Sunday, April 30, 2006

kengko shindang :)

Kenko Shindang dalam bahasa malaysia bermaksud pemeriksaan kesihatan... setahun sekali akan datanglah pegawai2 kesihatan untuk memantau kesihatan pelajar2 shizuoka universiti... bosan betul... kalau tahap kesihatan tak memuaskan, dalam masa 4 bulan selepas pemeriksaan pertama, anda akan dipanggil dan jika perlu buat pemeriksaan seterusnya...


borang yang perlu diisi sebelum mengadiri sessi kenko shindang sudah dibei berbulan-bulan awal dan juga botol plastik kecil untuk sampel sudah diberi... pagi itu saya bangun awal khas untuk melayan kerenah kenkgo shindang. sampel yang cukup saya isi dalam botol dari rumah lagi...


borang dan sampel saya...

penyerahan borang dan sampel...

macam biasa, rakan2 korea dan cina serta sahabat malaysia dan diri sendiri ini berjalan ke belakang shokudoo (kantin) sekolah kami dan mendapati bas kengko shindang sudah tersergam disitu... dalam bas ini ada alat2 x-ray...


bas x-ray dan dalam bas x-ray... heran operator x-ray tengok saya snap gambar...

bila sampai saja di tempat nak buat check up, semuanya berjalan dengan pantas... serahkan borang dan terus masuk dalam bas untuk x-ray...


head missi shizuoka universiti...

kemudian keluar bas dan masuk dewan untuk ukur tinggi dan berat... OK Alhamdulillah selamat... kali ini body mass index saya 2%, 1% lebih dari normal (22%-25%)... patutlah seluar ketat... lepas itu blood pressure... time ni bateri kamera saya sudah habis jadi takdak gambar... Alhamdulillah blood pressure sayanormal... selepas itu jumpa doktor untuk cek dada... nasib baik dr yang berbau rokok kuat itu pandai berbahsa inggeris...


kawan sedang timbang dan ukur tinggi...

akhir sekali ambil darah... lemah sungguh... ada dua orang nurse yang jaga stesen sedut darah pagia itu, satu tua dan satu muda serta comel... bila tiba masa saya, saya dapat yang muda dan comel... tak kesah semua itu, yang kesah saya dah seram nak ambil darah... nasib baik En. Suhaidi yang memang hebat membaca dan menulis dalam bahasa jepun sempat memberitahu saya yang sign board yang didirikan di hadapat stesen ambil darah memberitahu " kalau tak mo ambil darah, ok"... heheh... terus saya bagi tahu missi tersebut, dia pon heran dan berlari2 mencari bossnya dan kembali memberitahu saya yang tak payah ambil darah... heheh... tahun lepas dah ambil dan saya bagi tahu mereka, ambil satu tube sahaja... mereka kata OK... tapi mereka ambil dua juga... hish... dari ujian tahun lepas, cholesterol saya tinggi sedikit... hmmmm... yang lain Alhamdulillah normal :)

-semoga semuanya sihat, AMIN-

Friday, April 28, 2006

Rancangan Pak Cik Juling :D

Rancangan televisyen tengah hari pukul 12 kegemaran kami di Hamamatsu setiap hari minggu adalah ITOMO... ianya rancangan cakap2 yang diacara oleh seorang pakcik tua yang saya tak tahu namanya... mungkin namanya itomo... entah...


pak cik host...

saya rasa mata pak cik host ni juling. dia tak pernah tanggal spek mata hitam yang dia pakai... dah jadi trade mark dia... kalau tak silap saya dia dibayar 1juta yen setiap rancangan... hmmmm... lebih kurang RM30,000 setiap rancangan...


peminat dari Hamamatsu bergambar dengan pak cik host...

Ramai artis2 tetap jepun seperti ahli kumpulan SMAP memeriahkan rancangan ini. Dua tukang angkat prop berbangsa orang putih muda dan boleh berbahasa jepun digunakan untuk mengalih2kan barang atas pentas. kadang2 mereka dibenarkan bercakap sepatah dua kata... di pembukaan rancangan mereka berdua (seorang dari rusia dan seorang dari amerika) akan menari ala-ala beruk bagi menandakan sudah bermula rancangan pakcik juling... Biasanya di awal rancangan ramailah rakyat negara jepun yang berkebolehan pelik2 seperti melipatkan kaki ke bahu akan bertanding sesama sendiri dalam rancangan ini. Siapa menang dapat hadiah...


artis tetap, Shingo dari kumpulan SMAP...

adik comel yang boleh buat aksi manja...

