Ahhhh, lama sungguh saya tak update... Minta maaf sebab seminggu yang lepas saya malas... Tapi malas yang produktif ya... heheh... rupa2nya boleh jadi rindu kat blogspot ni ya...
gate masuk... terus basuh kaki tau...
slipar tinggal luar gate... jangan takut, takde kroni nak curi...
Kali ini mari kita lihat 'public pool' di Hamamatsu... Kolam ini khas untuk budak2 dari umur setahun jagung sampailah ke sekolah rendah... Ada dua kolam, satu yang besar sampai paras pinggang saya untuk budak2 besar dan satu yang kecil tapi banyak patung2 katun jepun comel untuk budak2 kecil... Paras airnya sampai lutut sahaja... Saya seorang sahaja kanak2 tua yang mandi di kolam 'toddler'... dah la kanak2 tua yang confirm bukan 'cute baby', malahan kanak2 paling galak pun saya juga heheh...
Kolam ini dikelolakan oleh Shiakusho (Pejabat Daerah) Hamamatsu. Waktu untuk mandi-manda dari 12pm-4pm dan yuran masuknya terlalu murah... ZERO YEN!!! Saja Shiakusho nak belanja orang2 Hamamatsu ni waktu musim panas :)
Kolam ini di jaga oleh life guard-life guard tua... bukannya perempuan2 baywatch... tak apalah, apa nak buat... kita pun nak bawak anak mandi, bukan nak di kena mengorat oleh perempuan2 baywatch... heheh...
Berbalik kepada penyelenggaraan kolam ini... Sepatutnya kolam2 awam di negeri-negeri di Jepun ini dijaga oleh Shiakusho negeri itu... Tapi ada satu negeri di Jepun baru2 ini (BUKAN SHIZUOKA, negeri yang ada bandar Hamamatsu) di mana kolam Shiakusho mereka telah di'subcon ' kepada penyelenggara lain... Kes kroni la niii... Nak dijadikan cerita, maut seorang kanak2 perempuan sebab ditarik oleh pam kolam tersebut... Kesian betul si dia... Bila disiasat, kenalah si kroni dan kawan kroni yang terlibat dalam subcon maut tersebut... Hanya sehari lepas tu dah kantoi kes ini... Cekap ke tak cekap??? Cekap laaa... Inilah bahaya memberi subcon kepada kroni yang tak cekap buat kerja... Kesimpulannya, kalau diberi amanah buat betul2... Jangan nak kayakan kroni tak menentu, nanti hilang anak gadis orang...
-Hamamatsu tak dak main kroni-
13 comments:
uik besttuh ada kolam.
masa bawak anak berenang pun nak mintak life guard lagu tuh maknanya lagi ramai la kanak kanak yang maut sebab bapa diorang asyik menjamu selera...hahaha
zakiah,
oh dalam kes saya terbalik... life guard montok2 yang biasanya mengorat saya... tak kuasa youuuu...
bebudak orang yg snap gambar tu tak terjun pool tu ker? ni kira sesapa pun boleh masuk ker? kena bayar tak or free ja?
kuat betul pam si kroni tu ek? gerenti shiakusho negeri lain terus kensel nak kronitised kolam depa lepas kes tu jadi.
tandas terbuka tu betul2 terbuka lah hehe
peace bro peace..hehehe :p
kem salam kat anak abang..
re: try gak buat merge gambaq kaler lain2..but cam tak cantik..keke :D
Siap kena cuci kaki dulu tu... kalau kaki bercagu boleh masuk gak ke..? hehehe
Allah, tak terbayang camner keadaan budak pompuan yg ditarik pam tu. siksanya dia masa nak selamatkan diri tu.
baguslah depa ni siap suruh bukak selipar lagi tu.jg kebersihan betul.
Menarik tu..patutpun jepun ada perenang yang lebih lebat ;-)pupuk minat sejak kecil kot..
ps: yang tu cuma pork free, kat Thailand susah sikit nak cari halal food tapi I pernah cuba a few good muslim food in Bangkok...memang sedap. ada muslim friend kat Yala and bkk..let me know if u happen to visit thai ;-) leh bagi cadangan nanti!
ada hati lagi nak tengok lifeguard ala baywatch tu! isykh 3x...
macam mana kalau mak bapaknya yang nak buang air guna tandas terbuka tu? nak tutup dengan apa?
oh my cronism sucks big time but to cost a life...that's serious! :(
sad to hear bout the little girl...
thewailer,
yeah, a tragic lost... at least she's going to syurga for sure :)
nbb,
hmmmm... gunakan smoke bom ninja buat smoke screen le kot heheh...
mama sarah,
kesian la depa kalau dah mkap tebal2 dan tak de orang nak tengok... heheheh... im only here to give support ;)
kent,
thanks for the info... keep us posted with your travel diaries... very interesting...
syikin,
mengikut autopsinya, maut datang serta merta sebab kepalanya terhantuk kuat... mesti orang tuanya patah hati la ni...
blackpurple,
boleh, asalkan buka selipar le kot... heheh...
suhaimi,
peace...peace!!!
zino,
heheh... sure berangin je time buang air neee...
lan rambai,
ha ah...memang kuat... budak2 sini yang faham 100% berita tu cakap kalau orang besar masuk pun dia sedit macam vacuum je... sesuai untuk menyedut kroni sebenarnya...
simah,
budak yang kecik sekali tu enjoy sakan dalam pool... budak yang besar sikit tu takut air... masuk free :)
THANK YOU FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal abdul halin-
Post a Comment