Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Batuk-batuk... sampai berbulan2 tak baik2... klinik panel, pusat kesihatan, klinik pakar swasta, klinik pakar kerajaan semua dah cuba... pendek kata tok bomoh pakai tengkorak aje tak pergi...

filter udara kotor boleh menyebabkan kereta batuk2...

Batuk kami ni tak baik2 sebab ianya melompat-lompat... Mula2 si A kena batuk dan duduk serumah dengan si B... Si B pula mengandung dan terjangkit... Si A baik setelah makan ubat... Disebabkan si B mengandung dan tak boleh makan ubat maka kuman batuk melompat dari si B balik ke si A dengan kekuatan yang berganda. Jadi tak lutlah ubat2 biasa yang ditelan... Alhamdulillah budak2 yang tinggal dengan si A dan si B langsung tak kena batuk sepanjang2 10 bulan si A dan si B batuk...

budak2 yang tak kena batuk di klinik panel...
lagi sebuah klinik swasta...

Last2 sekali ada jiran Mr. Tan cadangkan kami pergi berbekam dengan sensei cina di kepong... Jadi pada suatu pagi kami pun kesana... Ramai orang rupanya kat klinik tabib tersebut... Kalau ikut perubatan cina yang dah beribu2 tahun lamnya, penyakit ni disebabkan oleh ketidak seimbangan CHI ataupun CHI yang tersumbat dan tak boleh mengalir. dalam badan.. CHI=TENAGA DALAM... Untuk mengalirkan CHI, bekam bersama makan ubat2 herba boleh diamalkan... Jangan takut, bukannya makan ubat kuda laut kering atau cicak kubing kering... Haiwan digunakan untuk TENAGA BATIN dan tumbuh2an untuk PERUBATAN...

KHEE PAU ACUPUNCTURE...

Lepas buat kad perubatan, kami masuk, diperiksa tekanan darah dan chi dalam badan... Chi kami tersumbat rupanya lalu dibekamlah kami ditempat yang berpatutan... adalah saya kena dalam 8 mangkuk kat belakang, 3 kat dada dan 3 kat kepala... dia cucuk satu-dua lubang saja pakai jarum injection dan disedut pakai pam... proses ni diulang 3 kali... sakit boleh tahan juga...

bekam cina...Align Center
kepala kena bekam...
budak2 yang ikut...

Selesai berbekam, tabib muda bagi kami senarai ubat yang nak kena makan... Dan disuruh datang balik... Kami pun ikut arahan dan setelah 2 sesi berbekam, kahak yang sekian lama tak mau keluar mula kkeluar, batuk hilang dan badan rasa sihat... Alhamdulillah... Apa lagbi, terus makan ais krim le bila batuk dah hilang ;)

makan aiskrim...

Yang seronoknya, berbekam tak kira mangkuk... pakai flat rate... saya kena RM60 aje heheh... Puan Fara pulak bekam belakang dalam 8 mangkuk siap bagi persciption ubat hanya RM40 aje... Sekarang ni kami punya Chi (tenaga dalam) dah mula mengalir...

Selamat berpuasa

4 comments:

anggerik merah said...

Selamat Berpuasa...

Tahniah..semakin bertambah rakyat Malaysia..

Seram jugak tengok process bekam tu..

Ajzie said...

salam

jakun sikit saya nih.. sakit tak masa process bekam tuh? mcm nak cuba tapi ngeri plaks.

munirah hayati said...

hi izhal, tahan lama tak treatment tu. i takut sembuh kejap then ada balik.. :P have a happy ramadhan & eid! take care!

NBK466 said...

Eh..jap..nie sapa yg batuk actually..org ke kete ker semua diatas???