tapi Ramune lebih dikenali sebagai air soda dari Jepun... Jadi saya pun buat satu video berkenaan Ramune sebab botol dia lain dari air-air soda yang lain :)


Penutup botol Ramune ialah sebiji guli. Guli tu boleh jadi penutup botol otomatik agar air Ramune tak tumpah... Untuk tahu lebih lanjut berkenaan minuman Jepun bolehlah tengok video yang saya buat. Klik saja judul gambar di atas... 

Video ni ada menunjukkan cara-cara nak buka botol Ramune, cara terbaik untuk minum Ramune dan juga cara nak berseronok dengan botol Ramune... Tatacara menggunakan 2 perkataan Jepun iaitu "Oishii" dan "Kampai" juga ada saya masukkan dalam video tersebut.


Terima kasih wahai pembaca...
                -fara aziz-              

Hello from Hamamatsu-now's new Blog Author

Assalamualaikum wbt 
and
Hello

Dear Hamamatsu-Now readers...

I'm a new author in this blog. Besides being a housewife to 7 childred, I maintain a Rumi's Amazing Channel on Youtube where our videos are suitable for the whole family.



There's 2 playlists now,  "kids fun" and "DIY and how to", which obviously describes the types of videos in them...

Have a look at my channel... Rumi's Amazing Channel

I'll be posting links on my new videos in this blog, so please stay tuned :)

Thanks for reading...
-fara aziz-


Friday, February 14, 2014

Hari terakhir sekolah HIROSAWA SHO-GAKKO

Hari ni, 14.2.2014 adalah hari last Ayong dan Angah pi sekolah... Teringat hari pertama sekolah, takdir Tuhan yang maha kaya bagi pulak kami jumpa ibu Jepun yang anak dia pun hari pertama sekolah dan FASIH BAHASA Indonesia... "Panggil saja saya ibu Yuri", dia cakap... Dia la tolong banyak... Senang sikit hidup hari tu... Alhamdulillah... Mai kita tengok sikit ringkasan sekolah di Jepun...

 Siap sedia HAIT!!!

Menurut undang2 Jepun, budak2 kena pi sekolah yang dalam 2km radius dari rumah... Untunglah budak2 dua orang ni sebab duduk Shijimizuka yang dekat Hirosawa Sho-Gakko (Sekolah rendah kebangsaan Hirosawa) di mana sekolah ni adalah sekolah rendah paling top dalam bandar Hamamatsu...

 
6.45 am...

Sekolah sini budak2 kena pi jalan kaki. Selamat... Kereta memang bagi keutamaan budak2 sekolah. Orang jahat pun tak kacau budak2 sekolah... Orang jahat tak dak kot kat sini... Budak2 sekolah pun baik, sopan santun dan pembersih... Sebab tahap keselamatan 99% (1% tak selamat sebab gempa bumi heheh), lepas sekolah mesti ada kawan2 Jepun bertandang ke rumah nak main... Magrib baru balik...
 
 
Budak2 jalan kaki pi sekolah...
 
Sistem sekolah memang nampak beban habis budak2... Sekolah mula 8am habis 4pm... Beg berat tapi depa ni semangat punya bangsa... Kerja rumah ada 2 jenis... Kerja tulis dan kerja membaca... Tapi budak2 sini tak dak komplen langsung... Ganbatei! Ganbatei! Ganbarimashooo!!!... Depa semua berusaha saja... Sebab tu Jepun maju dan ada keretapi laju..  

 
Geng Ayong...
 
Saya suka betul sistem makan skolah depa... Sini, kita bayaq yuran bulanan dalam 7,000 yen sorang. Duit yuran ni depa guna untuk buku, lawatan sekolah dan juga makanan. Lebih kurang 70% duit yuran ni depa bagi kat sekolah punya kantin. Sekolah punya kantin akan masak makanan yang fakta khasiatnya kita diberitahu... Malangnya, tak halal... Jadi Ayong dan Angah pun bawaklah 'bento', tapi program susu sekolah masih depa join...

 
Padang Hirosawa Sho-Gakko
 
Padang sekolah Jepun ni lain sikit dengan padang kita. Depa punya padang semua gonjeng tak dak rumput... Alasan, kementerian pendidikan tak dak bajet nak bagi tanam rumput... Tapi tak palah, tak dak bajet pun depa punya pasukan bola boleh masuk "world cup"... Buat apa nak bajet banyak2, ye dak tuan-puan sekalian? heheh...
 
