Dah 49 tahun merdeka, Alhamdulillah... La ni saya pula di salah sebuah negara bekas penjajah kita yang paling kejam. Laporan dari sini, mereka sudah tidak kejam tapi masih gila hendak menjajah... heheh... Mereka menjajah cara termoden di dunia, melalui perniagaan dan percambahan budaya sehingga amerika pun tunduk kepada kuasa ekonomi mereka, makan makanan tak sedap dan mentah mereka dan belajar bercakap bahasa mereka... Kalau tuan-tuan dan puan-puan tak percaya depa menjajah cara termoden, petang ni pergilah ke KLIA... kenapa ada tulisan dan announcement bahasa jepun di lapangan terbang malaysia neee??? heheh... di KL Central pun ada tulisan jepun neee... Hakikatnya, kita dipaksa cara baik (baca sebagai moden) untuk meletak bahasa asing ni sebab kita hutang berbilion2 untuk buat lapangan terbang dan jalan raya... :D Lambat laun semua orang layan pakai kimono le lepas ni heheh... Anda dah beli kimono??? Tak payah, takkan dua kali kita nak kena jajah neee...
Merdeka ni cantik cam belon buih budak-budak kannn... Jaga macamana pun satu hari habis, lepas tu tiuplah semangat yang baru pula, merdeka la balik... amerika la ni dah tak merdeka... dah kena tawan cara halus dek israel... lepas tu kena kaut juga dengan jepun... perasan tak columbia pictures dah dibeli dek sony pictures... heheh... hmmmmm... syarikat toyota dah ada base besar kat california dan tok guru saya sengeh2 saja haritu masa kami kesana sebentar... heheh... inilah cara menjajah yang baik dan patut dicontohi dek orang yang suka menjajah... cara berperang dan menakluk sudah tak boleh pakai... sebelum saya lupa, negara yang memang sentiasa merdeka dari dulu senang saja nak cam, depa takkan bangga punyalah dengan bahasa, gaya hidup mahupun bangsa lain :) tengok saja jiran siam kita kalau tak mau tengok jepun... Ada betul ka ini orang merapu cakap??? tak betul pun tak palah, kalau ada masa teruskan baca cerita dibawah... terima kasih neee...
Okay, hari merdeka ni saya ingin bercerita tentang tandas rumah2 di Hamamatsu masa kini... saya rasalah, tandasnya memang lain dari negara lain kecuali di kampung2 di Malaysia... Kampung nenek saya di Bagan Datoh, Perak ikut style sini... Tapi saya rasa depa waktu menjajah dulu dapat idea dari nenek sayalah... Okay, berbalik kepada tandas... Tempat mandi, gosok gigi dan buang airnya berbeza tapi dalam kawasan yang sama... kita panggil kawasan ini bilik air neeee...
Sebagai contoh, bila anda masuk ke bilik air, anda akan disambut dengan bilik berus gigi dan mencukur janggut... Kalau rumah perempuan modern, mungkin bilik ini digunakan sebagai bilik mencabut kening... Dalam bilik ini ada sinki yang besar dan cermin muka... Bawah sinki pula ada kebinet untuk simpan barang2 seperti sabun basuh kereta, sabun basuh pinggan dan sabun mandi...
lubang untuk wayar mesin basuh...
punat air panas dan timer ofuro... boleh bercakap-cakap benda ni...
Di sebelah kanan bilik berus gigi ini pula adalah bilik mandi. Inilah bilik yang orang2 jepun guna untuk mandi dan simpan mesin basuh. Biasanya ada OFURO (bath tub) sebab orang2 Hamamatsu suka berendam sambil rileks2 didalamnya. Adatnya, mandi bersih2 dulu baru masuk berendam. Lepas berendam biarkan air untuk orang seterusnya pula... Ada juga timer supaya air panas boleh mengisi Ofuro ini beberapa minit sebelum orang nak masuk atau sebelum tuan rumah pulang... Timer ini pula pandai berkata-kata macam burung parrot...
pintu tandas pula... pandangan dari bilik mandi...
untuk tetmau jepun beristinjak...
bilik berangan... kecil, comel dan bersih...
nampak tempat refill air di sebelah atas???
Kalau anda keluar dari bilik mandi, anda akan sampai ke bilik berus gigi tadi kannn??? Di sebelah kirinya pula adalah bilik buang air... Di sini kita boleh berangan... Oh ya, tandasnya pula bila diflush, airnya akan diisi semula dari atas menerusi sinki kecil, bukan tersorok didalam tangki pengisi... mungkin untuk mencuci tangan... Oh ya, dalam bilik ini tiada pili... Jadi samada guna tisu atau bawak baldi masuk yaaa... Tapi rumah orang2 kaya ada bidet sebab orang jepun la ni dah tahu kepentingan beristinjak dengan air melalui kajian saintifik... Bila musim sejuk, kenalah bawak dumbo atau fan heater ke sini, sebab kalau tak, bekulah segala-galanya... Kesimpulannya, kalau sayangkan negara dan ingin terus merdeka, janganlah kita lalai, kalau tidak negara boleh flush saja dalam tandas jepun ni... neeee...
-Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 49 :)-