Friday, June 09, 2006

Hamamatsu Idol...

Mungkin kisah american idol sudah basi di merata dunia tapi di Hamamatsu boleh dikira agak baru juga berlangsung... heheh... rancangan ini saya ikuti kadang2 sebab saya lebih suka menonton discovery atau x-files atau national geographics... kalau ada bicara agama memang sayalah penonton setia... tapi tak ada...




ahli panel atau tukang komen american idol di jepun ni ada tiga orang... seorang dari mereka adalah orang asli jepun, bermakna seorang jepun yang asli... dia ni mesti pakai spek mata hitam dan entah apa dia komen saya tak tahu sebab dia cakap bahasa jepun...


orang asli jepun...

seorang lagi orang tak asli jepun, bermakna dia ni kacukan jepun dan mat saleh... Puan Fara suka dia ni sebab hensem :P seperti orang asli jepun, saya tak faham sepatah haram apa dia kata kecuali bila dia sebut "american idol"... dia ni nampak gaya macam sokong ms mcphee...


orang asli putih...

tukang komen terakhir disini adalah seorang orang asli mat saleh, bermaksud dia orang putih asli bukan kacukan dengan mana2 bangsa lain... dia cakap juga saya tak faham pasal dia cakap bahasa jepun...


orang tak asli...

macamana mana ms mcphee kalah dengan mr uban tu... ms mcphee ni hebat, bila menyanyi sure senyum... nampak mudah saja dia menyanyi, tapi mungkin sebab dia suka tergedik2 macam budak2 dia kalah... iyelah dia masih budak2 jadi pasti menggedik2...


perbincangan antara bangsa asli dan tak asli...

tukang undi di negara george bush telah buat pilihan mereka... tukang2 komen di jepun pun dah buat kerja depa... lepas depa pilih mr uban, bolehlah depa undi presiden kulit gelap pula...

-harap-harap depa adakan Hamamatsu Idol pula-

14 comments:

Anonymous said...

hi..
sambung lepak kat Hamamatsu Now.. :-) kat Aichi tu.. family angkat.. stay with them for almost 1 month. best!! w/pun sometimes terseksa nak communicate.. but they brought along the e-dictionary everywhere.. but sometimes the translation pun ntah apa2.. last2 g kat pasangko and guna the language software.. laagiii senang.. diaorg mmg pembersih kan? bkn setakat kat rumah. kat memana jer and very2 discipline and punctual.. kalau dia kata nak g memana kul 7.50 maksudnya 7.50 tu mesti dah tunggu kat pintu bukan nye baru nak salin baju ke apa2 ke... Puan fara, faiz ngan izz semua kiut2 la.. izz pun dh mcm muka anak jepun.. ;-)

Anonymous said...

Ya! I agree.
How can that Mr. Uban menang.

gus said...

I pun harap mcphee menang. heran jugak kat taste american ni. tapi idol dah berminggu habis, kat jepun masih ada lagi perbincangan ek...? larat jugak ko nonton program tu sedangkan sepatah haram pun ko tak paham.

Izhal said...

miyuu,
arigato for the complements :) ha ah depa ni memang bersih, punctual dan disciplined. patutlah negara depa bersih, cekap dan amanah...

azli jamil,
entah...

agus,
apa yang boleh dilayan saya layan je :)

Mister Curmudgeon said...

weih, aku ingat ko tau ckp jepun maaaa..

blackpurple @ jowopinter said...

Dah muak dgn 'idol2' ni.......

Layan bola pulak lepas ni.... hehehe

simah said...

tak pernah tengok american idol hehehe so tak terasa terlepas anything pon :0)

Anonymous said...

kat sini pulak tengah AF4...

Kaklong Syikin said...

kat malaysia ni pulak baru muncul one in a million...

KakNi said...

saya tak tonton american idol ni so susah sket nak komen

KAMATO said...

japan idol tak da ke?

Mama Sarah said...

Saya sokong chris mamat rock tu. huhu...

Literature Sushi said...

American Idol? Sape menang?

Izhal said...

fretsurfer,
pandai,apa tak pandai pulak... JEPUN...

blackpurple,
idol bola ada kan? tak ikuti ke?

simah,
memang tak termiss anything pun...

maklang,
haritu AF3 kami tengok pasal subscribe online... ni AF4 Puan Fara subscribe lagi le kot... sapa bakal ganti mawi??? sapa bakal ganti abdullah badawi??? heheh...

syikin,
rancangan malaysia ke amerika??? yang pasal kawin2 tu ke???

kamato,
ada kot... entah...

mama sarah,
ooo yang hensem2 tu... ok jugak dia tu...

raiedzall,
tu gambar pemenang ada dalam gambar terakhir posting ni... saya panggil dia mat uban...

thanks for reading Hamamatsu-Now!!!
-izhal and the gang-