Budak Melayu di sekolah Jepun...

 Ada jugak beberapa hari kami kena pi sekolah. Satu hari untuk melihat keadaan pembelajaran dalam kelas. Pada hari tersebut, kita kena pi sekolah waktu pelajar dok belajar. Kita kena berdiri belakang kelas dan tengok saja anak2 sambil cikgu mengajar kat depan... Lepas dalam 30 minit berdiri belakang kelas, balik...

 
Budak Melayu kelahiran Jepun di sekolah kampunya...

Ada jugak hari pementasan. Ni yang syok sebab Hirosawa Sho-Gakko ni selalu menang hadiah NHK(NHK ni macam RTM kat Malaysia) untuk musik dan choir... Budak2 semua wajib mengambil bahagian... Yang hebat main la alat musik hebat macam piano ka, flute ka... Yang kayu sikit tu main la loceng... Angah main melodian... Ayong main triangle (loceng) hahaha... Cikgu depa pun naik pentas tunjuk skil jugak... Power!!! Memang merdu, kalau masuk lawan dalam TV gerenti menang...

Music Day...

Harini, pukul 4pm saya kena pi sekolah untuk setelkan budak2 ni nak berhenti sekolah dah... Sedih... Sign sana sign sini, cop sana cop sini... Amanah betul depa ni... Lepas habis cop and sign, depa bagi surat perbelanjaan dan yang syok tu depa bagi yen jepun dalam banyak sampul surat berlainan...


Bonus...


Sampul ni untuk duit PTA, sampul tu untuk duit yuran, sampul ni pulak untuk duit insurans, sampul tu pulak untuk duit susu dan macam2 sampul lagi... Amanah dalam organisasi Jepun memang saya tabik walaupun remeh untuk sampai tahap amanah macam tu... Dari bangku sekolah lagi depa dah terapkan budaya amanah...
 
 
Tarmac Hirosawa Sho-Gakko


Ayang, Read dan Ilm'-boy, budak2 belum sekolah...

Lebih kurang lagu tu la sekolah rendah di Jepun... Terima kasihlah kepada Fujioka Sensei cikgu Ayong... Fujita Sensei cikgu Angah... Suzuki Sensei, guru besar Hirosawa Sho-Gakko dan tak lupa Yoko Sensei, cikgu peralihan Ayong dan Angah yang siap volunteer nak tambah waktu untuk berjumpa dengan Ayong dan Angah untuk menambahkan pemahaman depa dalam bahasa Jepun... Juga terima kasih kepada Ustaz (Dr. Faez) dan Abang Pedo (En. Hakimi) yang mula2 tolong kami yang terkial2 nak daftar anak ke sekolah... Juga semua orang-orang Melayu di Hamamatsu ni yang banyak tolong anak2 kami dalam buat kerja sekolah... Tak lupa, terima kasih kepada Puan Fara, yang hari2 setelkan bekal dan hantaq depa jalan kaki pi sekolah...

Tuesday, December 17, 2013

Hjh Che Puteh Syed Hassan

Assalamualikum wbt,

Hari ini, Mak Cak telah pulang ke Rahmat Allah pada jam 2.30am di hospital Kajang. Dia masuk semalam pukul 10am. Kami yang berada jauh diperantauan amat sedih dan terkilan dengan pemergian beliau.

Hidup beliau tak pernah menyusahkan orang namun menyenangkan orang. Menjaga dan berdoa untuk kami setiap hari demi keselamatan dan kesejahteraan dunia akhirat sejak sebelum saya lahir. Diajar saya sebagai budak cara bersolat. Tak mungkin saya berada di tempat yang baik sekarang tanpa kasih sayang Mak Cak, dengan izin Allah SWT...

Pergi dengan tiba-tiba. Tak ada sakit. Pergi dengan keadaan bersedia. Mereka di rumah menjumpai wang tunai dan kain lapik, peninggalan arwah yang diwasiatkan agar digunakan untuk pengkebumian beliau.

Hari ini jenazah Mak Cak  akan disempurnakan. Kali terakhir kami sekeluarga berpisah hidup dengan beliau ialah di jendela biliknya, sewaktu beliau melambai-lambai pemergian kami ke Hamamatsu. Bersyukur kami kepada Allah, dijodohkan bertemu dan dibela serta dibelai insan mulia ini dalam kehidupan kami.

