Sewaktu puan fara sedang menggoreng cucur jagung dan sedang saya, izz farish dan faiq melayan rock kapak...
izhal: sedap tak lagu loudness ni (loudness disebut dengan perlahan)
puan fara: sedap la juga...
heran betul, tak pernah2 puan fara sukakan lagu rock kapak tiba2 kali ni dia jawab sedap...
izhal: betul ke sedap?
puan fara: ha ah la, tapi baik2 sikit panas lagi yang kat atas-atas ni...
izhal: (dalam hati) huh???
sure dah dia ingat kita cakap pasal cucur jagung dia yang memang lazat berzat... selesai dia menggoreng, kami semua pun bertolak ke Hamamatsu Castle Park untuk ber'Hanami'. Hanami adalah tradisi orang jepun di waktu sakura terbit. Hana=bunga dan 'mi' pendek untuk mite=lihat... Hanami=lihat bunga le kot... walaupun tempat tersebut hanya 15 minit naik kereta dari rumah kami, tapi kami dapat parking 1 jam kemudian sebab punyalah sesak dengan orang yang hendak berhanami... siap ada secutiry jaga... syok juga...
Kami join sahabat2 melayu hamamatsu lain dan berkelah di suatu padang di perkarangan istana lama hamamatsu... makanan Alhamdulillah sedap2. ada nasi lemak, mihun goreng, kueh muih, custard, cucur... sambil2 mereka makan-makan saya naik ke hamamatsu catsle dan ambil gambar2 ini... :) gambar raja takde sebab lama dah raja dia takde...
orang di hamamatsu jo (istana hamamatsu)...
layan bunga depan samurai batu...
istana lama hamamatsu...
yang tinggal 3 jam kemudian...
my darlings...
selepas hanami, pasukan bola hamamatsu mula bermain kembali!!! setelah lama urat beku akibat musim dingin, kami bermain... harini saya lenguh2 satu badan...
11 comments:
Seronoknya lah berhujung minggu di Hamamtsu... Bila agaknya hamba nak ke sana???
maklang,
kalau nak datang sebelum bulan 9 ye... boleh bermalam tempat saya... serius ni... :)
Gambar2 kat Blog nie lebih cantik dari yr fotopages lah...
BTW - I suggest you beli DSLR dan ambik gambar2 kat Jepun. If not, you will miss all the photography opportunity. You have the talent in taking photos except that its limited by your MUPA phone quality.
izhal, mlm semalam rmkl main lagu loudness....laki aku kata..ish...apa mimpi rmkl kuor lagu loudness ni...& dia pon layannn....emm....tak best langsung!!!! ehehheheheheh
besnya tengok bunga..
lagu laudness ni si along dengan angah je minat.. pekak telinga dengar..
Bola cap betul :) :)
Honestly, that is soo funny..
Now off to see what U have to offer at your fotopages.
Have a great spring cleaning day :P
Edoras,
THank you... Dont wory, one day I will get one, when UPM gives me a great big fat bonus heheh... Now I'll just use my wife's old cybershot for better resolution pictures ;)
Anonymous,
Sapa nama DJ yang mainkan lagu tu? Kamal Hassan ke??? lagu apa??? suami Pn. Ananymous sure rambut panjang nih...
Zino,
hahahaha, ada juga peminat lagu lodness dalam your family nooo... ;)
Azli,
Hait, yes sir... will clean up real good :)
yg si kecik tu pun dah mula terikut2.. dia kata lagu jerit jerit hehe..
Oh, hanami tu picnic kat bawah bunga sakura ke? hehe..rasa macam pernah tengok satu episod shin chan pergi hanami dgn mak ayah dia. semoga faiz & farish tak jadi cam shin chan, budak nakal yg diminati ramai tuh
tenma tsukamoto,
tepat sekali, picnic dibawah pohon sakura...
zino,
hahahhaa... so apa tindakan bapanya???
thanks for visiting Hamamatsu-Now!!!
-shin chan-
Post a Comment