Alhamdulillah dah habis tulis sepucuk paper lagi... Saya ada habit bila dah habis sesuatu kerja mesti nak ambil gambar hasilnya... Esok kalau panjang umur dah tua, boleh tengok gambar2 ini balik... Walaupun nama penulis pertama adalah nama tuan guru saya, penulisan ini 100% saya buat dan akan dia betulkan. Nama-nama lain itu adalah ahli kumpulan saya yang sama-sama membangunkan kerja ini dan ada juga memberi data untuk saya muatkan dalam kertas ini. Walaupun saya tak dapat credit sebagai 1st author, namun begitu, saya amat berpuas hati kerana tuan guru sanggup saya menulis sesuatu dengan menggunakan namanya. Kertas ini ada banyak gambar2 cantik dalamnya. Kertas ini harus dihantar ke reviewer dulu dan kalau lepas, paper ni depa publish hujung tahun depan... Lama sangat tu. Tak sabarlah nak dipublishkan jadi saya publish kat sini sajalah dulu, ramai sikit reviewer...
Kertas ini berkenaan suatu benda dalam digital video camera yang bernama pixel (picture element). Pixel ni boleh kira jarak sesuatu objek dalam gambar pada kadar keluaran gambar video. Bila dah beratus ribu pixel bekerja dengan prinsip yang sama dan serentak, bolehlah buat videocam 3d... Sebenarnya pixel ni tidak mengira jarak, tapi ia bahagikan electron yang terhasil dalam dirinya kepada dua kumpulan. Elektron(benda ghaib yang tak pernah saya nampak tapi percaya ianya wujud) ini dibahagikan mengikut masa ketibaan cahaya ke atas pixel tersebut. Iyelah, bila cahaya hentam pixel, maka terhasillah electron. Masa ketibaan dari mana? Masa ketibaan dari objeck2 dalam gambar. Dengan mengetahui jumlah elektron dalam dua kumpulan tersebut, bolehlah kita tahu masa ketibaan cahaya tersebut. Akhirnya dengan mengkalikan masa tersebut dengan menggunakan kelajuan cahaya (3,0000000m/s) dan dibahagi dua, tahulah kita jarak object dalam gambar kita...
Inilah kali pertama saya menulis tentang kerja saya dalam bahasa melayu sebab takutlah ada orang jepun ke mat saleh ke orang kompeni sharp ke terserempak dengan apa yang tertera kat sini dalam bahasa yang dia faham. Tentu saya susah. Pixel ini masih separa confidential. Ha ah, separa sahaja confidential pasal dah saya gembar-gemburkan benda ini di negara yang presidennya bodoh akhir tahun lepas. Inilah sambungannya. Sebenarnya video kamera jarak/video kamera 3d ini sharp berhajat nak commercialkan sedikit masa lagi... Namun begitu, saya sendiri mungkin tak mampu membelinya, lagipun nak buat apa...
Kalaulah 'blog entry' ni pon boleh dikira sebagai publication, alangkah seronoknya...
12 comments:
Aik? Kenapa pulak tak boleh dikira sebagai publication? Bila dah published dalam journal tu, kira satu publication la tu!
Agree with Juwaidah :)
kamera tu, kalau ambik shot, gambar boleh nampak transparent tak? sure best boleh nampak tulang tulang semua. kot kot ada sembunyi pistol dalam poket.
Juwaidah and Azli,
Artikel tu maksudnya Blog Entry kali ni... I've changed that senstense fot the both of you. Now you both have to agree with me... hahahahahaha
bila izhal-kun nak habis tu? balik msia i nak tengok faiq and farish :) Puan fara ada blog tak?
Teruslah berusaha....semuga impian jadi kenyataan...
Teruslah berusaha....semuga impian jadi kenyataan...
izhal... ok lah tu confirm dah ada paper tu cuma kena tunggguuuuuuuuu nak di publish... tu ler sketnya lama nak kena tunggguuuuuuuuu kan...
Assalamualaikum.
Bro Izhal!Many thanks for your time and comments kat fp.Rajen² lagi singgahlaa teratak tak seberapa kami tu eh?Farah kat Mesia,whereby MSO kat Gunma. (Jauh dari your place ke eh?) If we ever got the chance to come by,inshaAllah will not hesitate to give you a call :)
Dr.Bahiyah,
Tak bolehlah. Tak derekabentuk untuk kerja macam tu. Kalau nak image sensor macam tu kita kena bubuh satu ballast membrane depan image sensor dan tembak subject pakai x-ray. Kalo nak tengok tulang dan tengok pistol kenalah pulak pakai pixel berbeza pasal kedalaman x-ray tembus semikontor pixxel ni lain mengikut komposisi bahan2 semikonduktor dalam pixel. tapi dont quote me on that, dulu pernah TERbaca saja...
izhal,
thanks again dude for the repairs...
tsukamoto-san
Insya-Allah bulan 9 or 10 tahun ni. Inilah blog dia dulu, tapi tak jalan pon so I took overlah... hehehe...
Maklang,
Arigato ne...
Ella,
American journals memang take a long time to publish. Semua orang jepun pon cakap. I had better experience with Japanese journals, dalam masa 7 bulan siap publish tapi special issuelah. The normal issues pon i heard laju juga. University journal sini pon i had good experience. Conference proceedings semuanya good experience pasal iyelah, depa nak publish sebelum conference time mula... As for Malaysia, I heard that SIRIM is a good place to publish, depa kata 6 month from submission dah boleh publish but I dont know for sure... UPM journal pon saya nak trylah... Another place to publish in our region is Thailand...
MSO&Fara,
Gunma ni pernah dengar ni... Mesti singgah punya, I'm an FP freak... ok, take care, keep in touch ye...
Semua pembaca, TERIMA KASIH menyinggah di sini...
-the management of Hamamatsu Now-
zhal,
thanks again dude for the repairs...
Had to come back to this and highlighted the above coz I thought it's so funny :)
Azli,
No problem, to me blogging is also like writing papers heheh...
Post a Comment