Tuesday, December 17, 2013

Hjh Che Puteh Syed Hassan

Assalamualikum wbt,

Hari ini, Mak Cak telah pulang ke Rahmat Allah pada jam 2.30am di hospital Kajang. Dia masuk semalam pukul 10am. Kami yang berada jauh diperantauan amat sedih dan terkilan dengan pemergian beliau.

Hidup beliau tak pernah menyusahkan orang namun menyenangkan orang. Menjaga dan berdoa untuk kami setiap hari demi keselamatan dan kesejahteraan dunia akhirat sejak sebelum saya lahir. Diajar saya sebagai budak cara bersolat. Tak mungkin saya berada di tempat yang baik sekarang tanpa kasih sayang Mak Cak, dengan izin Allah SWT...

Pergi dengan tiba-tiba. Tak ada sakit. Pergi dengan keadaan bersedia. Mereka di rumah menjumpai wang tunai dan kain lapik, peninggalan arwah yang diwasiatkan agar digunakan untuk pengkebumian beliau.

Hari ini jenazah Mak Cak  akan disempurnakan. Kali terakhir kami sekeluarga berpisah hidup dengan beliau ialah di jendela biliknya, sewaktu beliau melambai-lambai pemergian kami ke Hamamatsu. Bersyukur kami kepada Allah, dijodohkan bertemu dan dibela serta dibelai insan mulia ini dalam kehidupan kami.

"Ya-Allah ya tuhanku yang maha kuasa atas segala makhlukMu, ampunkanlah dosa hambaMu, Mak Cak. Kamu yang maha kaya, berilah manfaat atas segala ilmu peninggalan Mak Cak. Hindarilah seksa kubur serta lapangkanlah kubur beliau. Masukkanlah roh Mak Cak, orang yang telah kau pinjamkan kepada ku bersama-sama roh para solehah yang bakal Engkau tempatkan di syurga Firdaus Mu Ya-Allah. Amin, ya-rabbal-al-amin"

-ih-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home