Ada 3 jenis Shinkansen di Jepun. Nozomi adalah jenis terpantas. Sampai 300km/jam agaknya dia boleh lari. Tok Guru saya kata dia pernah naik sekali tapi dia tak suka sebab laju sangat sampai tak boleh dia nak buat kerja... Tekak loya dia kata... Nozomi ni gerak tak berhenti di semua bandar, mungkin sebab laju sangat jadi tak sempat. Dia berhenti di bandar2 power seperti tokyo dan osaka... Hamamatsu memang dia tak berhenti... Mungkin track dia pun lain dari shinkansen2 jenis lain, sebab sepanjang saya dok Hamamatsu tak pernah lagi nampak Nozomi...
Jenis kedua adalah Hikari. Hikari ni maksudnya cahaya atau bak kata pak arab, nur. Kelajuan dia dalam 270km/jam agaknya. Dia ni juga berhenti di bandar2 power. Baru dua tahun lepas dia mula berhenti di Hamamatsu, sebab kepoweran Hamamatsu sudah mula terserlah... Kalau dari Hamamatsu ke Tokyo, dia direct dan tak berhenti di stesen2 antara Hamamatsu dan Tokyo. Dalam masa 1jam 30 minit dari Hamamatsu dah sampai ke Tokyo. Kami biasa naik Hikari ni... Kalau ambil gambar pemandangan luar dari dalam Hikari , benda2 yang berdekatan nampak bengkok dalam gambar tersebut sebab laju sangat...
Hikari membengkokkan gambar...
rumah ok, jambatan bengkok...
interior Hikari...
gerabak hikari...
rumah ok, jambatan bengkok...
interior Hikari...
gerabak hikari...
Jenis terakhir adalah Kodama. Kelajuannya 250km/jam. Inilah shinkansen pertama saya naik dari Nagoya ke Hamamatsu... Tahun 2003 waktu tu... Saya datang landing di airport lama Nagoya, naik bas ke Nagoya Train Station dan naik Kodama ke Hamamatsu Train Station. Seusah menyebut train station ni ye, patutlah orang2 Hamamatsu panggil EKI sahaja... Waktu tu Hikari belum berhenti di Hamamatsu... Kodama ni berhenti di stesen2 kecil dan besar. Kalau dia datang dari Nagoya, dia akan berhenti di 3, 4 buah eki sebelum sampai Hamamatsu. Lepas tu dia bergerak ke tokyo dan berhenti lagi di 4 atau 5 buah eki antara Hamamatsu dan Tokyo... Dari Hamamatsu ke Tokyo naik Kodamaa memakan masa 2jam lebih agaknya... Entah,saya ta pernah cuba tapi mengikut jadualnya macam tulah...
Purata ralat operasi shinkansen tahun depan hanya 3saat... Kalau dia kata Shinkansen sampai 1.44pm, tunggu dan lihat jam. Memang tepat. Kalau dia kata 12.33pm bertolak, jangan tiba di stesen pukul 12.33pm 2 saat. Alamat tertinggal...
Oleh kerana begitu tepat dan laju, tak ada sebab anda boleh bagi kalau terlambat meeting di tokyo. macamana nak cakap kat boss yang shinkansen lambat... hahaha... nak cakap shinkasen penuh pun susah sebab ada dalam 12 gerabak agaknya satu shinkansen ni... Kalau orang yang tak dapat meilhat pun tak boleh kata tak jumpa Shinkansen dekat boss sebab ada tempat jalan khas bagi mereka...
walaupun di negara eropah ada sistem TGV dan di korea ada KTX yang serupa dengan shikansen, namun orang jepun yang pernah naik kata tak tepat jadual macam shinkansen... Kalau depa naik komuter baru depa tau lagi power dari Shinkansen...
walaupun di negara eropah ada sistem TGV dan di korea ada KTX yang serupa dengan shikansen, namun orang jepun yang pernah naik kata tak tepat jadual macam shinkansen... Kalau depa naik komuter baru depa tau lagi power dari Shinkansen...
-tepatilah masa-
15 comments:
Memang hebat! saya dah lama bercita-cita naik keretapi laju Jepun nih :)
Shinkansen di Japan memang tak boleh lawan tempat lain, di Jerman ni ada ICE pun tak boleh lawan Japan..... teringat pernah naik dari Tokyo ke Hiroshima
3 seconds variance? wow....
Tapi berapa lama dia bagi penumpang masa naik tren? 1 saat? hehe...
hari tu naik komuter kena tunggu punyalah lama, bukan sebab komuter nya lewat tapi komuter yang ketiga datang baru boleh naik sebab lagi 2 komuter sebelum tu tak dapat nak naik- orang ramai sangat dan berebut-rebut
sekian cerita komuter di KL
Why doesn't our ERL goes as fast as that. Getting to the airport is 15 minutes sure is fun :)
great pics....excellent transport but there could not match our commuters. i can agree with that.
