Melayu, lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa, berbudaya tinggi... Ada yang kulitnya cerah dan ada yang berkulit menawan seperti aku ini... Lelakinya kacak... Ada yang tegap dan ada yang kurus, ada pula yang gendut tapi semuanya cantik, ciptaan Allah swt... Perempuan Melayu, wow... Pinggangnya ramping, dadanya bidang, rambutnya ikal mayang mengurai... Laki-laki dan perempuan Melayu, ada yang suka duduk bercerita seolah-olah tanpa makna tapi cerita mereka membuat pemikiran terbuka... Makanan si Melayu pula tiada tolok bandingannya... Enak sahaja walau di mana berada... Bangsa Melayu tak pernah hendak menjajah, hatinya baik dan mulia... Pekerja Melayu yang pangkatnya rendah, sederhana dan tinggi etika kerjanya tinggi...
Aku anak nelayan, wahai anak menteri...
Bapak aku tersilap pasang jala...
Bapak aku mengaku kesilapannya,
Hari ini keluargaku kurang rezeki,
Bapak aku mengaku silap... kepada orang menunggu di tepi pantai...
Bapak aku tersilap pasang jala...
Bapak aku mengaku kesilapannya,
Hari ini keluargaku kurang rezeki,
Bapak aku mengaku silap... kepada orang menunggu di tepi pantai...
Aku anak pegawai, wahai anak menteri...
Bapak aku tersilap,
Menaip minit mesyuarat...
Mesyuarat melarat panjang sebab bapak aku tersilap...
Bapak aku megaku silap... depan ketua dia...
Warna diraja Melayu...
Aku anak Pensyarah, wahai anak menteri...
Bapak aku tersilap,
Menaip minit mesyuarat...
Mesyuarat melarat panjang sebab bapak aku tersilap...
Bapak aku megaku silap... depan ketua dia...
Warna diraja Melayu...
Aku anak Pensyarah, wahai anak menteri...
Bapak aku tersilap,
Tanda kertas peperiksaan...
Kepada anak muridnya, dia mengaku salah...
Bapak aku mengaku silap... kepada yang rendah...
Budaya Jepun...
Tanda kertas peperiksaan...
Kepada anak muridnya, dia mengaku salah...
Bapak aku mengaku silap... kepada yang rendah...
Budaya Jepun...
Wahai anak menteri, bapak kau memang bagus...
Jalan retak, tenggelam,
Air busuk, minyak naik harga...
Bapak kami yang mengaku salah... Bapak kamu tak pernah salah...
Bapak kamu tak pernah buat salah, hebat sungguh bapak kamu anak menteri...
Apa rahsianya???
Jalan retak, tenggelam,
Air busuk, minyak naik harga...
Bapak kami yang mengaku salah... Bapak kamu tak pernah salah...
Bapak kamu tak pernah buat salah, hebat sungguh bapak kamu anak menteri...
Apa rahsianya???
Ya-Allah, cerahkan masa depan budak ini juga, amin...
Jangan dikecam bangsa ku ini. Jangan cuba menipu bangsaku ini. Hari-hari dipelecehkan, Melayu Mudah Lupa, Melayu Tak Mengenang Budi, Melayu Malas... Melayu mana satu kamu cakap macam ni? Kenapa menipu? Nak mengelak dari apa? Mengelak dari mengaku? Kalau kamu nak sangat tahu, tiada seorang pun Melayu pernah aku jumpa macam mana dituduh begini...
Ya-Allah cerahkan masa depan semua budak2, amin...
Jangan kutuk Melayu, hi-lite dan puji setiap hari...
18 comments:
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Tompang lalu Izhal.
Waaah Yazit, teringat balik jaman 85-han. Refresher course balik Malaya...
Apa akan jadi pada anak-anak kita masa depan..
Bila nafsu bertakhta dihati
wang dan ringgit menghantui diri
kasihkan bangsa dipandang sepi
padah mendatang rugi sendiri
Pantun untuk Izhal,
Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati
Honestly, I see no relationship between rambut panjang and berani mati ??
