Dalam bulan sembilan setiap tahun, musim ribut taufan akan tiba... Dalam bahasa jepun ianya dipanggil TAIFU... Ribut taufan ini lahir di tengah2 laut sebelah atas filipina. Sebaik sahaja dia lahir, cepat pula dia membesar...
Dalam waktu dia membesar, dia akan berjalan. Jalannya pula biasanya menghala ke Jepun. Sebab dia masih muda, jalannya sukar dikawal jadi dia merayap2... Manusia pula akan cuba membaca tempat mana si ribut taufan ini akan merayap...
Oleh sebab sukar nak kawal arah dan cara berjalan, si ribut taufan kadang2 melanda Hamamatsu... Bila ini terjadi, kesianlah para pemberita terutama yang bekerja di jabatan kaji cuaca... Selalunya ribut taufan diberi nombor... Kali ini namaya 'Taifu Nana Go' atau ribut taufan nombor tujuh... Kalau di korea, ianya dinamakan sempena nama haiwan atau serangga...
yeah!!! saya sampai dulu dari ribut taufan... (mungkin dia kata gitu)...
ahhh!!! saya pun dah sampai... (mungkin dikata dek ribut taufan)...
Berbalik kepada pemberita tadi, mereka terpaksa keluar memberi liputan. Dari pagi hingga malam... Dari ribut taufan kecil sampai lah besar... Boleh jadi kelakar juga aksi pemberita ini mengejar ribut taufan, walaupun serious benda yang mereka laporkan ini... Walaupun tak faham apa dia kata, tapi senang nak agak sebab dah tengok pemberita ni kadang2 tercampak sana sini ditiup ribut taufan... Apa lagi dia kata selain dari "wah, kuatnya angin ni..."
lLhamduillah Hamamatsu ini dilindungi Allah... Dah banyak ribut taufan yang cepat membesar melanda Jepun dan diwar-warkan nak melanda Hamamatsu, tapi last minute selalu tak jadi... Kalau jadi pun, sang ribut dah jadi lemah mungkin sebab dia dah berjalan banyak sangat tempat-tempat menarik seperti ke tokyo, okinawa dan sebagainya...
Jadi bila tiba Hamamatsu, sang ribut taufan ini membawa hujan rahmat yang menyejukkan bumi Hamamatsu yang telah panas dibakar dek mentari musim panas...
-jadilah pembaca berita, jangan jadi pengejar berita-
18 comments:
taufan kat hamamatsu ada tak sampai terbangkan rumah?
alhamdulillah korang semua sihat kat sana...
Wah, teruk juga jadi pemberita ni. Btw, selalunya bila Hamamatsu dilanda taufan, will ur family be ok? Nothing serious like the Katrina? I hope not. :O Take care!
jadilah pendengar dan penonton berita :)
simah,
setakat ni takde... hopefully tak ada...
halda,
thanks ;)
sherin,
no no... Alhamdulillah nothing like katrina... that would be scary...
ayu,
hahahhaa...
Ribut tu lalu tak kat Hamamatsu?..Jepun memang kerap dilanda ribut kan?...
Pernah jadik binatang laut turun sekali dengan hujan tak? Halda dah makan ikan sekarang ni, lu tangkap la bawak balik kasik dia...
mesti tinggi insurans pengejar berita ribut taufan tukan?
ditto! first time dropping a note as a to officially announce that I am no longer a silent reader...hehehe, sib baik tak buat live telecast :)
you are one of the greatest photographer...
but.. it is only my opinion..
^^
thank you..
have nice summer days in japan..
Sdr Izhal,
Jadi pembaca blog pun best jugak. Terutamanya blog ini, byk gak info boleh dpt psl hamamatsu, tak payah gi jepun.
izhal.....sejuknye angin kat situ....panasnye angin kat sini.....
isk isk... susah jadik wartawan ni yer... nak2 lagi jadi pengejar taufan...
pengejar berita ~ kejar taufan,
orang lain ~ lari dari taufan..
semoga Hamamatsu terus selamat..
Dalam apa jua kejadian dari Allah pastinya ada rahmatnya, moga kita sentiasa ingat akan Kebesaran dan kekuasaanNya...walau dimana kita berada....
First time dapat tenguk warta berita tivi hamamatsu tu.....hehehe...
Semoga anda semua di sana dilindungi Tuhan....InsyaAllah...
Sampai hati hang biarkan awek jepun cun itu dilanda ribut...kalau den...pantas den gi selamatkan dia..he..he..he..
nbk466,
pandailah dia jaga diri... dah besar :)
blackpurple,
terima kasih... kami pun doakan blackpurple waras-waras selalu :)
farah y,
thank you... same to you... :)
shami,
ya tepat... thanks... :)
shu,
saya pun harap Hamamatsu terus aman damai... :)
sastri,
ha ah... tapi kalau time takde taufan, pengejar taufan ni buat apa agaknya??? kejar ayam kot... heheh...
black crow,
ha ah kalau musim sejuk naik basikal, memang saja nak jadi badang la... tapi ramai juga menjadi badang musim sejuk... musim panas angin sini kurang... tapi kalau ada kadang2 nyaman juga...
~ahni~,
eh kembang kejap... orait dah... heheh... ha ah, baca blog pasal taufan paling selamat dari dilanda taufan iye dak??? lagi2 kalau taufan yang melanda ditempat 6000km jauhnya dari kita :)
yoon,
thank you for stopping by here although i can see what you ar typing beside my desk... thanks for the complements too :)
mama rock,
welcome :) silent or not doesnt matter, as long as you have a great time, that'll make my day :)
syikin,
hahahaha... tak tau la pula... ye la kot... socso khas bagi mereka harus diadakan :)
renek,
hahahha... kalau ikan mentah halda makan tak??? baik one step at a time... hahahaha...
kak lady,
ada kena sikit tapi dah lemah dah masa tu... jadi nyaman je bila dia melanggar hamamatsu... hmmm... dalam bulan 9 time ribut, ada la 7,8 ribut datang sini...
THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal abdul halin-
Post a Comment