Apabila tiba musim panas dan dumbo (heater, sila klik untuk penerangan lanjut) tidak dipakai lagi, bersihkan sebelum anda simpan dumbo anda...Kenapa? Sebab ianya tuntutan agama... Apa kena-mengena gambar seterusnya dengan dumbo??? Tiada kena-mengena, heheh...
Kenapa membersihkan dumbo tuntutan agama??? Kalau tak dibersihkan, sisa2 minyak tanah dari musim sejuk tahun lepas boleh memerangkap kekotoran... Bila dah kotor biasalah, musim sejuk seterusnya pasti dumbo anda membuat rumah anda sejuk... Nauzubillah...
Untuk Dumbo Jenis Elektrik (Fan Heater)
1.Keluarkan tangki penyimpan minyak tanah dari dumbo.2. Keluarkan micro filter dan bersihkan.
3. Sedut minyak tanah dari tangki dalaman.
4. Lap bahagian memasukkan fuel cell (tong minyak tanah) dan mana2 yang patut.
5. Tuangkan isipadu lebihan minyak dari fuell cell kedalam bekas simpan minyak tanah sepatutnya...
6.Masukkan dalam beg plastik untuk mengelak habuk dan simpan.
7.Masak maggi perisa tomyam dan makan (step ini tak perlu).
dumbo jenis elektrik dikeluarkan tangkinya...
pandangan dalam bekas tangki... sedut minyak dari lubang dan bersihkan dalamnya...
alat penyedut minyak lebih dari musim sejuk lepas...
micro filter...
membersihkan luarnya dengan tisu...
Mudah??? Ya, memang mudah...
Untuk Dumbo Jenis Sumbu
1.Keluarkan tangki penyimpan minyak tanah dari dumbo.2. Sedut minyak tanah dari tangki dalaman.
3. Lap bahagian memasukkan fuel cell (tong minyak tanah) dan mana2 yang patut.
4.Pasangkannya supaya minyak pada sumbu habis terbakar.
5.Masukkan dalam beg plastik untuk mengelak habuk dan simpan.
6. Tuangkan isipadu lebihan minyak dari fuell cell kedalam bekas simpan minyak tanah sepatutnya...
7.Menyanyi lagu negaraku sambil berdiri tegak dan minum air segelas (step ini tak perlu)
dumbo jenis sumbu dibakar untuk menghabiskan lebihan minyak pada sumbu...
bekas menyimpan minyak tanah yang sepatutnya...
menuangkan minyak dari fuell cell kedalam bekas sepatutnya...
Mudah juga? Ya,memang mudah juga jadi amalkanlah...
-Jagalah kebersihan dumbo anda-
18 comments:
Ooo..pakai minyak tanah ka? Tak pakai hot water radiator?
anggerik merah,
i wish pakai hot water radiator...tapi apakan daya, benda tersebut tiada di Hamamatsu ini... inilah cara termurah dan agak busuk untuk memanaskan rumah di sini :)
Tuan Izhal,
Hang jangan jadik orang minyak lak..
APa mudah hang kata?
complicated lah!!! not my kinda thing.
So, here's the firework shots :)
Lovely fireworks!
Cemana plak heater boleh kena panggil dumbo eh.. ingatkan anak gajah disney tu je ;)
yazit,
tak jadi kot tuan... dah musim panas ni tak layan dah la dumbo...
mama sarah,
ok...
azlijamil,
it's practive shots for the upcoming Hamamatsu fireworks festival... this is one reason why i use manual, cant focus for this dark shots in auto mode :P
crymsonskye,
thanks... the sparklers are bought at 100 yen shops and are cheap, so are the fireworks...
dumbo anak gajah disney tu kat sini jadi alat pemanas rumah heheh... how? i dont know... does anyone?
izhal, oklah tu... at least dpt ler ilmu membersihkan heater :)... tp kat sini guna yg letrik jer so tak yah nak cuci2... lps winter terus masuk kotak/plastik bag :D
best ler blh main bunga api dgn "HALAL" di jopun sana....
hmmm mrasa la kann foto smua dah cantik skali.//
OOh...itu rupanya dumbo....
Complicated jer rasa...sini pakai central heating, setahun sekali ada org datang check sbb tuan rumah yus ni ada cover insurans dia punya central heater. Last year ada rosak sekali, nasib ada protection tu, tepon jer panggil, diorang betulkan...ok dah..tak payah bayar apa2. Kalau tak jenuh gak nak membayar. Credit tu my landlord...hehe.
great firework shots. care to share the techiques?
cun gila fireworks tu..
gamba ke 5 hebat pd mata saye le. nampak cam pokok tu turut blepas ke udara.(mercun pokok)..cantek cantek..
ella,
halal heheh... thats a good one... my brother is in australia now... tapi lupa pula dia pi belah mana... baru sampai semalam...
roland hashim,
arigato gozaimashita!!! tapi rasanyalah takleh nak lawan uolls punya gambar lagi...
kak lady,
ha ah, heater... kelakarkan nama dia...
yus,
central heating memang sedap... tapi kat sini tak ada apartment pakai central heating, jadi segala keperluan untuk memanaskan rumah mestilah dibuat sendiri...
ikelah,
thank you Dr. Azmi :D, if i remember my settings, i used fully manual including manual focus on the lens which was an 18-55mm. iso was turned down to 100 and shutter speed is 3.2 seconds... hmmm it maybe 8 seconds... i forget... f-number ws set to 4.0 or 5.6 i guess... for the bunga api, make the people holding it wave like crazy. for the mercun, after the fuse was lit, press the shutter and just wait...
simah,
seronok tu main mercun tu... heheh... malam tu siap turun student undergrads dan seorang collegue lagi... student2 international residents pun ramai jenguk... glamer you...
tukang tengok je,
terima kasih kerana sudi tengok dan puji :)
lamanya tak main bunga api!nanti kalau bawak balik Malaysia boleh kena tangkap ooohh....
7.Menyanyi lagu negaraku sambil berdiri tegak dan minum air segelas (step ini tak perlu)
hehehehe...
maklang,
undang2 yang tak berapa boleh saya terima... arak tak haram pula... hmmmm...
shu,
heheh... saja ja mana tau ada orang ikut step ni bulat2... boleh le kita gelakkan dia...
THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal abdul halin-
Post a Comment