Bila sebut HOSPITAL SWASTA, terus kita ingat kempislah beg duit kita... Tidak jika anda seorang kanak2 di Hamamatsu...
Di belakang rumah kami ada sebuah hospital swasta bernama Seirei Byoin. Pasti anda ingat berkilat2 hospital ini berbanding hospital kerajaan... Tidak... Terbalik gambaran dengan hospital kerajaan versus swasta di malaysia,dari segi rupa paras sahajalah... heheh... tapi rupa bukanlah segala-galanya...
Hospital ini besar dan staffnya ramai tapi tak selawa hospital kerajaan di Hamamatsu ini... Tapi waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan jauh lebih pantas dan harganya jauh lebih mahal jika anda orang dewasa...
tempat megutarakan soalan...
Doktornya pula ramai yang fasih berbahasa Inggeris... Kalau tidak, sakitlah kita menerangkan penyakit kita kepada mereka...
Kebetulan waktu kami ke sana,jumpa pula Puan Marina...Jadi waktu saya bawa Izz Farish jumpa doktor, Puan Fara pun bolehlah bersembang-sembang... Kaki Izz Farish ini tak lurus macam orang lain... Dia 'bow-legged' jadi dia direfer ke sini takut dia ada sakit rickets atau blaunt disease...Doktor yang memeriksa Izz Farish kata tak payah risau, dia OK, Alhamdulillah... Sebab dia mula jalan awal sangat masa umur 8 bulan, otot dia tak develop sangat lagi... Lama-kelamaan smakin lawalah kaki dia... Dari X-ray, tulangnya normal... Tapi kena pi balik dalam 3 atau 4 bulan kemudian sebab dia saja nak check...
Di sini, kalau satu klinik refer anda ke hospital, bukan setakat depa bagi surat... Doktor di klinik tersebut akan recommend seorang pakar dan dia juga akan telefon pakar tersebut untuk sembang2 pasal kita... Jadi kalau dah kena refer ke hospital memang kena pergilah... Izz Farsih di refer dari klinik kegemarannya ke Hospital Tulang dan dari Hospital tulang tersebut ke Seirie Byoin ini... Harga rawatan Izz Farish, Alhamdulillah 500 yen saja walaupun jumpa pakar...sebabnya,dia kanak2 yang masih comel...
-bangun awal kalau nak hidup senang-
24 comments:
balik ni kene refer hospital serdang pulak agaknya ye, dah bukak hospital tu..cantik.....
Kamato,
Dah siapke Tuan??? harap2 sepanjang hayat takpayahlah refer mana2 hospital... AMIN... heheh...
Harap-harap Farish akan okay...
Canggih ye hospital tu...tapi kalau murah okay lah...
tak habis-habis lagi si abang tu dengan posing 'peace' nya? may he bring peace to this world... amin...
8 bulan dah jalan? Cepatnya...
500 yen sahaja utk kanak2.. dewasa agak2 berapa ek? Kira orang dewasa kena cover bebudak punya rawatan lah kot ek?
ush cepat sungguh izz farish jalan. Anak saya masih merangkak lagik 8 bulan tuh...
anak u tu dah pandai bergambar ala jepun. peace memnjang
Nice hospital. Don't worry Farish should be fine. Sebab he is so cute!
Alhamdulillah baik2 saja...
Kalau Hosp swasta kat kampung kita pun kena 500 jugak kut... 500 ringgit laaaa :P
budak comel mcm izz ni kalau kenyit mata sekali lagi ka mesti doctor bagi free punya..
satu soalan..500 yen tu berapa dollar?