MUPA u ni jenama apa? dan u kata u convert jadi SLR? still tak faham.
Raeidzall,
cita2 yang mulia tu :D servis atas shinkansen pun tip top... bila stewardess dan konduktor masuk satu gerabak dia tunduk, lepas dia keluar pun dia tunduk...
Kamato,
Jauh trip tu...
Edoras,
Yes, 3 seconds only. Actually they give you ample time... for example the train arrives at 12pm and leaves at 12.15pm... you have 15 minutes...
~ahni~
suruh boss KTM tambah bilangan train. sini tran (bukan shinkansen) 4 minit sekali... shinkansen dalam 30minit sekali...
ikelah,
thank you :)
jenis toshiba. jadi DLSR sebab saya pandai2 bubuh macro lens sendiri dan zoom lens sendiri heheh... silalah pi tengok kat http://izhals.fotopages.com/ untuk gambar dari MUPA yang lain :)
azli jamil,
i have no idea. maybe because its not designed to go fast. i traveled from bangi to KLIA once in a freinds car, he was late so we travelled a lot faster than the ERL :P
Tuan Izhal,
bestnya dpt naik train laju. Saya pernah naik contoh model aje, yg ada kat Train Museum di York.
nanti la, kut2 bila dah jadi boss n ada conference kat Japan, bley la try naik keretapi laju ini.
mintak2lah komen blh masuk.kalau tak mmg nak kena sekeh blogger.com nih.
setiap shinkansen ni ada rupa tersendiri ya...ada yg terlebih muncung, ada yg terlebih tembam..hmm. teringin nak naik 3 jenis shinkansen nih..tp yg pasti, kena prepare bawak beg plastik siap2 utk yg pling laju tu. tkaut muntah.:)
::: askm bro izhals genkideska? terima kasih komen2 bro di FP saya.. wah wahh entry shinkasen besh besh sptmana angan2 raiedzall, samalaahh dgn saya gak tapi angan2 saya angan2 mat jenin kot [haha] mungkin tak kesampaian nak naik.. walaupon penah ada ditawarkan utk berkursus di jepun tahun lepas.. [huhu] saya terpaksa menolaknyer.. pix nozomi & kodama serta yg tgh bercumbu tuh very good shots.. tak sangka plak ada 3 jenis.. hebat tul Jepun.. oh ya pasal FP plak tak tau plak kenapa hari nih internet saya tak boleh bukakpon FP.. bro pon sama ker promblemnyer? ok cya.. keep on shooting..
wow, is this what they call a bullet train? orang Jepun mmg terkenal dgn ketepatan masa termasuklah transportation system depa hehehe patut dicontohi...oh yeah, I've replied your comment in my blog, check it out, bro! :)
Wowwwwww canggihnye dia punya zug..kat sini..buruk2 tp laju2..huhu
Tp rasanye Japan nya lagi laju kot...
saya nak jwb entri sblm ni, tandas free tu..hehe, baguslah kat sana ada airkan..kalau tak tu, blh juga beristinjak ngan benda kesat n kasar mcm tisu, or batu berbucu..tp itu pun ada syarat gak, baru blh suci
eh..saya dah klik dah. mmg sedih n pilu. insyaAllah ,murah rezeki mrk tu. tq for that info.
Shinkansen Hikari tu... bahagian depan macam muncung itik hehehe :-)
Dr.FaezHussain,
ooo kat sana ada model jepun punya ka??? dalam musuem??? syok juga sana nooo... semua yang ada sini ada kat sana...
Syikin,
Permintaan Puan termakbul :) Entahlah sampai nak muntah ke diak, tapi dia kat aloya la... hebat sampai tiga-tiga tu nak Puan cuba nooo :) THANK YOU for clicking on the link :)
:::reactivate:::
Alhamdulillah, genkidesu :) ha ah pagi tadi fotopage penat sikit, tapi Alhamdulillah dah okay... Saya pun ambil kesempatan untuk update ;)
thewailer,
ha ah, inilah dia bullet train jepun yang digembar-gemburkan... memang tepat sangat depa ni, sampai rasa under pressure... tapi kalau tertinggal train pun OK lagi sebab train seterusnya sekejap saja lagi menyusul :)
Ajzie,
entah tak tau le sapa lagi laju... saya tak pernah naik Zug tu lagi...
Jie,
Ha ah... mula2 saya sampai sini pun tengok nak tergelak... tapi bila tengok dia lari...tak sempat nak gelak, sengeh je...
THANK YOU ALL FOR READING HAMAMATSU NOW!!!
-Shinkan-Iz-
Post a Comment