"Ya-Allah ya tuhanku yang maha kuasa atas segala makhlukMu, ampunkanlah dosa hambaMu, Mak Cak. Kamu yang maha kaya, berilah manfaat atas segala ilmu peninggalan Mak Cak. Hindarilah seksa kubur serta lapangkanlah kubur beliau. Masukkanlah roh Mak Cak, orang yang telah kau pinjamkan kepada ku bersama-sama roh para solehah yang bakal Engkau tempatkan di syurga Firdaus Mu Ya-Allah. Amin, ya-rabbal-al-amin"

-ih-

Monday, December 16, 2013

Mak Chak Insan Mulia

Mak Chak,

Dari kecik sampai saya besaq, dah beranak pinak, dia yang jaga... Hari-hari dia dok doa mintak kat Allah saya dan keluarga saya selamat dunia akhirat... Nak pi sekolah, dia yang suap nasik... Sampai ke kawan saya pun dia suap sekali... Apa saja saya nak dia bagi, padahai dia bukan orang kaya... Tapi Mak Chak ni orang senang... Dulu darjah 4, saya lupa bawak duit belanja sekolah, dia mai hantaq... Selamber saja dia keriau, Ih! Ih! dari kaki lima tingkat 2 sekolah waktu saya dok dalam kelas... Buat malu je masa tu kat kawan-kawan, dalam fikiran saya...

Apa punya orang saya ni...

Semalam saya mimpi dia dekat-dekat waktu subuh, dia berdiri pakai baju kurung Kedah berbunga merah jambudengan kain batik gelap-gelap... Dia renung saja kat saya... Rupanya mimpi kat Mak Chak... Mak Chak mana boleh berjalan dah... Dah dekat 3-4 tahun dia dok ataih kerusi roda... Tapi macam sungguh la mimpi tu...


Pagi tadi depa watsap habaq Mak Chak sakit kaki, bernafas laju... Ambulan mai ambik dia bawak pi hospital Kajang... Saya jadi kaku... Tadi saya talipon, mak saya angkat... Dia kata Mak Chak ok... Alhamdulillah... Lepaih habih buat kerja, saya talipon lagi, mak saya kata keadaan Mak Chak teruk... Jantung dia tiba-tiba lemah... Saya dok berasa dah... Saya nak balik la lagu ni tapi depa tak bagi... Nasib baik tuan dokter bagi bercakap dengan Mak Chak... Ih! Ih! Ih!... Dia kata sambil terbaring di hospital kajang dengan topeng oksigen... Saya bercakap dia tak dengaq sangat, tapi dia sedaqla ih telefon dia..

Mak Chak pegang Read si pembaca

Sedih betul saya... Kalau Mak Chak jadi apa-apa, sapa nak jaga saya? sapa nak doa kat saya dengan keluarga saya? Mak Chak ni yang ajaq banyak benda baik kat kami... Macam mak...

Ih pun tak tau nak buat apa dah ni...

Mai la kita berdoa bagi Mak Chak punya jantung yang baik tu kuat balik, pasai ih nak jumpak Mak Chak bulan 3 sat lagi...  Amin...

-ih-

Tuesday, July 30, 2013

NOMIKAI!!! KAMPAI!!!

Lepas sampai sini dan setel-down mestilah terus jumpa Sensei untuk masuk bawah naungan dia... buat kerja dalam makmal dia la tu. Budaya jepun mesti adakan NOMIKAI / kenduri kedatangan untuk merasmikan tujuan ini...

 Berjalan dalam hujan

Nomikai saya dikogsi dengan sorang lagi pakar imej sensor yang sebenarnya pencipta PIN Photodiode technology iaitu Teranishi-san. Ala... PIN Photodiode... yang tuan puan sekalian pakai dalam camera digital CMOS tu nak bagi gambar lagi cantik tu. Ala, pixel yang mampu mengurangkan hingar sebab electron tak terperangkap dalam pixel hasil medan electrik kat permukaan diode tu le... haaa, ingat pun... Pakcik tu dah tua tapi nampak muda... heheh...

