Thursday, December 23, 2010

Muharram1432

Nama saya Ih. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan punya blog ini yang telah berbaik hati mempelawa saya sebagai penulis tetap di blog Hamamatsu Now. Tak diduga rezeki saya mendatang dengan kesibikuan orang lain. Ya, beliau terlalu sibuk... tapi tak mahu Hamamatsu Now ini terabai... Oleh itu saya berikrar akan menulis dan memaparkan gambar di sini agar ruangan ini kurang sepi dari tulisan-tulisan baru dari masa ke semasa. Diharap tuan blog ini dapatlah menaikkan upah penulisan saya jika difikirkan perlu suatu hari kelak. Selamat tahun baru tuan-puan yang dihormati...

Tahun lepas kita menyaksikan MAHA 2010. Jadi ini cerita tahun lepas.

Tuan punya blog terasa tertipu di MAHA kerana telah memakan nasi lemak biasa yang berharga 3 ringgit. Upah menulis saya sebagai penulis blog sepenuh masa di sini pun tak boleh dapat makan nasi lemak di sana. Terlalu tak berharga usaha kerja kita dibangdingkan dengan nasi lemak MAHA...

Tapi tuan punya blog juga sukakan konsep MAHA ini. Dia fikir masih ada kebaikan pada acara pertanian tahunan Malaysia ini...

Di MAHA ada...

Pengunjung MAHA 2010...
Fret-Tops mengunjungi nangka mastura...

Toyang mengunjungi MAHA 2010...

Tongah mengunjungi gerai makan yang ditipu...

Toyong mengunjungi gerai mahal MAHA...

Kalau penat berjalan, beberapa buah bas yang tak cekap disediakan oleh pihak penganjur. Basnya menarik sebab dibina berkonsepkan bas terbuka dimana tak ada tingkap dan pintu. Halajunya pun dikawal supaya terlalu perlahan agar tidak terbabas dan membunuh puluhan nyawa yang diamanahkannya untuk dibawa dari satu tempat ke satu tempat. Iya, tak macam bas-bas ekspress bertauliah di negara kita ini. Bas-bas pembunuh yang membunuh demi orang-orang tamak yang tak bertanggungjawab... Sahabat syaitan...

Keluarga dalam bas...

Yang paling menarik di MAHA adalah kambing boar. Dagingnya sedap, bulunya panjang dan baunya macam kambing. Haiwan ni kalau MAHAL di MAHA tak apa. Sebab hanya di MAHA orang-orang macam saya dapat melihatnya. Apatah lagi orang macam tuan blog ini, hanya di MAHA sahajalah dia dapat melihat spesis kambing yang menakjubkan ini...

Gua mahal tau...
Penyu stress kata doktor di MAHA...

Spesis bunga-bungaan yang ditekankan di MAHA adalah bunga orkid. Macam-macam warna, bentuk dan rupa yang datangnya dari Ipoh... Jauh mereka datang dengan hasil usaha mereka... Cantik-cantik, mencuci mata dan menyegarkan...

Gua Ipoh maliiii woooo...
Orkid sejambak...
Si puteh...

Oleh itu kepada orang-orang yang tamak, kurangkanlah perangai tersebut. Anda sebenarnya tak perlu makan lebih dengan memakan makanan orang lain. Kalau tidak, hilanglah acara baik negara kita kerana hilang pengunjungnya kerana nasi lemak berlaukkan suku telur rebus, sambal tak sedap dan kacang yang boleh dibilang terpaksa ditaruk terlalu mahal. Maka hilanglah orkid-orkid baik dari ipoh, kambing boar perkasa dari entah mana dan nangka mastura pada tahun-tahun mendatang... 1433,1434,1435...2135H...

Tops dan IH... heheh...

Selamat Tahun Baru 1432H

1 comment:

Sherin said...

Assalamualaikum wrt Iz. I was checking out my old blog & other blogs I used to read...terjumpa ur blog semula. Btw, nice to see your family dah bertambah. Good for you! Take care.