Selepas itu Pak Cik host akan menemubual tetamu khas. Kali ini Cik Megumi yang jelita... Sekali dalam bulan biru akan datang artis amerika untuk mempromosikan hasil mereka speperti wayang baru atau album baru, tapi hanya diberi masa 5 minit dan biasanya mereka diperbodoh2kan oleh pak cik host tua tersebut. nampak mereka marah tapi tahan sajalah... diakhir sesi memperbodohkan artis holywood, artis tersebut hanya sempat tunjuk poster album atau wayang terbaru mereka... antara artis yang pernah diperbodohkan dalam rancangan ini adalah tom cruise dan kumpulan destiny's child... Macam tu sekali jepun punya hebat, sampai artis holywood pon mereka buat badut saja... apa nak buat, market jepun besar, dabut pon badutlah... kalau tak nak jadi badut, datanglah malaysia, ramai orang akan agung2kan mereka, betul tak???


cik megumi ditemubual...

pak cik juling yang kaya dan wanita terseksi di jepun...

Diakhir rancangan, semua artis2 jepun akan bermain satu permainan dalam masa yang ditetapkan. permainannya sama setiap kali. contohnya permainan memecahkan belon atau membawa bola celah kangkang... tapi mereka cuba pecah rekod dalam rancangan hari sebelumnya... pada akhir rancangan, saya dengan tersenih dan bersemangat itomo akan berangkat ke sekolah...

-Alhamdulillah dapat update...-

Thursday, April 27, 2006

Watashi no Suruga Ginko

Antara tempat seronok dikunjungi di Hamamatsu adalah bank... heheh... Bank dalam bahasa jepun adalah GINKO... bank saya namanya Suruga Ginko dan terletak lebih kurang satu batang rokok dari shizuoka universiti kalau jalan kaki dan setengah batang rokok jika kita naik basikal... Alhamdulillah dekat...


suruga ginko...

Tempat ini seronok kita lawat sebab layanan amat baik walaupun kita mahu keluarkan wang sebanyak 100yen... Mula kita melangkah masuk dengan jeans koyak, berambut panjang dan berbaju kotak2 ala cikanoz jahat, terus mereka sambut dengan sebutan IRASHAI MASE beramai2... maknanya selamat datang... pi kedai mana2 pon biasanya depa sambut macam ni... boleh dikatakan semua pekerja bank akan menyebutnya dengan serentak bila kita melangkah masuk...


ATM dalam suruga ginko...

Dalam Suruga Ginko pula ada seorang teller entah apa namanya yang kecik molek dan comel... Biasanya dia melayan saya dengan menggunakan bahasa inggeris ala ala hamamatsu... Tapi kali ini dia bantai cakap jepun mungkin kerana dia fikir saya dah fasih sehingga boleh berbalas pantun dalam bahasa jepun... silap sungguh sangkaannya...


booth for the boss...

pekerja suruga ginko yang kirei (cun dalam bahasa jepun)...

Macam biasa dia akan bertanya apa tujuan saya mengunjungi bank. Tanpa kata apa2 saya sengih dan tunjuk bank draft dari bank bumiputra cawangan UPM. seperti biasa dia akan berlari2 memanggil mak cik pakar bank draft untuk membantu saya... juga macam biasa saya diminta duduk di kerusi bos sambil menunggu... sekejap kemudian berlari2lah datang makcik pakar bank draft dengan segala borang dan penerangan panjang lebarnya...kalau saya silap isi, mak cik bank draft akan pura2 terkejut dan berlari2 kebelakang bank untuk ambil borang baru... diberinya saya borang baru sambil senyum... :)


sementara cikano baik menunggu borang baru :)

Keadaan di bank sini sama sahaja macam di Malaysia... Ada ATM, ada kamera banyak, ada TV... Satu saja yang takdak... Takdak pak guard... hmmmm... selamat sangat agaknya Hamamatsu ni sampai pak guard takdak dalam bank... Kalau Suruga Ginko dengan pekerja baik dan teller comel serta layanan ala boss di buka di Malaysia, sayurlah BSN semua... Janji mereka pasang pak guard benggali untuk keselamatan...

-anda suka ke bank?-

Wednesday, April 26, 2006

Ahli termuda Hamamatsu-Now :)

Today we went back to Hamamatsu Iryou Center... As usual its clean, spick and span, berkilat berkilau sana sini... We wanted to meet somebody new inHamamatsu that didnt arrive by plane, car nor shinkansen... The new young people in Hamamatsu arrive directly on the 5th floor of the Hamamatsu Iryou Center, by the best technology ever, magic... heheh...


hamamatsu iryou center building and dispensary...

