Thursday, August 31, 2006

Merdeka dan bilik air Hamamatsu :)

Dah 49 tahun merdeka, Alhamdulillah... La ni saya pula di salah sebuah negara bekas penjajah kita yang paling kejam. Laporan dari sini, mereka sudah tidak kejam tapi masih gila hendak menjajah... heheh... Mereka menjajah cara termoden di dunia, melalui perniagaan dan percambahan budaya sehingga amerika pun tunduk kepada kuasa ekonomi mereka, makan makanan tak sedap dan mentah mereka dan belajar bercakap bahasa mereka... Kalau tuan-tuan dan puan-puan tak percaya depa menjajah cara termoden, petang ni pergilah ke KLIA... kenapa ada tulisan dan announcement bahasa jepun di lapangan terbang malaysia neee??? heheh... di KL Central pun ada tulisan jepun neee... Hakikatnya, kita dipaksa cara baik (baca sebagai moden) untuk meletak bahasa asing ni sebab kita hutang berbilion2 untuk buat lapangan terbang dan jalan raya... :D Lambat laun semua orang layan pakai kimono le lepas ni heheh... Anda dah beli kimono??? Tak payah, takkan dua kali kita nak kena jajah neee...


merdeka!!!

Merdeka ni cantik cam belon buih budak-budak kannn... Jaga macamana pun satu hari habis, lepas tu tiuplah semangat yang baru pula, merdeka la balik... amerika la ni dah tak merdeka... dah kena tawan cara halus dek israel... lepas tu kena kaut juga dengan jepun... perasan tak columbia pictures dah dibeli dek sony pictures... heheh... hmmmmm... syarikat toyota dah ada base besar kat california dan tok guru saya sengeh2 saja haritu masa kami kesana sebentar... heheh... inilah cara menjajah yang baik dan patut dicontohi dek orang yang suka menjajah... cara berperang dan menakluk sudah tak boleh pakai... sebelum saya lupa, negara yang memang sentiasa merdeka dari dulu senang saja nak cam, depa takkan bangga punyalah dengan bahasa, gaya hidup mahupun bangsa lain :) tengok saja jiran siam kita kalau tak mau tengok jepun... Ada betul ka ini orang merapu cakap??? tak betul pun tak palah, kalau ada masa teruskan baca cerita dibawah... terima kasih neee...


hamamatsu merdeka dari bumbung skolah...

Okay, hari merdeka ni saya ingin bercerita tentang tandas rumah2 di Hamamatsu masa kini... saya rasalah, tandasnya memang lain dari negara lain kecuali di kampung2 di Malaysia... Kampung nenek saya di Bagan Datoh, Perak ikut style sini... Tapi saya rasa depa waktu menjajah dulu dapat idea dari nenek sayalah... Okay, berbalik kepada tandas... Tempat mandi, gosok gigi dan buang airnya berbeza tapi dalam kawasan yang sama... kita panggil kawasan ini bilik air neeee...



selamat datang ke bilik air...

sinki uatama bilik air...

gerobok di bawah sinki utama...

Sebagai contoh, bila anda masuk ke bilik air, anda akan disambut dengan bilik berus gigi dan mencukur janggut... Kalau rumah perempuan modern, mungkin bilik ini digunakan sebagai bilik mencabut kening... Dalam bilik ini ada sinki yang besar dan cermin muka... Bawah sinki pula ada kebinet untuk simpan barang2 seperti sabun basuh kereta, sabun basuh pinggan dan sabun mandi...


bilik mandi...

pili air...

ofuro...

mesin basuh tempatnya dalam bilik mandi...

tingkap bilik air...

lubang untuk wayar mesin basuh...

punat air panas dan timer ofuro... boleh bercakap-cakap benda ni...

Di sebelah kanan bilik berus gigi ini pula adalah bilik mandi. Inilah bilik yang orang2 jepun guna untuk mandi dan simpan mesin basuh. Biasanya ada OFURO (bath tub) sebab orang2 Hamamatsu suka berendam sambil rileks2 didalamnya. Adatnya, mandi bersih2 dulu baru masuk berendam. Lepas berendam biarkan air untuk orang seterusnya pula... Ada juga timer supaya air panas boleh mengisi Ofuro ini beberapa minit sebelum orang nak masuk atau sebelum tuan rumah pulang... Timer ini pula pandai berkata-kata macam burung parrot...


pintu tandas pula... pandangan dari bilik mandi...

untuk tetmau jepun beristinjak...

bilik berangan... kecil, comel dan bersih...

nampak tempat refill air di sebelah atas???

