Thursday, June 01, 2006

Musim bunga=Musim Menanam Padi :)

Musim bunga di Hamamatsu bukan sahaja musim untuk melihat bunga-bungaan. Ianya musim memulakan penghidupan baru untuk orang2 Hamamatsu. Musim untuk membuat makanan ruji orang2 Hamamatsu.


trek bullet train shinkansen... pokok padi...

Cuaca nyaman musim bunga ini orang Hamamatsu guna untuk menanam padi :) Jadi tiba musim panas, padi pun masak. Waktu musim luruh padi di tuai dan musim sejuk kembali penuhlah gudang simpanan beras Hamamatsu...


sawah padi di big fuji...

Memang pemandangan musim bunga di Hamamatsu kalau dibandingkan dengan negara lain yang tak makan nasi sebagai makanan ruji. Lain sungguh dari eropah dan amerika syarikat. Sana ada bunga, sini ada bunga, tiba2 celah2 bangunan serba canggih, tepi rumah orang nampak pula kobota cap honda membajak sawah...


reflection kedai jual kereta dalam sawah padi...

Memang betul, sawah padi di sini tak besar mana. Siapa ada tanah dalam 5000 kps di tepi rumah pun akan tanam padi. Beras sini pula jenis pendek dan gebu serta berkanji tinggi macam pulut. Itu yang sesuai nak buat sushi :)


tempat parking kereta tepi sawah...

Gambar-gambar sawah padi ni saya ambil di Big Fuji. Belakang sawah ada big fuji, depan sawah ada trek bullet train shinkansen, kiri sawah ada kedai jual kereta dan parking lot Big Fuji dan kanan sawah ni ada parking lot Big Fuji... Patutlah beras Jepun lagi mahal dari beras siam...

-jom makan nasi-

14 comments:

Anonymous said...

::: askm bro izhal [huhu] thanx 4 dropping by.. amoiiii area kecikpon diusahakan jadik sawah padi.. hebat leer org jepon nih.. tengok pagar mcm pagar elektrik jek? dah upload entry baru dlm fp ker bro? maaflaahh tak sempat check.. maaf gak kalo ni baru 1st time antar komen sini.. mungkin blogger nih merupakan ur 1st pix blogger kot sblm jumpa fp?.. ~ ReActivate.Zul

KAMATO said...

Beras jepun ni berkanji sedikit, izhal boleh makan ke?

Kaklong Syikin said...

kagum saya...hmm, kat malaysia, bnyk tanah sawah dah terbiar bahkan dinaiki semak samun esp. di kg saya nun di n9.

kalau org kampung saya tgk mesti depa segan ngan org jepun ni, tanah sekecik itu pun masih buat sawah lagi.

Edoras said...

Macam kat Kampung di Malaysia pulak.....

maklang said...

maklang tak suka beras jenis macam pulut ni..muak laa...

macamana pun duduk kat Malaysia lagi bestkan Izhal...

thank you for the pictures!

blackpurple @ jowopinter said...

Wah...tanam padi di tengah bandar....boleh bayangkan kat tgh Dataran Merdeka tanam padi..


psst..MLA : Master in Landscape Architecture :)

Anonymous said...

bro izhal..ingatkan kat kg saya saja ada pagi..hehe :P



bang..bz skit lately...tak sempat tangkap gambaq..maybe weekend nie ada entry baru..hehe ;)

Anonymous said...

Short one this time?

Izhal said...

::: ReActivate :::
Selamat datang :) ha ah, sini memang hari2 saya upload... saja ja menulis sikit... senang2 datanglah lagi ;)

Kamato,
kalau kena dengan lauk jepun boleh. kalau dengan lauk malaysia tak boleh...

Syikin,
N9 kat mana tu Puan? Rembau kalau sama ngan kampung ayah Puan Fara le...

Edoras,
ha ah... kecuali bullet train tracks yang tak ada walaupun kat bandar bsar Kuala Lumpur heheh...

Maklang,
saya pun tak suka... tapi orang jepun tak suka beras siam pulak... dok malaysia la syok...

Blackpurple,
hahahahhahaa... memang tak leh bayang... Cuba TUan Arkitek buat satu artist impression padi di dataran macamana rupa... heheh...

Pulsatin for Aeons,
Thank you...

Apekbunga,
iya ka... sini pon macam kedah jugak la... jelapang padi hamamatsu heheh...

Azli Jamil,
Yep... Not so much to tell because not enough pictures... musim menuai pictures tak ada...

gus said...

Wah, kat sarawak dah selesai pun musim menuai. Dah Gawai pun hari ini.

Literature Sushi said...

Kat Sheffield kita orang makan beras Basmati Pakistan, lazat sekali...he..he..

Izhal said...

agus,
yaaa... seronok pesta gawaii??? harap2 En. Agus 'posting'lah pasal pesta gawai tak lama lagi...

Raiedzall,
fuh, itu makanan orang kaya... kami makan beras siam... dah biasa dah... lagipun murah berlipat kali ganda kalau dibandingkan dengan beras jepun ;)

Sherin de Souza said...

Beras jenis ni banyak kanji kan? Nice for sushi but kalau selalu muak juga la.

men said...

mr hamamatsu......slalu baca from bloglines jer...that's why tak pernah comment...

enjoyed reading + seeing the photos.......

keep posting yeah ;)