Friday, August 10, 2007

Tempat Bersejarah

Baru-baru ni saya sempat pi melaka dengan kawan lama sorang. Kami pi sebab nak wakilkan bapa dia yang tak dak kesmpatan nak pi kenduri kawin di sana. Oleh sebab dia bujang dan saya cas bujang time tu, kami ambil kesempatan untuk ronda2 melaka sampai malam.


perigi hang li po...

Sesetengah peninggalan sejarah kat melaka ni saya rasa tipu gila. Macam makam hang tuah tu, betul ka? Ka untuk tarik pelancong? Mengikut sejarah, si tuah ni ghaib... tak mati... heheh...


makam tun teja...

bogus???

Saya rasa semua orang tau sejarah hang tuah yang 'official'... Ini version saya yang kureng popular dan memang tak 'official'. Hang tuah ni pandai mainkan semua pihak. Dia tacklekan perempuan tempatan macam tun teja untuk raja. Dia juga tackelkan amoi-amoi dari cina untuk raja. Dia juga tukang takcelkan puteri gunung ledang untuk raja... Waktu dia dok usha puteri gunung ledang, dia juga handle project mega iaitu pembikinan jembatan emas yang tuan puteri tu nak...


jalan di melaka...

Sampai la ni takdak peninggalan jembatan emas tu... Projek tu saya rasa dah diseleweng dek hang tuah sdn bhd. lepas tu dia ghaib, kemungkinan besar lari overseas bawak semua emas tu, bukak swiss bank akaun dan hidup senang kat scotland...



Peninggalan sejarah melayu yang tinggal la ni semuanya kurang 'magnificent'. Ada la perigi buruk satu, makam yang tak patut ada satu... Peninggalan bangunan batu yang menunjukkan kemajuan teknologi pembinaan pun yang ditinggalkan dibuat dek belanda, portugis dan inggeris... Yang kita buat bangunan batu melekat sampai zaman ni dibina lewat kurun ke 18 . Kalau melaka sehbat yang dicanag2kan, apsal zaman dulu (sekitar abad ke 15) dia takdak bangunan hebat-hebat macam majapahit, kemboja dan siam? Depa punya 'architectural ruins' lagi hebat...


masjid hang tuah

Walaubagaimanapun, peninggalan paling syok kat melaka adalah WISMA PONDOK... heheh... Tempat duduk bersantai kawan lama saya bila dia balik kampung...


Wisma Pondok...

-tamat-

18 Comments:

Blogger NBK466 said...

Haiiiyyaaa...itu peligi Hang Li Po gambar malam2 aa...manyak ngeli ooo.. Cian H.Tuah...tak apa lah kisah sebenar disebalik mitos yg digembar-gemburkan...

8:14 PM  
Blogger zino said...

wisma pondok tu memang unik.. hehe

11:06 PM  
Blogger loveujordan said...

entahlah akak pun tak tau sangat hang tuah ni... tapi memang kat negara kita macam tak de je bangunan lama yang ada senibina mengikut zamannya...wakaf pondok tu zaman bila punya ???

have a nice weekend !!

11:38 PM  
Blogger Ajzie said...

Makam Tun Teja....... dah dekat sangat dengan rumah nenda saya..tak sampai 3km rasanya..


Insyallah kami akan ke Melaka end Aug nih pula

11:58 PM  
Blogger Izhal said...

nbk466,
dekat itu peligi aaa, ada rstoran asam pdas, nama kedai dia rstonran asam pedas pak ali power... memang mantap...

zino,
ha ah, tempat budak2 kampung ara tu duduk2 malam2... patut bubuh lampu sebiji...

loveujordan,
haa ada juga orang perasan pasal senibina lama kita... rasanya sejarah kita lagi banyak legend dari fakta...

have a nice weekend to you too!!!

ajzie,
iye ke... area tu saya suka... nyaman, orang dia friendly... macam dok kat oversea...

12:24 AM  
Blogger Zakiah said...

hensem banget si tuah ni dulu....agak agak cam saper ek sampai amoi pun dapat ditackle nyer...hermh..

4:58 PM  
Blogger Sastri said...

pernah sampai ke Melaka tapi cuma sempat tengok2 Muzium Maritim... Stradthuys tu pun tak sempat nak nengok sangat... tempat2 yang Izhal sebut ni pun Sas tak sampai lagi... :D

5:44 PM  
Blogger maklang said...

maklang asal keturunan dari melaka, tapi sejarah melako ni pun den tak berapo ingat!

