Baru-baru ini seorang kenalan kami dari alam cyber telah tidak dicyberkan... Maksudnya jodoh pertemuan kami dipanjangkan dari alam cyber ke alam yang fana ini :)
Nama beliau adalah Munzir Fauzi seorang fotografer terkenal dan berbakat besar di Malaysia. Macam mana boleh jumpa? Dari dunia fotopages. Waktu saya postkan gambar bunga2 sakura, dia ada beri comment yang dia nak ke Jepun... Terus saya balas ajak singgah di Hamamatsu... 2 bulan lepas tu kami berjumpa... mudah kan...
En. Munzir adalah seorang graduan bidang kejuruteraan elektrik dan bekerja sebagai seorang jurutera. satu hari beliau berhenti kerja dan memulakan kerjaya sebagai full time photographer iaitu sebuah bidang yang amant beliau minati... Kalau boleh saya pun nak berhenti krja macam En. Munzir dan buat kerja yang saya suka... Tapi BOSS, jangan takut... Saya dah jumpa kerja saya suka kat UPM tu heheh :)
En. Munzir ke Jepun membawa 28 orang lagi pelajar UTM untuk program homestay. Dia sendiri ada 3 keluarga angkat di Jepun... Satu di Nagoya, satu di Osaka dan satu di Tokyo... Pagi yang kami jumpa dia tiba tepat di waktu dijanjikan yakni 9.44am... Tepat betul dia sampai, iyelah datang naik Shinkansen heheh... Jadi sempatlah kami bersarapan, berkongsi pendapat, makan tengah hari dan snap2 gambar lebih kurang heheh... Kemana dia pergi, beg penuh dengan lens, alat tipu kamera, filter, bateri dan lain2 alat kamera menjadi teman... Sekejap sangat kami berjumpa sebab jam 1.44pm beliau terpaksa bertolak ke Tokyo pula...
bye-bye Hamamatsu...
Munzir the great and Izhal the great :
Kalau Tuan-tuan dan Puan-puan perlukan perkhidmatan fotografi profesional, bolehlah hubungi En. Munzir iaitu taukeh MZR Solutions... Bukan setakat pandai mengambil gambar, dia juga pandai bersembang dan menerangkan teknik2 fotografi supaya mudah kita faham...
dendang perantau...
selang satu generasi...
ibu dan anak...
Di atas adalah antara hasil2 tangkapan beliau dalam masa 3 jam di Hamamatsu... Kalau lagi lama, habis satu bandar di rakamkan oleh En. Munzir... Kepada semua sekali kami pelawa, sesiapa yang ke Jepun dan lalu di bandar Hamamatsu, silalah beritahu dan jenguklah kami di sini :) Munzir, thank you for really visiting Hamamatsu Now!!!
-Izz Farish, Faiq, Fara, Izhal, Tok Mak dan Tok Ayah-