Tuesday, October 30, 2007

Pertengahan syawal 2007

Pertengahan bulan di mana bulannya penuh. Memang macam tu untuk bulan Islam mana-mana bulan pun. Tak percaya tenagok langit waktu malam di pertengahan bulan.


pelita pasaraya bintang...

empat pelita pasaraya bintang bandar baru bangi...

Masa bulan macam ini memang bagus untuk tengok setengah bulan yang penuh. Lawa bulan masa ni. Terang benderang sampai ke jalan KTJ (kampung teras jernang) boleh lalu pukul 2 pagi tanpa buka lampu kereta. Saya pernah buat zaman bujang dulu bersama Owen (sah-sah bukan nama sebenar...)


api tak boleh duduk diam...

mr. berani...

Cahaya bulan semua orang pun tahu tak wujud. Dia pakai cahaya matahari. Tapi bila dia pakai, nampak cantik. Pandai si bulan pakai cahaya.


main bunga api kelas A depan pintu rumah?

Sedikit fakta tentang CAHAYA-Bergerak pada kelajuan lebih kurang 300,000km/s-Bergerak mengikut gelombang elektromagnetik dan juga mengikut radiasi-Terjemahan dalam bahasa Jepun-Hikari-Digunakan untuk mencipta malaikat.


main mercun kelas A atas bumbung kereta? raya sakan ni...

Setengah bulan penuh ini juga menyaksikan hujan lebat, renyai-renyai dan juga ribut petir di satu dua tempat di Semenanjung Malaysia yang menghasilkan langit malam di mana bulan dipagari bintang. Rasa nak memetik bintang waktu raya ni. Mesti sotong, ketam dan makhluk seumpamanya yang duduk dalam laut tengah gemuk-gemuk masa bulan macam ni... Dipetik nelayan la depa...


ooo bukan, main cahaya lampu lip-lap...

Waktu ini ada bulan penuh. Ramai sahabat lama tak jumpa boleh jumpa waktu bulan terang ini. Dari jauh seberang laut depa datang dengan berita gembira. Ada juga sahabat lama jadi saudara sebab adik ipar saya kawin adik kawan saya... Hebat bulan ni... Apa tunggu lagi? Bulan penuh di separuh bulan masih cantik. Lekaslah pergi tengok.

Tapi... Ada juga dikalangan saudara-mara saya yang pulang ke Ilahi baru-baru ini. Inalillah... Alfatihah buat arwah Wak Amat... Semoga roh beliau ditempatkan di tempat yang baik-baik dan terang hendaknya serta usaha-usaha beliau sewaktu masih hidup berbuah di dunia yang ditinggalkannya ini, AMIN... Tapi... Lagi satu Syawal yang lawa dimana setengah bulan penuh masih boleh dinikmati. Alhamduillah...


raya pertama ultra-brothers bersama-sama...

Jadi... Semua di Hamamatsu-Now Sdn. Bhd. ingin mengucapkan buat semua di dunia yang fana ini...


gong xi fa' chai

...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR SERTA BATIN :)

-izhal-fara-faiq-izz farish-emir-
18 Syawal 1428

17 comments:

zino said...

wah meriah nampak nya beraya... sedondon sampai ke lansir hehe

thewailer said...

happy belated hari raya eidulfitr!
nak buat camner bro, terpaksa cari makan kat ostrolia pulak :)

blackpurple @ jowopinter said...

Lawa gambar-gambar api itu.

Suka dengan cara anak kau berposing. Seni.

:D

mama ranggie said...

cantik cahaya tu...merah lg...memang meriah...

Sastri said...

waaa... merahhhh.... selamat hari raya buat Izhal sekeluarga... comelnya baby baru tuuuuu... abang-abangnya pun sama... :D

suka tengok gambar-gambar pelita dan api tu... cantikkkk...

juwaidah said...

Merah itu menawan...

Selamat Hari Raya!

Kak Lady said...

Izhal...selamat hari raya buat Izhal & family...

ajzie said...

Selamat Hari Raya...

wanie_agk said...

salam, tuan. menarik sekali entri anda ini.

Tenno Miyake said...

wah wah wah.. teknik fotografi tu...!

selamat hari raya bang.. biola nak ajak dtg open house ni?

simah said...

wah izhallll... mcm mana lu tangkap gambar mercun tu.. cantik nyaaaaaaaaaa...

lama betul tak kesini? the kids n puan fara nampak sihat..even u pun dah makin *sihat* :0)

hopefully it is not too late to wish belated aidilfitri for u n family... maaf zahir dan batin :0)

Izhal said...

zino,
tak dak lah... sambil-menyambil masuk rumah baru je :)

thewailer,
selamat hari raya to you too. eloklah jalan2 sedunia, macam2 experience bleh dapat...

jowopinter,
tq, berseni juge aku ni ;)

mama_ranggie,
ha ah, kalu dok lepak minum2 teh, layan lampu tu macam dok kat casablanca rasanye :D

sastri,
selamat hari raya buat sastri dari kami sekluarga!!! tq :)

juwaidah,
eh... bukan hitam itu menawan ke? anyway, SLAMAT HARI RAYA NEEE

kak lady,
slamat hari raya dari kami juge...

ajzie,
slamat hari raya...

wanie_agk,
salam puan, tq, sesekali je entry cam ni sebenarnya...

tenno miyake,
yep, SLAMAT HARI RAYA bang :) mai je lah... schedule open house kat area ni penuh sampai ke weekdays pun ada... jadi kami pun mengalah tak buat... kcuali ada buat bbq member2 aritu and 1st day ad hoc open house je heheh...

simah,
itu bukan mercun le, itu gambar lampu lip-lap yang diambil pakai teknik slow shutter agressive zoom (heheh ada ke such a technique?)... anyway, SLAMAT HARI RAYA

-last day syawal 1428-

maklang said...

betul kata Zino!

Selamat semuanya..semalam dah last syawal, so tak leh nak ucap lagi!

~ahni~ said...

Dah terlepaih nak ucapkan salam aidilfitri, tapi tak pe lah kan... memang segak bergaya you all ni...

simah said...

izhal.. ni tangkap pakai camera ka pakai hp? gambar tu semua cun la... classsssssssss gitu!

blackcrowe said...

yosh..dah lama tak singgah..bila nak pekena teh seorund dua...hehe

NBK466 said...

Dah raya Haji & Chrismas baru terbaca N3 raya pose..he..he..he.. Tapi ganaz sungguh gambar api pelita & lampu liplap itew... teknik gapo dio tuh...