Pagi-pagi semalam waktu sedunia tengah sibuk menonton perlawanan akhir antara Italy dan Peranchis, Puan Fara juga sibuk... Beliau sibuk membuat kek... Kemudian sibuk mengambil gambar kek...
Pagi tadi bila kami bangun, setiap 5 minit bila ternampak Faiq kami akan menyanyi salah satu lagu hit kegemarannya iaitu 'Happy Birthday to You'... Lagu-lagu hit kegemarannya yang lain adalah twinkle-twinkle little star, oh bangau dan ABC... Dia nampak seronok kerana ibu bapanya menyanyi2 lagu tersebut, tapi mungkin dia ingatkan perkara biasa...
Lepas makan tengah hari, Puan Fara keluarkan kek dan kami meraikan ulang tahun ke-3 Faiq... Heheh... Kali pertama dia tiup 3 lilin... Lepas tu dia minta pasang balik lilin sebab nak tiup sekali lagi... heheh...
Tahun 2003, 10 July, Hari Khamis, lepas Asar, kota Hamamatsu digegarkan dengan kelahiran Faiq di Malaysia... heheh... Pencapaiannya sejak 3 tahun lalu... Sudah kenal huruf ABC huruf besar, sudah pandai gunakan Windows Explorer dalam Windows XP, sudah pandai main internet, sudah pandai setting digital kamera dan kamera handphone punya automatic self timer, sudah pandai buli adik, sudah pandai Solat style budak2...
Namun begitu dia masih tak suka menggosok gigi... Alhamdulillah kami dapat budak ni sebagai anak :)
-Happy birthday anakku-
21 comments:
happy birthday!!! esok kalau balik msia, sekolah sama tahun dengan anak saya, si sarah. mintak resepi kek kitkat kat pn fara
happy birthday to Faiq.
wah.. kek Puan Fara nampak sedap.
Faiq pun nmpk comel bersama keknya.
Happy Birthday utk Faiq. Ayah bagi hadiah apa ye tu?? Hehe
mama sarah,
terima kasih... anak Puan memang comel la ... hairstyle dia saya minat...
shu,
thank you... ha ah kali kek dia sedap... heheheh... yang sebelum2 ni pun okay juga... heheh... naya saya kalo dia baca komen ni... hahaha...
Yus,
Arigato-ne... saya bagi dia helikopter... mainan... ;)
izhal...
bila anak2 sihat dan gembira,itulah dia kebahagiaan...
Selamat Hari Jadi Faiq, moga menjadi anak yang soleh bila dewasa nanti, InsyaAllah....
Lagu ni....oh...teringat masa maklang umur 12 tahun dulu....suka lagu ni by Julie Remi kan???
Happy birthday Faiq! :)
May your rambut Beatles will always ramain so :P
happy birthday buat faiq... moga sentiasa menjadi kebanggaan abah n mama
p/s: all the best kpd abahnya faiq utk esok... selamat 'berjuang'
selamat hari lahir faiq, semoga beroleh keberkatan
Waaa.. 3 tahun sudah pandai main internet? Faiq ada blog tak hehehehe. Hepi besday!
Happy Birthday Faiq. Semoga membesar menjadi seorang yg beriman, bijak, berpekerti mulia dan sentiasa sihat. Sebaya dgn Emir anak Sherin.
Happi Besday..MOga hari2 Faiq penuh dengan kejayaan.
Alya pun 3thn this year..Tp masa tuh kami kat Msia..Coti2 Sommer.
happy birthday faiq..moga menjadi budak rock mcm papa dia..cutenyerrrr budak 2 ekor tu izhal..geram tengok mcm anak jepun.
HAPPY BIRHTDAY FAIQ...aunty ni baru dpt melawat 'umah' abah faiq ni...sibuk bebenor aunty ni...
Moga Faiq membesar menjadi anak yang membanggakan Mak dan Abah tu..
Aminnnn
wah! kacak-kacak belaka anak2 anda. mujur saya belum ada anak dara. jika tidak, berbesanlah kita. haha!
Happy b'day to Faiq
hepi birthday faiq. moga jadi anak soleh yg berjaya dunia n akhirat.
adik izz tak tiup lilin sama ke?
sedap kek tu..itu buah ceri ya?
blh minta puan fara share resepi tak?
happy besday faiq, semoga jadi anak yang solleh
anita kema,
ya betul tu...
maklang,
tq bp faiq :)... sapala agaknya En. Juli Remi ni ya...
azli jamil,
thank youbp faiq... a guy here also describd his hair in the same way :)
ella,
tq bp faiq and thanks for the good luck wish...lega sket...
ikelah,
thank you Tuan Doktor bp Faiq... :)
lan rambai,
inilah dia blog faiq heheh...
sherin,
thanks bp faiq :)
ajzie,
tq bp faiq ne... sebaya tu... kot2 boleh usha ka apa ka heheh...
simah,
thanks bp faiq... ekor budak2 tu dah kena potong buat sup... heheh...
kak lady,
terima kasih aunti bp faiq... sebok2 pun tak apa asalkan produktif :)
gitartong,
terima kasih tuan... mungkin ikut kekacakan bapanya hahahaha...
anggerik merah,
thank you bp faiq :)
syikin,
thank you bp faiq...
adik izz tengok je sambil belajar tektik2 meniup lilin... ha ah itu buah ceri hamamatsu... resepi any time boleh share...
kamato,
thank you bp faiq... lama betul tak nampak Tuan... ;)
THANKS FOR READING HAMAMATSU NOW!!!
-faiq and izz farish-
Tanjobi omedeto Faiq!!
hahaha...mak su yg tgk faiq lahirr...(hue hue hue -sambil kembang idung).3 tahun lepas, waktu faiq lahir, faiq nampak panjang dan kurusssss...
la nih, nampak temban dan comel...
balik nanti, mak su bawak pi main layang2 okayyy!!
Post a Comment