Kalau anda keluar dari bilik mandi, anda akan sampai ke bilik berus gigi tadi kannn??? Di sebelah kirinya pula adalah bilik buang air... Di sini kita boleh berangan... Oh ya, tandasnya pula bila diflush, airnya akan diisi semula dari atas menerusi sinki kecil, bukan tersorok didalam tangki pengisi... mungkin untuk mencuci tangan... Oh ya, dalam bilik ini tiada pili... Jadi samada guna tisu atau bawak baldi masuk yaaa... Tapi rumah orang2 kaya ada bidet sebab orang jepun la ni dah tahu kepentingan beristinjak dengan air melalui kajian saintifik... Bila musim sejuk, kenalah bawak dumbo atau fan heater ke sini, sebab kalau tak, bekulah segala-galanya... Kesimpulannya, kalau sayangkan negara dan ingin terus merdeka, janganlah kita lalai, kalau tidak negara boleh flush saja dalam tandas jepun ni... neeee...

-Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 49 :)-

42 comments:

Anonymous said...

Salam kemerdekaan to you too!

tumpang tanye, ofuro tu mmg wajib ada kat setiap tandas jepun ke? musykil sbb dulu singgah sana, asyik nampak tu je.

link farah kat sini -- (http://farahyusri.fotopages.com)
dulu pernah ade amik gambar bubbles jugak -- (http://farahyusri.fotopages.com/?entry=780750) like you, farah guna 50mm, it needs a loooot of work and severe improvement though.berpeluh-peluh amik gambar belon tu, kuyup! :))

Arr! your cuties ada bubble gun! Sangat2 adorable!

juwaidah said...

izhal, cemana pulak boleh campur tajuk merdeka ngan tandas ni? Siap summary entry ni pun boleh kaitkan merdeka ngan tandas. power tuh! ;)

Anonymous said...

design tempat refill air tu mmenarik gak tu.. ada fungsi yg bagus.. takde lah membazir air kan..
timer yang berkata-kata tu jenama 'rinnai' yer.. dulu kat kampung ada dapur gas jenama ni jugak.. power tul la jopun..
bila lah nak merdeka macam jopun ni.. jopun merdeka bila yer?

simah said...

dan dengan itu sudah sah tandas dan bilik air itu sudah terjajah.. betulll..kalau nak jajah ikut cara jepun moden...

selamat hari merdeka kat awak :0)

KakNi said...

izhal;
saya suka tandas macm tu sebab bilik mandi dan jamban 'terpisah', ada pintu masing2 sebab kalau kat malaysia ni kebanyakan bilik air cuma ada satu pintu dan di dalam nya sharing jamban, sinki dan shower. Orang tua2 memang tak suka bilik air '3-in-1' ni, itu sebab kalau rumah kampung mesti jamban berasingan.

KakNi said...

Izhal, lagi satu saya memang setuju dengan you pasal siam dan jepun memang kuat berpegang pada identiti dia orang masing2. Kalau kat siam tu budak sekolah mesti rambut macam rekrut dan semua orang kat sana mesti cakap siam tak kira bangsa apa. Petang2 pulak lagu kebangsaan dia orang akan dipasang kuat2 dan semua orang akan berhenti berjalan dan berdiri tegak untuk menghormati lagu tersebut.

kalau kat mesia ni orang memang berbangga habis kalau speaking english berabuk walaupun bercakap dgn cleaner indon yg tak paham bahasa omputih

maklang said...

Selamat hari merdeka...


Bagus entry ni..part paling penting kat sesebuah rumah! Bathtub dia pendek ek!!

Anonymous said...

Saya memang suka kalau bilik tandas ada ruang2 yang tersendiri senang nak bersihkan dan lantainya sentiasa kering.

Pertama kali lihat tempat buang air b**** yang design sedemikian.

p.s. Selamat Hari Merdeka!

KAMATO said...

sebab apa bath tub orang jepun kecik?

Anonymous said...

Happy Merdeka Day to you and family. You are right about the new ways of 'colonising' societies and peoples. We call the phenomenon 'neo-colonialism' and 'neo-imperialsm'. They refer to efforts mounted by peoples and countries to control and mesmerize other people into thinking they are economically stable and wealthy and forgetting tyranny, manipulation, social injustuces!!! Continue my dear writing about these issues whenever you can in witty ways that is yr signature!!!! love yr blog....