Wah, nice hsopital. Good la ada hospital yg children friendly. InsyaAllah ok lah Izz Farish tu. Lago besar, lagi kuat la otot dia tu..:)
Why bangun awal?
layanan bagus harga pun murah.. mesra pelanggan lagi.. jauh beza dengan di KL ni..
pernah masuk satu spital tu di kaunter dia tanya.. en nak yg mana.. bilik sorang bilik berdua, berempat atau berlapan.. harga dia sekian sekian.. mak ai!! bertambah sakit den hehe
kak lady,
thank you... la ni kami bagi dia pakai kasut terbalik ikut petua orang2 dulu2 untuk membetulkan kaki...
juwaidah,
amin, yarabbal-al-amin...
thanks ne...
lan rambai,
oh, depa keluarkan akta baru di sini... budak2 tak kira sakit apa kena 500yen saja... kalau tak diconvert macam kita bayar RM5 saja... kalau diconvert pun baru RM15...
zakiah,
ada elok dan tak elok jalan cepat ni... tak elok kaki mungkin kengkang... ada juga depa kata jangan bagi baby pakai walker... sebab tak natural...
anggerik merah,
thanks... mungkin ikut abah dia la tu heheh...
raiedzall,
kampung kita world class... tu yang mahal tak menentu tu... ;)
simah,
tu belum bapak dia kenyit mata... pergh... 500yen tu lebih kurang 5dollar atau RM15...
sherin almashor,
thanks... i hope so too... balik ni nak urut2 sikit le kaki dia...
zino,
kalau saya amik bilik ramai2 tu... bukan apa, dah la murah, geng pon ramai... heheh...
hospital tu dah menerima pesakit walaupun menunggu lebih setahun
Tuan Izhal,
syukurlah farish tak kena operation. kena pakai special shoes tak?
citer pasal hospital swasta, ms ayahanda saya terpaksa masuk hospital pantai di ayer keroh, receptionist mintak RM5k cash as deposit, giler apa? sapa carry duit byk tu dlm handbag?! nasib baik makbonda cool je,kalau saya dah maki dah......
Tuan Izhal,
Dah berapa banyak duit hang habis kat hospital?
Orang kawin habis duit dok check anak kat hospital ke?
Aku ni boleh ka? orang kata kawin ni sodap...betoi ka?
Cantek sepital tu...
izhal, ada kawan saya, kaki anak dia cam kaki izz. antara cara dia gunakan ialah, dia pakaikan kasut terbalik utk kaki yg bengkok tu, salah satu cara urutan tak rasmi utk luruskan balik kakinya tu. katalah kaki izz yg tak lurus tu belah kanan, mak dia pakaikan dia kasut belah kiri utk kaki kanan tu. dan utk kaki kiri tu pakailah kasut kiri gak..kiranya kena ebli 2 pasang kasutlah..dan mak dia pakaikan sentiasa kasut tu even dlm rmh..supaya kakinya cepat lurus.
saya dah lama tak jumpa mereka, jd tak tau camner kaki budak tu sekarang
Di sini, pernah berurusan di hospital gomen, dan pernah juga di hospital private. Kalau diberi 2 pilihan tetap memilih hospital private...
alhamdulillah tak ape2. semoga lama2 ok kaki Izz. :)
kamato,
nanti balik bolehlah saya try buat medical checkup situ...
Dr.FaezHussain,
Tak ada...tapi ibunya bagi dia pakai kasut kanan di kaki kiri dan kasut kiri di kaki kanan...
Tuan Yazit,
1. oh Alhamdulillah tak banyak...
2. oh ALhamdulillah tidak juga...
3. Entah... lain orang lain macamnya... kalau nak kawin pun tunggulah hamba balik... nak balas jasa jadi pengapit...
maklang,
biasala Hamamatsu ni... ;)
syikin,
ya Puan, kami pun buat perkara yang sama... anyway, thanks for sharing the tip :)
blackpurple,
ya, kalau fulusnya banyak pasti ke sana... tapi hospital private di malaysia tak ada simpan bekalan darah... gomen saja pegang...
shu,
Amin,yarabbal-al-amin... thank you... kami pun harap gitu... biar dia punya kaki straigh macam orang2 lain juga...
THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal abdul halin-
mira pun mcm tu dulu..bwk jumpa dr. Tapi dr kata that's normal esp if dia mula jln awal.
mira pun mcm tu dulu..bwk jumpa dr. Tapi dr kata that's normal esp if dia mula jln awal.
noni,
harap2 dah ok la mira la ni... balik sat ni i nak mengurutkan kaki farish ni...
Post a Comment