Sunday, April 30, 2006

kengko shindang :)

Kenko Shindang dalam bahasa malaysia bermaksud pemeriksaan kesihatan... setahun sekali akan datanglah pegawai2 kesihatan untuk memantau kesihatan pelajar2 shizuoka universiti... bosan betul... kalau tahap kesihatan tak memuaskan, dalam masa 4 bulan selepas pemeriksaan pertama, anda akan dipanggil dan jika perlu buat pemeriksaan seterusnya...


borang yang perlu diisi sebelum mengadiri sessi kenko shindang sudah dibei berbulan-bulan awal dan juga botol plastik kecil untuk sampel sudah diberi... pagi itu saya bangun awal khas untuk melayan kerenah kenkgo shindang. sampel yang cukup saya isi dalam botol dari rumah lagi...


borang dan sampel saya...

penyerahan borang dan sampel...

macam biasa, rakan2 korea dan cina serta sahabat malaysia dan diri sendiri ini berjalan ke belakang shokudoo (kantin) sekolah kami dan mendapati bas kengko shindang sudah tersergam disitu... dalam bas ini ada alat2 x-ray...


bas x-ray dan dalam bas x-ray... heran operator x-ray tengok saya snap gambar...

bila sampai saja di tempat nak buat check up, semuanya berjalan dengan pantas... serahkan borang dan terus masuk dalam bas untuk x-ray...


head missi shizuoka universiti...

kemudian keluar bas dan masuk dewan untuk ukur tinggi dan berat... OK Alhamdulillah selamat... kali ini body mass index saya 2%, 1% lebih dari normal (22%-25%)... patutlah seluar ketat... lepas itu blood pressure... time ni bateri kamera saya sudah habis jadi takdak gambar... Alhamdulillah blood pressure sayanormal... selepas itu jumpa doktor untuk cek dada... nasib baik dr yang berbau rokok kuat itu pandai berbahsa inggeris...


kawan sedang timbang dan ukur tinggi...

akhir sekali ambil darah... lemah sungguh... ada dua orang nurse yang jaga stesen sedut darah pagia itu, satu tua dan satu muda serta comel... bila tiba masa saya, saya dapat yang muda dan comel... tak kesah semua itu, yang kesah saya dah seram nak ambil darah... nasib baik En. Suhaidi yang memang hebat membaca dan menulis dalam bahasa jepun sempat memberitahu saya yang sign board yang didirikan di hadapat stesen ambil darah memberitahu " kalau tak mo ambil darah, ok"... heheh... terus saya bagi tahu missi tersebut, dia pon heran dan berlari2 mencari bossnya dan kembali memberitahu saya yang tak payah ambil darah... heheh... tahun lepas dah ambil dan saya bagi tahu mereka, ambil satu tube sahaja... mereka kata OK... tapi mereka ambil dua juga... hish... dari ujian tahun lepas, cholesterol saya tinggi sedikit... hmmmm... yang lain Alhamdulillah normal :)

-semoga semuanya sihat, AMIN-

9 comments:

Kaklong Syikin said...

awat kat univ.2 di msia tak de wat camni ya? ke sbb kat dlm univ.2 msia ni dah ada kelinik kesihatn makanya terserah pd individu utk memeriksanya sendiri?

tq izhal sbb citerkan perihal kehidupan di hamatsu kat kami..rasa mcm hamatsu tu kat kg. sebelah jer..heheeh.

yg best tu, rasa nak bersalin kat sana pulak :), teringatkan treatment gomen hosp. yg canggih tu..esp.part sinki.ahaks.

Izhal said...

syikin,
patutnya dibuta baru la syok... kat sini pun ada klinik kesihatan, tapi event kengko shindang ni macam climax aktiviti mereka agaknya... eheh...

takdak msalah saya nak cerita pasala Hamamatsu... dah jadi macam my duty pulak heheh...

Anonymous said...

last sekali tgk kementerian kesihatan buat check up adalah pada waktu rehat semasa darjah 2..memerlukan berus gigi dan juga ubat gigi dan cawan kecik..berus gigi tepi longkang bersama rakan sekelas..hahahha p/s: kadang2 bawak camera,kadang2 tak....selalunya bawak :D

maklang said...

Baguslah tu kalau buat pemeriksaan tiap tahun. At least tahu tahap kesihatan macamana....Kena bayar ke?

FaEzHussain said...

salam kenal ...

wah bagus la ada klinik bergerak macam ni.
patut la ramai japanese slim2 aje (betul ke pendapat saya ni?yg saya tau, ahli sumo aje badan besar2), sebab sentiasa ade health check.

:D

Anonymous said...

Why is it not Labor Day in Japan?

mama_fynn said...

izhal,

dulu saya takut kalau bab ambik darah dan apa2 yg berkaitan dgn jarum lah. Skrg lepas bersalin, apa-apa jarum pun saya tak takut dah. After experiencing pain of labour, ceaser and terpaksa ambil suntikan pagi dan petang jadi tak de hal dah kalau nak suntik 3 x sekali go..hehehe

Anonymous said...

Hmmmm.... Memang bagus ada buat check-out ksihatan macam ni. Mmg melecehkan, tapi bagus ah untuk kesihatan. Klinik bergeraknya pun nampak hebat ah, siap ada mesin x-ray plak tuh.. Mesti missi diaorang comei-comei belaka... Huhuhuhuhu...

Izhal said...

ijad,
ha ah... masa budak2 je depa checkup kita... masa darjah 6 datang untuk BCG ingat

maklang,
tak bayar tapi rasa-rasanya dah include dalam tuition fees university nilah... satu je tak syok hamamatsu ni, semua nak kena pakai yen...

dr. faezhussain,
iya memang tepat pendapat tu... saya pun fikir macam tu... memang susah nak tengok orang2 gmuk kat sini... semua slim and steady...

azli jamil,
i dont know, maybe because from wednesday onwards it going to be GOLDEN WEEK!!!!! A week long holiday with festivities in Hamamatsu-Now!!! theyre expecting 900,000 ppl to celebrate in Hamamatsu...

mama_fynn,
tengok komen mama_fynn ni tekak saya loya... hahahaha... kebal dah nooo... hebat la mama_fynn :)

jemster,
ada yang comei ada yang biasa... tapi tu la yang comei dibagi tugas menggerunkan...

ThAnKS fOr REadIng Hamamatsu-Now!!!
-fara and izhal-