But, very nice choice of photos for this posting :)
wah, terharu saya baca coretan kali ini. lantas diilhamkan untuk menulis tentang sesuatu, melayu juga .. *tabik hormat utk bakal doktor izhal*
oh ya, takda kaitan antara rambut panjang dan keberanian untuk mati .. kenapa buat pantun macam tu?
pantun puteri gunung ledang yg masih lekat di kepala selepas menonton:
layar berbelok-belok
sauh dibongkar di tempat tenang
yang pergi hati tak elok
yang tinggal hati tak senang
:))
itu pantun pahlawan la...
Pendekar2 dulu rambut panjang macam abang Iz
Abang Iz kira pendekar melayu berjuang di tanah Jepun
bukan maksudnya berjuang sampai mati tapi berjuang habis-habisan yang mana dalam kes Pendekar Iz berjuang dalam ilmu
Selamat Berjaya
"Tak Melayu Hilang Di Dunia"
yazit:teringat zaman saya sekitar 80an masa kat mrsm dulu. ni le lagu favorite.
izhal:ehh..panjang rambut. pakai syampu apa?
mudah-mudahan, anak u mesti dimurahkan rezeki cam ayahnya ;-)
うまくいけば, たぶん
abg iz..air busuk tuh, sampai kepong tau..kita org satu rumah mula2 dok jirus2 kat bilik air...igt apa la bilik air nih busuk...rupanya2 air tu yg busuk..
masa mandi pon cam tuh.apsal ketiak busuk sgt nih, kaki busuk sgt nih, kepala busuk sgt nih..
rupanya2 mandi ngan air tahi...;'(
Yazit,
Malam cerah sebab kunang2
Pagi gelap sebab mata tak bukak lagi
Memang rambut hamba panjang
Kalau mati macamana anak isteri
JoKontan,
Silakan tuan, yazit tu memang seorang yang banyak namanya dan hatinya sungguh deep...
easylady,
sedap tu. suspen kan hidup la ni...
azli,
I thought of putting the flower pictures in fotopages...
noynya,
puteri gunung leang tu orang jawa you... kerja keras punya bangsa... tu yang pantun ada unsur kapal layar kot... thanks for the kind words, made my night...
Nurul Bahiyah Baharudin,
Jap pi toilet checking jap... Herb Blend...
Tau tak nama arwah tok pompuan saya Sharifah Bahiyah... Bahiyah tu nama memang sedap...
Kent,
Amin... Tapi apa maksud tulisan hiragana tu??? pandai tuan tulis hiragana yea... sure pernah dok jepun ni... keyboard tuan keyboard jepun ke???
Saya tak reti langsung, kanji lagi outlah... Cakap jepun pun out habis... Akibat selalu ponteng kelas Nihon-go...
Mas,
sampai bila air tu nak busuk??? habis tu camna nak pakai air mandi? empangan mana buat tahi ni? bangi kena ke??? tadah hujanla... kim salam kat mak ngan ayah...
Izhal,
Aku anak guru...
Dan bapak aku masih tertanya-tanya...
Di mana silap guru mengajar, hingga murid jadi kurang ajar...
Adeh..adeh... sori ek, kepala 'fenin' sket malam ni, tu yang merapu tu hehehe
Yazit - teringat BTN la. Lagu tu kalau dihayati, bisa gugur si air mata...
Jie,
Tak salah guru, tak semua anak murid kurang hajar, ada yang baik je... salah setan...
aik..bertuan-tuan pulak ;-) adalah belajar sikit2..saya belajar sewaktu mengajikan kat sains kedah dulu..bahasa arab pun tahu sikit2
Quote M. Nasir-
Anak-anak kitakah yang berlari terlanjang dibawah mentari sumbing, sambil menyanyi lagu ketakutan hari-hari ini...
Anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita?
Fikir- selamatkah kita di tangan ahli politik itu...
Fikir - selamatkah kita di tangan blogger-blogger itu...
heh heh heh.
hahha..sama cam psych tuh..lagu anak2 kita..best lagu tuh ;)
suhaimi,
tu la pasal, lirik cam syok je, tapi saya ni belum pernah dengaq lagu M. Nasir yang tu laaa... nak download kat internet tak jumpak cari lagu2 camtu... nak beli sory la, mahal... hidup cetak rompak!!!
suhaimi, tu la macam sedap je lagu tu... tapi tak pernah dengaq lagi,nak download kat internet tak buat lagi... HIDUP CETAK ROMPAK!!!
Post a Comment