Pagi tadi seperti biasa saya ke sekolah naik basikal. Balik tengah hari untuk makan dan tidur... Lepas senja saya ke sekolah balik dengan kereta sebab saya nak bawak kipas dalam tong sampah2 barang2 elektrik di sekolah. Pada kebiasaannya orang buang oscilosscope, monitor komputer, CPU dan lain2 barang2 makmal dalam tong tersbut... Bila sampai sekolah, tong tersebut dah tiada!!! Aiseh, terpaksa bawak balik kipas rosak tersebut semula... Memang buang karan Hamamatsu...
Tapi Alhamdulillah, nasib baik juga bawak kereta sebab hujan turun... Heheh... Di Shizuoka University kalau nak bawak kereta tiap2 hari mesti dapatkan permit. Syaratnya rumah kena 2km atau lebih radius dari sekolah... Kalau tak kena ambil permit harian melalui surat permohonan yang mesti disokong oleh tok guru... Nasib baik lab saya ada tok guru muda bernama En. Furuta yang kamcheng dengan saya... Dia ni bekas pelajar kedoktoran sini yang tamat belajar tahun lepas. Langsung dia bekerja sementara dengan tok guru kami, sebab tok guru request dia tinggal sekejap untuk mengelolakan makmal... Kami ramai2 yang tinggal tak jauh dari sekolah selalulah mintak En. Furuta chopkan surat permohonan kami :) Bila dah dapat chop, isi mana-mana yang patut dalam borang tersebut dan bagi pak pada guard... Lepas itu dia akan bagi kita satu papan plastik/papan parking untuk diletakkan atas dashboard kereta... Sistem ni saya nak syorkan dekat VC UPM supaya staff dan student tak berebut parking... Itupun kalau depa nak dengar la idea semut kecil macam saya ni...
Nak masuk bangunan dan keluar bangunan institusi kami lepas pukul 10.30 malam mesti pakai kad... Mesin swipe kad pula tak berfungsi 100% bagus... Waktu musim sejuk, kadang2 sampai layan gigil nak swipe dan tekan nombor pin untuk masuk bangunan... Nombor rahsia kad saya ialah 5180... jangan bagi tahu orang lain... heheh... nak keluar senang, swipe sahaja...
Nak masuk bangunan dan keluar bangunan institusi kami lepas pukul 10.30 malam mesti pakai kad... Mesin swipe kad pula tak berfungsi 100% bagus... Waktu musim sejuk, kadang2 sampai layan gigil nak swipe dan tekan nombor pin untuk masuk bangunan... Nombor rahsia kad saya ialah 5180... jangan bagi tahu orang lain... heheh... nak keluar senang, swipe sahaja...
Malam/awal pagi tadi lepas tak berjaya buang kipas saya pun nak balik dan sebok mengambil gambar2 kenangan waktu menggunakan swipe kad... Bila dah buka pintunya terkejut beruk Hamamatsu... Ada member Romania tegur dari luar pintu... Ni gambar dia, En. Danial... Nasib baik dia dan bukannya hantu atau bunian Hamamatsu... Lepas tu terus balik bawak kipas rosak... Siri-siri gambar swipe card adalah benda-benda routine harian saya. Mungkin juga mesin2 dan swipe kad Hamamatsu tersebut dah kenal sangat dengan saya...
-Oh kipas rosak ku-
16 comments:
Weh.. Siap posing nampak? Idea tak datang ke tu?
juwaidah,
memang tak datang... last2 aku balik dapat idea buang kipas :) idea tesis tak datang2 lagi ni...
5180... 5180... nombor pin kad ATM, berapa plak? hehehe :-)
Tuan Izhal,
Jual nombor ke?
agaknya kipas itu kesejukan kot?
brp lama nak wat research utk tesis ni?
5180.. 5180... 5180... :P
izhal lecturing kat upm ke? sorry kan baru start baca blog nie :)
aku nak bgtahu ko yang kami kat sini dah tak main swipe card lagi dah..kitorg guna touchcard...lagi pintar...tak yah nak gigil tangan tekan nombor...ha ha ha
banyak benda baru zino belajar kat sini..
1. nak buang benda2 rosak mesti dalam tong tu je tong lain tak aci..
2. nak bawa keter kena ambik permit..cuba laksanakan kat KL ni nak tengok..hehe
3. no rahsia jangan bagi tau orang.. tapi tunjuk je boleh hehe
koman la tu pakai swipe swipe dan tekan tekan nombor
orang dah guna touch n go
......saja nak usik ko......
Gunalah apa2 pun, asalkan boleh masuk dan keluar;-)
gambar mula mula tu..gambar hidup...
heheh...baik bawak keta masa bawak kipas tu...kalau bawak basikal lagi hampes...rasa macam nak hempok aje kipas tu kot...
jie,
7507... jangan bagi tau orang...
Tuan Yazit,
tidak ada harga nombor2 tu nak hamba jual...
atok,
ya mungkin, tapi kipas tu buat saya panas sebab tak boleh pusing :)
syikin,
hmmmm, depa bagi 3 tahun, saya rehat 12 jam sehari jadi setakat ni dah 1.5 tahun rehat... jadi mungkin research dalam 1.5 hingga 2 tahun :)
azli,
remember this number, 7507...
safurah,
no... just a tutor there... tutoring...
jas,
UPM memang lagi hebat dari shizuoka uni nooo... heheh...
zino,
syyyy rahsia tu...
~ahni~
iye la, jepun ni memang koman kalo nak bandingkan ngan malaysia, heheheh...
maklang,
tq... kalo kad hilang kena tunggu depan pintu sampai orang masuk... Nauzubillah... janji dapat masuk...
dr. bahiyah...
gambar hidup??? jangan dipuja2 udahle...
kak lady,
ha ah, kalau bawak basikal time tu entah apa nak jadi, ngan hujan ngan kipas ngan lapar ngan ngantuk... macam2 boleh jadi...
thank you, hope you enjoyed Hamamatsu-Now!!!
-kipas man-
Post a Comment