Borang-borang dah sampai. Ada borang boring dan ada juga borang tak boring. Borang boring biasalah datang dari LHDN. Sudahkah anda membayar cukai? Zakat depa tak sebok pulak nak kutip. Biasaklah, Islam Hadari la katakan... Borang tak boring ni macam semacam sikit, ada bentuk hardcopy dan ada bendtuk online...
Semalam atas meja aku pon ada satu borang yang agak syok sampai... 'Whos who in the world biographer'. Kembang jap aku depa hantaq borang ni. So kalo dah di isi nanti biography aku akan depa teliti. Jika lepas screening, depa akan bukukan dalam ncyclopedia Whos who in the world 2006. Perghhh... Celebrity la aku!!! Jadi aku pun mula la mengisi borang tu dengan fikiran lepas ni aku akan glamer dan jadi termahsyur... Isi punya isi tengok macam2 la pulak dia nak tau. Tarikh kawin semua... Ini macam menyusahkan ni aku pikir. Aku belek2 la borang tu dan jumpa satu invitation letter yang sepaptutnya aku baca dulu. Rupa2nya boleh isi online... Dia bagi secure password semua cukupla...
Aku pun pi la website dia. Lagi senang, bab kawin semua tu optional je... Tapi seram jugakla, sapalah aku ni depa nak bukukan biography. Terpikir jugak aku, depa ni nak buat database untuk military ke... Pencapaian hebat macam pi bulan, panjat everest, keliling dunia naik bot ke apa ke aku tak pernah buat. Paling hebat pencapaian aku setakat ni adalah pusing matahari sebanyak 30 kali... Namun begitu, sesiapa yang lahir tahun 1975 pun dah mencapai benda yang sama... Tapi nasib baik la bahagian acievements tu boleh tulis publication yag dah dibuat, jadi aku copy paste lah bibliography aku je... Selamat, tak payahlah menulis bab round matahari 30 kali tu... Kalo boleh letak link dalam borang tu, aku suruh encyclopdeia tu baca blog aku kalau betul2 nak kenal aku... heheheh...
As for LHDN, biaq dulu laaaa...
No comments:
Post a Comment