Izhal said...

farah y,
lahai MSO dan farah yusri rupanya... ni MUPAMAN ni heheh... ofuro ni tak semua rumah ada tapi kalau ada lagi seronoklah bila mandi-manda... teruatamanya kaki berendam... budak2 tu banyak betul bubble gun dpa pasal setiap kali pi kedai hyaku-yen, gerenti nak beli...

juwaidah,
dah merdeka... cerita jelah pasal kemerdekaan dan jamban... heheh...

bummer_man,
ha ah... memang betul, ada gas stove cap rinnai neee... jepun tak pernah merdeka la tuan, depa tak pernah kena jajah... ;)

simah,
kena jajah ngan melayu pulak kannn... heheh... salam merdeka to you too!!!

~ahni~
satu je saya rasa kena ubah kalau buat kat rumah kat malaysia, bilik buang air tu kenalah bubuh paip ayaq satu neee... kalau tak kena bawak baldi macam kami le...

~ahni~
ya la, betul tu... tapi saya rasa taklah salah kalau nak speaking mat soleh ke speaking peranchis ke apa ke... tapi biaqlah bertempat iaitu kena dengan orang dan memang SALAH kalau bahasa sendiri dipelecehkan. macam signboard, patut BM bubuhle kat atas, setengah tempat bantai bubuh BI dulu kat atas...

malkang,
thank you :) ha ah pendek... kena duduk bersila dalam dia...

leeza,
ya la, saya pun suka juga... senang nak jaga lantai dia... lepas tu boleh bahagi2 tugas, isteri basuh bilik sinki, anak pertama basuk bilik mandi dan anak kedua basuh bilik buang air... bapak, lepak... heheh...

Anonymous said...

sorry for the spelling mistakes in my comments...it is 'neo-imperlialism' not 'neo-imperlism' and it is 'injustices' not 'injustuces'.

anita kema said...

betul tu izhal, kalau org di msia esp org melayu asyik sibuk nak bergaduh sesama sendiri...tak lama lagi kena la kita belajar tunduk kat depa macam rukuk tu...btw, saya pun suka tandas yg asing2 gitu..nampak kemas, nanti buleh tiru (terjajah ke aku?)

Sherin de Souza said...

Selamat Menyambut Kemerdekaan to you and family! I really like ur entry on toilet ni. One question, awat your bath tub nampak pendek ye? Rasa kaki tak boleh lunjur kan? hehehehehe.. sorry ye banyak tanya soalan.. :)Ni hari merdeka so rasa bebas nak tanya soalan.

Anonymous said...

iz, fara n anak2..
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-49. Sigh..the celebration di Putrajaya was kinda dull.AT the struck of 12 midnite..takde apa2.Semua yg dok bertenggek tunggu kat dataran putra frustrated, even the photographers.After 15 minutes baru kuar bunga api TAPI...tak clear coz diorang pasang behind PjHoldings building.Lagi cun if buat kat bridge.Anyway, yg penting perpaduan sesama kaum dapat diteruskan dan PakLah to make Malaysia a better place to live...no more of selling our dignity Pak Lah...

Literature Sushi said...

Izhal, Selamat Ulangtahun Kemerdekaan kampung kita...

Shami said...

Selamat menyambut hari merdeka, walau dimana kita berada, kemerdekaan negara kita tetap dirasa...hari ni subject building services lak..ye izhal, he,..he..dibawah sub heading sanitary fittings....orang jepun pun dah pandai guna air beristinjak yer,..kalau ler deper kaji semuanya..lagi baguih yer dak....satu Jepun bleh masuk islam..

Cik Tat said...

Salam cik izhal...
kita sama-sama di jepun, cuma saya dan family di saitama..
boleh dikira beruntung la kalau dapat toilet yang macam dalam gambar tu..ada rumah yg still pakai toilet cangkung lagi..

Izhal said...

mama singa,
tau tak ada hati orang2 jepun panggil tandas cangkukng tu japanese style... hahahaha...

shami,
banyak depa kaji pasal islam... terutama kelebihan solat... dan islam ni adalah number one growing religion in japan... tapi ianya number one fading religion di malaysia... hmmmm...

raiedzall,
terima kasih tuan... sama-samalah kita menyambut dengan genki...

noni ni,
thanks... bertenggek sekali ke??? heheh... depa tak bagi jadual ka bila fireworks nak kluar??? okay, sama2 kita doakan malaysia selamat :)

sherin almashor,
ya la, kecik neee... actually its the size problem... everything here is super kawaii(cute) and small including builind area... my jepun friends ofuro sampai kena masuk bersila... he saw this entry and said my ofuro is quite big... besaq dari pandangan depa...

anita kema,
aiseh, harap2 tak jadi gitu le... aish, style tandas ni jepun tiru kita la... apa plak dijajah sebab suka tandas depa... yang baik kita copy la, macamana jepun ni suka copy and improve teknologi orang lain...

mak,
actually the good points rgarding new-imperialism was observed by your beautiful daughter inlaw... many wise things she obsrves, not me... i only observe the toilets... and of course, voltage drop when light hits a photodiode... heheh...

