Tuesday, May 30, 2006

Hamamatsu Shiakusho :)

Selepas kita perbaharui VISA di pejabat imigresen Hamamatsu, kita mesti tunggu sehingga pejabat imigresen nagoya beri lampu hijau untuk dapatkan VISA. Bila dah dapat lampu hijau, kita akan terima satu poskad menyuruh kita kembali ke pejabat imigresen Hamamatsu untuk bayar 4000yen supaya dapat panjangkan VISA... Kita akan diberi tempoh pemanjangan selama 2 tahun dalam passport...

pintu depan shiakusho... hiasan hidup...

pintu belakang shiakusho... the man and his mission...

Untuk memudahkan aktiviti harian supaya tak payah bawak passport, kerajaan jepun ni keluarkan kad alien registration... macam IC la... Jadi dekat IC Hamamatsu ni kita kena dapat chop yang VISA dah dapat dilanjutkan... Kenalah pi ke Shiakusho maka inilah dia gambar di Shiakusho... Masa Shiakusho dibina, tak lupa juga kepada orang yang tak boleh lihat... Lantai kuning khas untuk mereka melingkar dari luar sampailah ke kaunter dalam Shiakusho...


pintu masuk dan jalan kuning...

jalan kuning lagi...

sampai dalam jalan kuning ada... orang tu nak test alat pengesan asap...

Shiakusho ni adalah pejabat daerah... Di Hamamatsu, Shiakusho terletak dalam 10 minit je dari rumah kami... Kalau bosan boleh pi Shiakusho, tapi shiakusho tu pon bosan juga... heheh... Banyak betul urusan macam buat chop rasmi peribadi, update info alien registration, urusan duit belanja anak2 dan lain2 lagi boleh dibuat di Shiakusho...


kaunter urusan...

kalau ada anak yang dah tidur, ada tempat untuk dia...

Jadi bila dah bawak passport yang sudah di'validate' kita kena beratur... Baru nak beratur tiba-tiba satu petugas wanita jepun dah pun menegur... "Ya boleh saya tolong Encik?',,, saya pun kata "Apa salahnya, saya nak panjangkan tempoh VISA'... Terus saya dibawak keluar dari 'line' dan diejmput duduk... tup tap tup tap dia buat kerja... dia suruh saya duduk kat tempat menunggu... tup tap tup tap tak sampai lima minit nak menunggu dia panggil dan dah settle... Hayaiii (laju) betul dia buat kerja...


kalau sakit kaki atau tak mampu berjalan, silalah pakai kerusi roda...

Patutlah Shiakusho ni macam kosong je... tak dan orang nak penuhkan depa dah kosongkan heheh... mungkin juga sebab hujan orang tak pi... Masa saya pi tu hujan... heheh...


patung indonesia dan piranha amazon...

Di sini ada juga pameran dalam kaca yang kecil... Ada artifact dari mexico, brazil, indonesia dan lain negara yang sudi memberi cenderehati kepada kerajaan bumi Hamamatsu... Saya suka betul tengok patung dari indonesia dan ikan piranha dari amazon...

-Shiakusho, cekap bersih amanah-

13 comments:

Unknown said...

izhal,
Diorang tak banyak tanya ker kalau nak panjangkan visa tu? Kalau kat sini siap kena interview sikit, kena ada semua surat sokonganlah..macam bank statement, surat dari universiti, dll. Lecehlah juga rasanya. Ini pergi sana terus dapat...bagus tu.Atau mungkin dah buat permohonan dulu....heheh.

Anak cucu tumpang tanya.

Izhal said...

Yus,
adaaa... buat permohonan dulu kat imegresen opis, tapi interview takdelah... cuba tekan link yang seratakan dalam ayat pertama... ada cerita camana 1st step dia... bank statement tak yah,nak surat dari uni and surat dari sponsor saja... kalau private student entahle...

Anonymous said...

Negara Malaysia should ad to the artifact collection, aye?

marshmallow said...

bagus betul, siap ada tempat untuk baby tidur lagi... diorang ni memang berpikiran jauh and go every inch utk menyenangkan dan memperbaiki mutu service. bagus! memang bagus!

Izhal said...

azli,
yes, i think we should... like a congkak board would be nice...

marshmallow,
ha ah, depa ni suka kritikan membina...

Kaklong Syikin said...

hmm part ada baby kot utk baby tu yg best tu, depa ni friendly babylah jugak..tak terbayang kat pej. imigresen msia nak buat camtu..kalau tak pun letak deretan buaian ke..hehe

baguslah cepat depa wat keje..mmg bnyk msia kena belajar drp jepun ni drp segi pengurusan

KAMATO said...

jalan kuning tu untuk orang buta kan?

blackpurple @ jowopinter said...

Seronok baca cerita2 dan tengok gambar2 tu...

..paling suka tengok bunga2 tu..
(dah orang bunga..! hehehe)

Mama Sarah said...

Pada pandangan anda, berapa rating anda beri kpd service mereka?

and berapa rating kepada imigresen msia?

maklang said...

Maklang pun suka tengok bunga2 tu. Tengah spring lagi ke?

Izhal said...

syikin,
babay friendly... hahaha... thank you, term yang bagus... copyright tu Puan Syikin...

kamato,
ha ah... sure kat jerman pun ada...

blackpurple,
terima kasih, saya juga seronok menulis dan mensnap gambar untuk orang2 bunga :)

mama sarah,
Hamamatsu 10/10, Malaysia juga 10/10... mesti bias kepada malaysia sebab saya orang malaysia heheh...

maklang,
ha ah, dah hujung2 spring dah ni... sedih juga la nak berpisah dengan spring...

Literature Sushi said...

Takde karenah birokrasi kronik macam kat kampung kita kan?

Izhal said...

Raiedzall,
Usually I would always try to 'puji' Malaysia when people give such comnments, but your comment is very good... No way that I could brush it off... Iya, birokrasi terlalu banyak di kampung kita... kalau sorang cuti tergendala terus urusan ramai orang yang tak bersalah dan ingin menghabiskan urusan mereka yang mudah... Semoga Malaysia berubah!!! Thank you Mr. Raiedzall :)

Thank you for reading Hamamastu-Now!!!
-Izhal Abdul Halin-