Bandar Hamamatsu basah dek hujan

Biasanya lab buat kutipan untuk nomikai tapi kali ni Sensei belanja satu lab...  Budaya macam ni memang bagus. Iye le, kita orang baru datang, nak setel down bukannya senang... Jadi penduduk situ senangkan kita dengan bagi makan dan bagi bersilaturrahim agar tak menyepi dan menyombong macam monyet tak dapat pisang... Sedih, tempat kita budaya dah terbalik, orang yang nak keluar merantau/berdagang diacah-acah suruh belanja... Bila pulang, disuruh2 belanja lagi... Dah terbalik budaya "farewell" tempat kita... Contohnya, orang nak pi menunaikan ibadat haji kat tanah suci... Ustaz Harun Din pun ada cakap budaya tak betul yang kita buat ni... Oh, tak 100% betul tu ustaz... kalau kita ni orang besar, barulah dibuat budaya farewell yang betul... orang senang di senang-lenagkan lagi, orang susah dipijak, diperah sampai mati... sedih den...

Mat kura-kura, orang hensem, orang tua, budak muda dan orang Tunusia

Berbalik kepada nomikai, kali ni depa boleh muatkan 30++ orang dalam bilik sebesar 8'x15'... heheh... macam tin sardin tapi muat dan selesa...


 Sensei dan sensei muda

Macam nomikai2 yang dibuat ratusan tahun dulu, ketua mesti berucap dulu... Diikuti ucapan orang yang diraikan... saya pun wajib berucap... Diikuti dengan sesiapa yang terasa nak berucap tak tentu pasal pula...

 panorama nomikai

 orang-orang image sensor

Lepas habis ucapan, air arak dituang. Ye, arak...  Bagi saya depa bagi teh o ais le... Lepas tu berdiri dan sebut "KAMPE!!!!" "KAMPAI!!!!"... gelas di laga-laga, air diteguk... Mulalah semua sengih2 dengan muka merah keseronokkan nomikai...

member lama

Syok juga nomikai kali ni... Jumpa kawan2 lama macam si Aoyama ni... Dah jadi CEO dah dia. Tapi dia kata dari jadi CEO baik jadi enginyok (engineer) macam dok lab dulu2 sebab lebih syok dok buat image sensor dari dok berpolitik sana-sini mencari market yang tak menentu... Sorang lagi si Yasutomi, baru dapat anak sulung dan dah jadi sensei muda... Gemuk betul dia la ni... seronok le tu...

 
gelas

Untuk penutup, semua berdiri... Entah apa dia cakap tapi lepas tu semua orang tepuk tangan sekali sahaja. Berdentum satu restoren tu menandakan Izuharu (den le tu) dan Teranishi sudah dengan rasminya masuk lab Kawahito Sensei... Lepas tu kami bersurai, saya dan sensei balik ke makmal... Dia terus buat kerja, saya pack barang dan balik ke Kaikan...

Akhir kata, VAPE ON!!!

Saturday, July 27, 2013

Hamamatsu-Now Kembali Lagi!!!

12.7.2013 haritu bertungkus lumuslah keluarga kepong dan bangi menghantar duta-dua mereka ke KLIA untuk terbang ke Hamamatsu, Jepun... Sapa nak sangka Hamamatsu-Now akan membawa gambar2 dari bandar Hamamatsu lagi...


 Ayong, Ilm'-boy, Nadeem n Ayang dok tengok Amin main mainannya...

13.7.2013, 7am kami mendarat di Kansai, Osaka, Jepun... Ingatkan Jepun tak bagi kami masuk kalo tak ada tiket pulang sebab VISA pelancong... Jadi puan fara pun belilah tiket pulang... Rupa-rupanya Jepun mengalu-alukan kedatangan kami  dengan tangan terbuka... Suka pegawai imigresen tu mengecop "passpooto" kami. Dia tak mintak pun tiket pulang... Jadi kami buang aje tiket pulang tersebut dan tukar status VISA kepada pemastautin :)

 Kansai yang canggih

Sungguh macam negeri bunian tempat ni dengan bunian melompat ke sana sini memberi servis terbaik dengan senyuman... "Irashaii Masee!!!", kata mereka... Dari Osaka nak ke Hamamatsu, singgah sebentar di banyak stesen keretapi. Lepas tu naik la Shinkansen yang maha laju...

Orang bunian...

 Orang ulu di Osaka...

Orang ulu dalam perjalanan

 Orang ulu dah sampai Hamamatsu...