Izhal said...

bimmer_man,
sory, dalam balas komen atas tu tertype your name as bummer_man pula... haiyo... typo banyak benar le la ni... gomen ne...

Mama Sarah said...

hang ni, habis tempat sulit pun dapat kongsi bersama. tapi tak pe sebab bersih bersinar-sinar.

saya tetap puji akan kebersihan rumah anda. sebab amat terjaga. dari hari saya perhatikan. tahniah buat sensei izhal sekeluarga. terutama Pn Fara kerana berjaya rumah dgn baik sekali.

Cik Fatima Syams said...

Hihihi.. toilet tu brand Totokiki ka.. hihihh kilang dia kat Senawang Negri Sembilan...

Apa2 pon, pengaruh Nippon ni kuat sungguh.., sampai Bon Odori pon disambut di Mesia..

Besst entry uols sbb slalu kasi information ttg life di Nippon.. nnti kalu weols nak p sana.. senang le.. dah tau banyak bender..
kalu free tu.. singgah ler..
http://rolandhashim.fotopages.com/
http://rolandhashim.blogspot.com/

Anonymous said...

SELAMAT HARI MERDEKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Ahmad Javanese said...

Happy Merdekaaaa

Kat sini sampek lupa merdeka.
Tu le pasal semalam tepon mesia takde
orang angkat!

HUA HUA HUA!!

Bodo nye orang malaysia (aku la tuyg lupa merdeka. Sorry Tok Tunku Abdul Rahmaaannn.

Anywayz...

Macam toilet hotel la jamban umah Bang Iz ni. Kitorang nye toilet takde la comey macam ni. Tapi nanti dah comey, insya-Allah hanto gamba.
hehehe

Tempat air panas pon takley cakap cakap. Tapi dia buleh buat kita bercakap kasar... iaitu bila tiba2 takde air panas :)

okes. nak sambung lajar pasal MPEG

Mpeg oh Mpeg, kenapa kau Mpeg.

Anonymous said...

Kalau kat sekolah jepun yg saya pegi dulu, kat toilet tu diaorg siap label toilet tu as "Japanese Style Toilet" or "Western Style Toilet" and the detail instructions. Japanese nyer toilet (yg mencangkung) kan lain sikit cara nak guna ngan yg biasa kita guna ni... First time guna toilet yg ada bidet tu.. all instructions in Japanese.. main tekan jer mana yg patut... ;-) sbb tak paham langsung..

Anonymous said...

lagi satu.. washing machine diaorg pun ada mcm2 lagu kan.. bile dah abis tu.. mcm ring tone lak...

Lan Rambai said...

Toilet dan merdeka.. ermmmm.. satu kombinasi yg unik hahaha

munirah hayati said...

wah izhal byk nya peminat blog ngko nih.. weh, nanti dah balik msia will there be much to blog about ya? hehe

-tenma-

Kaklong Syikin said...

kagumlah, bilik air tu sampai ada 3 bhgian..first time nampak tpt pili atas tpt flush tu..ilmu barulah ni.kalau tpt kita, 3 in 1 aje ..

Anonymous said...

the last pic, atas tu mcm tempat minum air...yg letak kat sekolah-sekolah tu...hehehehe...
alahhh cekya lupa la nama dia...
anyways, selamat memerdekakan apa-apa yg belum merdeka dari diri tuan!...;)

oh ye. mmg cekya buat wedding photography. http//redmedia.fotopages.com.

;)

zakzak said...

teringat balik masa kat hokkaido dulu...

phD gambatte kudasai :D

mata kuru node yoroshikuonegaishimasu.