ATM and kid with one shoe, latest craze in Japan...


ubat dulu-dulu or rempah ratus, not sure but on display...

We were here to visit Sofia Adana binti Suhaidi... Yup, the new born to Mr. Suhaidi and Pn. Azlina... She's the newest member of Hamamatsu-Now!!! But she doesnt know it yet... Hidungnya mancung bak seludang... Bulu matanya lebat dan menjadi bahan perbualan misi-misi di sini... Very cute little baby girl... Pipi lembut mengalahkan sponge... Mukanya no worries...


Sofia Adana binti Suhaidie... welcome to Hamamatsu...

En. Suhaidi Shafie and Puan. Azlina... New Parents :)

She was born yesterday, 24 April 2006 around 4pm I guess... Funny thing is had she been born a day earlier, she would have shared her birthday with her mother!!! Usually before an expecting mother i know goes into labour, she would be at the bowling alley... Yesterday when Puan Azlina was in the labour room, she talked to Puan Fara to get some info on what to expect... If she talked to me, I'd just say, expect to get a baby :) But thats just me, I was never there when my two heros were born...


maternity hall... pink doors are ward rooms...

Checkout the room Sofia got... One nice flat screen plasma TV with DVD player... Makes you want to live in this hospital... Personal bathroom and toilet... Electric reclining bed... Big window with a nice view... A small snack bar with sink... Man, this is a governemnt hospital? Must be a very efficient and clean government that could maintain a hospital like this...


plasma tv, dvd and big window to help you get well ASAP...

the bed, the Tok Mak and the snack bar...

views in Sofia's first room...

Mr. Suhaidi must have spent a fortune to get this room and superb glen-eagle like treatment... No he didnt, you read that right... Once a new member of Hamamatsu-Now gives birth, its free... Not because Hamamatsu-Now is an exclusive hi-society club or anything but because the gomen actually gives incentives to couples having babies... This is due to Japans population growth decline, so they're boosting it up... The superb treatment, actually you get superb treatment anywhere in Hamamatsu, even if you cant speak Japanese...


5th floor, maternity ward... place to welcome new Hamamatsu-Now young members :)

Izz Farish was also born here, but because the single ward was full, he finally settled in the 4 room ward which is quite good too... Izz Farish was talking a lot in the hospital, maybe he recognizes that he had been here before :)

-Tahniah Tuan Suhaidi!!!-

Tuesday, April 25, 2006

water ROCKET SCIENTISTS in Hamamatsu...

Harini pi lab seronok... Main dengan hi-speed image sensor yang kawan saya buat di makmal... chip yang dibuat oleh merka boleh mengambil 2000 keping gambar resolusi 512X512 dalam masa 1 saat...lajuuu tuuu... Ambil movie pendek roket air saya, tukang launch adalah tuan guru yang kelihatan sungguh gembira kerana image sensor anak muridnya menjadi :)


shooting day... pelakon belum sampai ke???

permainan hari ini, 2000fps CMOS image sensor...

cik ito melancarkan roket...

aksi-aksi Prof. Dr. Shoji Kawahito... tuan guru...

Tak sangka water roket yang saya buat untuk Faiq dan Izz Farish akan digunakan untuk ujikaji hi speed image sensor. Akan sampai ke hawaii punya conference video roket saya... Alhamdulillah... sure tercengang depa dalam hula-hula skirt tengok roket air dari Hamamatsu... Gambar2 hi speed lab kami hitam putih sahaja sebab sensor kami tak bubuh RGB filter warna...


open nozzle water rocket...

closeup launch sequence roket anak2 saya...

jarak jauh...

Juga kami ambil gambar belun meletup... Tak sangka pula saya punya handphne pun berjaya merakamkan detik2 belun air meletup... Di Hamamatsu macam2 gambar boleh diambil sebab kami di sini tukang buat chip kamera :)


en. wakamori juniour meletupkan belun air... gambar handphone...

en. park dengan lawak belon :)


ala... meletup la pula...

Hari yang berbahagia bagi En. Suhaidi dan Puan Lynn... Alhamdulillah mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, ahli baru Hamamatsu-Now... Esok lepas pi melawat Insya-Allah saya snap2 sikit gambarnya untuk anda semua ya...

-siapakah Sofia???-