Bila sampai pukul 12pm... Alhamdulillah, selamat... Kami naik pula teksi untuk balik ke rumah lama di Kokusai Koryu Kaikan... Disambut pula oleh Kotani-san yang masih ingat saya dan puan fara. "Shashiburi Desuneeee", kata beliau sambil tersenyum dan terhangguk2 macam orang jepun... Kami diberi kunci bilik #314... Puan Fara terus kemas dan saya terus rilex...

 
Read-boy vacuum

Lapar... Bangun... Nasib baik ramai pula yang menunggu di Hamamatsu yang berebut-rebut nak bawak kami mencari perkakas hidup di sini... Macam nilah budaya Melayu yang suka bantu-membantu... Kami orang ulu memang teruja heheh...

Angah naik kereta uncle Ustaz (baru umur 28 tapi dah nak dapat PhD dan hafiz Al-Quran)

 Kereta Pak Cik Pedo (baru umur 23 dan hensem) kesayangan Ilm'-boy

Dua buah kereta menunggu nak bawa kami. Satu dipandu oleh uncle Ustaz dan satu oleh uncle Izad. Cantik tapi murah kereta mereka. Kalau di "bolehland", iaitu sebuah negara yang pemerintahnya hidup senang, harga kereta-kertea tersebut "boleh" dinaikkan sampai 5 kali ganda untuk kereta uncle Ustaz dan 7 kali ganda untuk kereta uncle Pedo... Kesian... Sebuah negara yang menyokong perniagaan hutang bank, apa boleh buat... bolehkan je le bolehland...

 Makanan Halal dah banyak sangat kat Hamamatsu-Now!!!

OKAY, back to Hamamatsu... Setelah makan kami pun balik dan tapau satu kudap2 bernama Takoyaki cap Gindako... Dah habis makan enak sehinga menjilat jari sosnya yang berwarna hitam... Baru-baru ni uncle Ustaz kata Takoyakinya halal tapi sos hitamnya haram... Jangan risau Abg Izhal, tak tau tak apa... Alhamdulillah kami tak tahu dengan rezeki yang Allah nak bagi... Uncle ustaz juga pesan, lain kali cakap sos hitam jangan letak, beli takoyaki mintak penjual tu tarok sos mayonaise aje udah... Orang-orang ulu yang dah biasa dok seberang, rezekinya lain... Orang-orang ulu yang dok pedalaman dan hanya pernah keluar sekali-sekala saja memang banyak yang pandang serong cerita macam ni, tapi biasala... sibuk nak dengar cerite, kami cerite aje le... bak kata orang ulu, jauh perjalanan luas pandangan, makin terbuka fikiran yang sempit... Sedap juga termakan babi ye ;) Beginilah "igonrance is bliss" yang haram pun jadi halal sebagai ketentuan yang Maha Pemurah... Tapi pengajarannya di sini, kita mesti ambil tahu dan jadi orang yang peka...

Takoyaki bersos babi...

OK, sambung sikit lagi... Terus kami sekeluarga dengan perut kenyang dan hati yang senang tidur lena dibuai bayu Hamamatsu...

Esok pagi puan fara dah gorengkan telur bagi membekalkan kami sekeluarga dengan tenaga supaya "Ganbatei!!!" macam orang jepun ...

 
Pan to tamago to chisu... Oishi deshoooo!!!

Lepas tu saya keluar ke verandah flat kami dan melihat bumi yang Dia izinkan kami duduk buat sementara... Sekali lagi, cantik dan selamat tempat yang Dia rancangkan...


Sebelah kanan... Hospital Angah dilahirkan berlatar belakangkan Lake Sanaru

 Sebelah kiri... Bandar Hamamatsu nun jauh di sana...
Di hadapan... Atap-atap jiran tetangga...

Saat-saat pertama kami di Hamamatsu bertujuh kali ini menggembirakan sekali. Selamat sungguh negeri bukan Islam ini untuk budak2 Islam main2 kat padang ataupun tepi jalan tanpa pengawasan orang-orang tua... Orang2 jahat entah ke mana tapi yang pasti tiada di Hamamatsu now!!!  

Maaflah nak update pun lambat. Maklumlah nak mencapai tahap kestabilan hidup di negara bunian ni mengambil masa sedikit... Lepas ni kami berazam nak update lagi mengikut kesesuaian keadaan neee...

Akhir kata, VAPE ON!!!