Izhal said...

zakzak,
pasti nyaman duduk kat hokkaido waktu natsu ye dak??? hait, gambarimasu, terima kasih...

cekya,
ye tak ye juga... tapi rasanya tak sanggup nak minum dari situ heheh...

syikin,
rumah kampung nenek saya bahagi 2... style dulu2... buang air lain, mandi dan gosok gigi lain...

nyonya glenmria,
welcome back :D depa ni bukan peminat, tapi saya anggap kawan... bila saya set out nak berblogging, memang nak buat kawan ramai2 pun, Alhamdulillah dapat... like a prime time sitcom, this blog will have its end too...

lan rambai,
sbenarnya haritu topic ni pasal toilet sahaja. kebetulan masa nak posting tu 31 ogos jadi saya terapkanlah ciri2 kemerdekaan... amacam? jadik tak???

miyuu,
yang kelakarnya jepun ni siap mengaku ada style jepun tu... hmmmm... rasa bila depa melabur, sama je caranya ngan bangsa lain pun... ;)

oh, tak hairanlah kalau mesin basuh depa pun boleh menyanyi neee... kami punya orang bagi free dan hanya Puan Fara yang pandai guna... kalau saya guna akibatnya kena marah sajalah mesin tu... :D

pyan,
takdaklah sampai taraf hotel... motion picture expert group mana yang adik study tu??? hebat tu,mana tau satu hari boleh kita bantai buat research sama2...

rossya,
terima kasih wahai rakyat singapura :)

roland hashim,
oh senawang rupanya... sini depa tak sambut la pulak hari kemerdekaan kita mahupun raya puasa ataupun raya haji... bon odori tu patut kita bann aje... heheh...

eh, tak ajak ke sana pun saya memang suka melawat blog ngan fotopage abang im leee... :D

mama sarah,
sulit ke? taklah, ini bukannya master bedroom punya toilet... semua orang yang pernah mai rumah ni dah masuk toilet ni... heheh... bersih kannn... kembang haaa puan fara... bahagia la saya malam niiii heheh... ;)

NBK466 said...

Ops...patut ler tersedak...ada org sebut pasal Senawang & Totokiki.. biras den & abg ipar ada yg keje sana. Mmg semua product export..tapi lum leh lawan Samsung den lagi..he..he..he..

Edoras said...

Yeah....memang bilik air jepun kecik jer.... Tapi bersih selalu...

zakzak said...

mata kuru node yoroshikuonegaishimasu =

saya akan datang lagi, oleh itu yoroshikuonegaishimasu (selamat berkenalan)

sebenarnya, yoroshiku onegaishimas tu susah nak translate hehehe

anggerik merah said...

Izhal, intersting yr conclusion relating merdeka with tandas Jepun..

Hope still not too late to wish Selamat Hari Kemerdekaan warga Msia di Hamamatsu!

Anonymous said...

hey izhal.long time huh. pas nih mase balik dublin br leh surf nengok2 all ur pics...now maleh nk men-dial up kat umah.

he he :P

Izhal said...

nbk466,
hahaha... mintak maaf la, tapi brand samsung cepat rosak la walaupun designnya lawa... electronicsnya kurang mantap :P la ni depa baru nak start masuk market DSLR kamera kan??? good luck neee...

edoras,
tak semua bersih selalu... tapi kebanyakannya bersih selalu...

zakzak,
hait wakarimashita :) saya pun mata kuru node juga la gitu :)...

anggerik merah,
thanks... never to late... its only too late when we are conquered again... Nauzubillah... selamat menyambut hari kemerdekaan to you and little man too :)

nash,
ya la dial up teruk la... dah nak masuk abad ke 21, sepatutnya connection 50MBps hanya RM10 saja di Malaysia... Iye laaa... kita kan ada SUPER DUPER MULTI MEDIA CORRIDOR :P

Izham Miyake said...

wah.. banyaknya orang bagi comment..

well pelik juga.. your toilet can really make an entry in your blog eh? salut! hehe..

Noni nik sungguh bersemangat.. i wanna see people reaction on the bajet la..

well.. selamat merdeka jugak bang izhal.. mari kita pegi cape town..

ada apa eh kat cape town?

Izhal said...

tenno miyake,
ya terima kasih... slamat menyambut hari kemerdekaan juga kepada tuan... cape town??? ada melayu yang maju-maju di sana tu... bila nak pi??? jom jom jom :)

THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal adbul halin-

blackpurple @ jowopinter said...

Ni n3 pasal merdeka ke pasal toilet...? hehehe

Izhal said...

blackpurple,
sebenarnya entry ni dah ditulis lama,tapi kebetulan nak posting hari merdeka... jadi saya modify le sikit heheh...