Friday, April 28, 2006

Rancangan Pak Cik Juling :D

Rancangan televisyen tengah hari pukul 12 kegemaran kami di Hamamatsu setiap hari minggu adalah ITOMO... ianya rancangan cakap2 yang diacara oleh seorang pakcik tua yang saya tak tahu namanya... mungkin namanya itomo... entah...


pak cik host...

saya rasa mata pak cik host ni juling. dia tak pernah tanggal spek mata hitam yang dia pakai... dah jadi trade mark dia... kalau tak silap saya dia dibayar 1juta yen setiap rancangan... hmmmm... lebih kurang RM30,000 setiap rancangan...


peminat dari Hamamatsu bergambar dengan pak cik host...

Ramai artis2 tetap jepun seperti ahli kumpulan SMAP memeriahkan rancangan ini. Dua tukang angkat prop berbangsa orang putih muda dan boleh berbahasa jepun digunakan untuk mengalih2kan barang atas pentas. kadang2 mereka dibenarkan bercakap sepatah dua kata... di pembukaan rancangan mereka berdua (seorang dari rusia dan seorang dari amerika) akan menari ala-ala beruk bagi menandakan sudah bermula rancangan pakcik juling... Biasanya di awal rancangan ramailah rakyat negara jepun yang berkebolehan pelik2 seperti melipatkan kaki ke bahu akan bertanding sesama sendiri dalam rancangan ini. Siapa menang dapat hadiah...


artis tetap, Shingo dari kumpulan SMAP...

adik comel yang boleh buat aksi manja...

Selepas itu Pak Cik host akan menemubual tetamu khas. Kali ini Cik Megumi yang jelita... Sekali dalam bulan biru akan datang artis amerika untuk mempromosikan hasil mereka speperti wayang baru atau album baru, tapi hanya diberi masa 5 minit dan biasanya mereka diperbodoh2kan oleh pak cik host tua tersebut. nampak mereka marah tapi tahan sajalah... diakhir sesi memperbodohkan artis holywood, artis tersebut hanya sempat tunjuk poster album atau wayang terbaru mereka... antara artis yang pernah diperbodohkan dalam rancangan ini adalah tom cruise dan kumpulan destiny's child... Macam tu sekali jepun punya hebat, sampai artis holywood pon mereka buat badut saja... apa nak buat, market jepun besar, dabut pon badutlah... kalau tak nak jadi badut, datanglah malaysia, ramai orang akan agung2kan mereka, betul tak???


cik megumi ditemubual...

pak cik juling yang kaya dan wanita terseksi di jepun...

Diakhir rancangan, semua artis2 jepun akan bermain satu permainan dalam masa yang ditetapkan. permainannya sama setiap kali. contohnya permainan memecahkan belon atau membawa bola celah kangkang... tapi mereka cuba pecah rekod dalam rancangan hari sebelumnya... pada akhir rancangan, saya dengan tersenih dan bersemangat itomo akan berangkat ke sekolah...

-Alhamdulillah dapat update...-

18 comments:

Anonymous said...

I remember watching a show like this pakcik juling show (am not sure if it's korean of japanese) once. It's terribly funny! But I guess they all have this one thing in common: making fools out other people. Aptly mentioned by the gameshow host character in the movie Buli Balik, "kami tahu anda semua suka melihat orang lain menderita!"

Anonymous said...

Japanese has funny sense of humor. Remember Istana Takeshi?
ps: Have a great Labor Day weekend :)

Izhal said...

crimsonskye,
thats right, they do have some really weird gameshows...

azli,
last year i got a friend here named takahashi... luckily there was no istana infront, heheheh :)

Anonymous said...

Yeah I remember Istana Takeshi! My whole family loved that show :)

Anonymous said...

baca sambil senyum sorang2 tehehehehe........ caya ler pakcik juling...

zino said...

pasal dia pakai spek yg bayar mahal tu hehe

Izham Miyake said...

actually, i wanted to do such a thing kat malaysia ni.. tapi sure dia cakap.. weh kurang ajar la ko nih..

tapi memang respect la dia boleh buat orang amerika macam tu..

that shows their self esteem. tak macam kita. selalu rasa inferior bila dengan orang putih..

i pun selalu inferior jugak.. bila dengan awek cun.. hahaha!

ilsa said...

Kat tv jepun sure tade subtitle english ke ek.. agak2 org macam kitorang yg tatau japanese ni still leh gelak sama tak kalau tgk rancangan pakcik juling ni kat sana? :P dgrnye japanese pun ada different dialects..kat tv diorang pakai dialect yg mana?

kunci hilang said...

Izhal,
pak cik tu mungkin bukan juling. Tapi dia mempunyai sepasang anak mata yang 'unik'.
Saiz kecil.

maklang said...

Hakim dah beli spec hitam tadi... Zino tak jeles ke kat spec hitam tuh???

Kaklong Syikin said...

itulah stail org malaysia ni, org luar suka diagung2kan...anak watan sendiri?alahai...

Izhal said...

ella,
memang caya pakcik tu... ada je idea dia nak buat show hari2... kalau dia tolong buatkan blog hamamatsu now sure kaw2 punya...

zino,
ye kot... ada lagi satu pakcik ni... dahi jendul jadi dia pakai spek bukan kat mata tapi kat dahi...

izham che ros,
haish, takkan depat awek cun low self esteem kot... tak jepun la gituuuu heheh :)

ilish & safurah,
yep, they have many dielects... according to some japs, osaka nighonggo is hard to comprehend... than you have okinawa nihongo... as for TV depa pakai bahasa jepun baku kot... no subtitle butno worries... these people love to do slapstick jokes...

kunci hilang,
ooo iye ke... saya ingatkan juling sebab kadang2 nampak mata dia kalau cahaya latar belakang kuat, nampak juling... tapi la ni confirm la mata dia lain sikit... terima kasih...

maklang,
spek hitam style mana? sama tak ngan style pak cik jepun kat posting saya ni???

syikin,
ya... masalah betul tang tu... tapi Alhamdulillah tang lain ok lagi...

HAVE A GREAT WEEK END TO ALL FROM US ALL IN HAMAMATSU-NOW!!!

Cik Fatima Syams said...

hai izhal,, lastweek internet dh ok.. tpi abg im p bercuti ke kelantan sempena my bessdei, musim ape sana skrg?

Izhal said...

Abang Im,
ALhamdulillah dah OK!!! Laaa umur dah berapa belas dah la ni? Happy Birthday, Semoga Panjang Umur dan Murah Rezerki, AMIN... la ni musim bunga dah pertengahan musim bunga ni...

Anonymous said...

nama die tamori daaaa dah 22 tahun rancangan iitomo nih berjalan setiap ari weekdays secara langsung so basically pakcik nih tak penah bercuti... paling jauh die p pon rasanye iwate ken nun jauh kat utara jepun tuh muhahaha kesian pakcik nih

Izhal said...

bard,
hait thanks...

Anonymous said...

LOL LOL .. Tom Cruise pun berjaya di tipoo.. Mission POssible betul ah... Mesti diaorg malu tak ingat punya... Steady lah.... LOL

Izhal said...

jemster,
biasalah pak cik tamori ni, dia lawakkan je depa ni heheh...