9:24 PM  
Blogger Fretsurfer said...

Dude!!!
You're back!!!
Aku nak update gambor and video Sam nikah. Tapi semua file tinggal kat KL.
Nanti lah dude!

3:25 PM  
Blogger Izhal said...

zakiah,
antara hensem atau kaya raya... dua-dua kriteria tersebut memang winning criteria lah bak cakap omputeh... hahahahaaaa...

sastri,
awat... sibuk kerja sangat ke sastri? tak pa, la ni dah senang, buat lawatan virtual pakai internet je...

maklang,
hahahahahahaaa... ada putera raja palembang ni, nama dia parameswara... dia cabut lari ke temasek (singapura) sebab kena kejar dengan majapahit punya raja... dia boring dok singapura jadi dia pi la menyeberang ke tanah melayu. sampai satu tempat dia letih gila. dia duduk la bawah pokok. tengah dia duduk tetiba ada pulak seekor sang kancil. anjing-anjing si putera tadi tu pakat nak baham sang kancil... sang kancil time tu bukak langkah silat kancil dan sepak semua anjing parameswara sampai lembik... sebab masa tu tak ada tv, parameswara pun melayan adengan tersebut sepertimana kita la ni layan animal planet... dia pun syok sebab dapat tengok live dan terus tanya kat pak gad dia lebih kurang macam ni kot... "Eh, beta ni duduk bawah pokok apa ni sambil melihat adengan hebat tadi tu?" lalu dijawab dek pak gad lebih kurang macam ni kot... "Inilah dia pohon melaka tuanku"... Terusla paramswara dapat ilham nak bukak negeri melaka... OK maklang... buleh buat bd time story ni... tapi maklang pernah ke dalam atau kenal ke pokok melaka tu yang mana satu???

fretsurfer,
Alhamdulillah!!! Roomate aku!!! Tak guna betul, dia tak cakap kat aku pun... thanks for the info...

1:31 AM  
Blogger simah said...

wisma pondok tu siap ada lampu tak? abih tu malam malam korang sembang dalam gelap ka?

hahahah padan la cerita *unofficial* hang tuah izhal tak famous... cerita katak betul :0)

lama jugak tak tengok gambar semua tu... rumah mini malaysia still bertapak kan?

1:35 AM  
Anonymous raiedzall said...

Salam Izhal
Waaa.. apa citer? Lama tak update. Anyway, kalau nak tau tipu ke tak kubur Tuah tu, kena korek kubur tu dan buat ujian DNA.. :)

6:28 PM  
Blogger david santos said...

I come to congratulate you with your work and to desire a good Month to you of August in vacation. In Portugal already we walk for beaches and to live the heat of the Summer.

9:02 AM  
Blogger ~ahni~ said...

Ini akan menimbulkan kemarahan orang Melaka, bahaya.

11:13 PM  
Blogger Ija said...

dekat bangi ada adam... ada batu... pastu ada pokok kelapa sawit... dulu2 iza jumpa perigi kat tepi rumah ili.... peninggalan gak tuh

11:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

dude,

nikah... bukan kahwin... or is it the other way around??

Heh.

Reception akhir tahun ni.

ming.

4:58 AM  
Blogger Kak Lady said...

Hah!! Ini dia orang Melaka datang...Ohhh!! Kutuk negeri kak Lady eh...

Sebenarnya makam Hang Tuah tu kak lady pun tak tau kesahihan benarnya...ntahlah diorang ni kadang suka2 aje istiharkan makam ntah saper sebagai makan Hang Tuah...perigi Hang Lipoh tu mungkin betul...yang lain2 kak lady tak tau...tak pernah pergi pun tempat2 tu...hehehhe....

5:42 PM  
Blogger Izhal said...

simah,
tak ada lampu... tak tau la malam2 keadaan dia macamana, pasal saya dok sampai petang je... hang tuah tu power tu... heheh...

raiedzall,
salam, saja cuti panjang skit...

~ahni~
tak pa, saya ni keturunan jebat...

kak lady,
ayoyoyoyoyoyoyoooo... ini dongeng semata-mata untuk orang ada masa lebih nak baca aje...

THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!

1:18 PM  

Post a Comment

<< Home