Saturday, March 04, 2006

Mari ke klinik gigi Hamamatsu!!!

Dah hari Jumaat rupanya, another appointment with the dentist. Appointment pukul 2.15pm tapi saya buat selamber kali ni. Pukul 2.30pm baru bertolak dari rumah. Bukan apa, haritu ada appointment pukul 11am, kita pun pukul 11am dah terpacak, ternganga luas mulut untuk doktor gigi tapi pukul 12pm baru dapat jumpa dia... Not this time baby... Sebelum appointment, macam biasa gosok gigi cukup2 dan kumur pakai clorox, acah aje, pakai listerine...


dental clinic...

Sampai2 klinik macam biasalah register semua cukup. Ada dua pakcik jepun menunggu turn. Saya pun bacalah majalah apa yang ada. Silap, bukan baca pasal di jepun ni saya tergolong dalam golongan buta huruf. Saya tengoklah majalah apa yang ada. Sat lagi pak cik 1st masuk dan tinggallah saya dengan sorang lagi pak cik. Sebagai ganti, ada 2 makcik dan 1 pakcik pulak datang untuk memanaskan kerusi bilik menunggu tu. Pak cik baru ni sama macam saya, ambil majalah dan tenung gambar je, dari pemerhatian sayalah. Tapi nak kata buta huruf tak boleh, pasal dia pakai spek membaca yang kecik dia punya frame tu...


registration desk dan rak majalah...

"Izhal-san irashai imasuka? (En. Izhal ada disinikah?)" tanya nurse tu. "Hait, watashi desu (Iye, sayalah tu)" jawab saya. Gempak habislah tu bahasa jepun yang saya boleh cakap... Mengangalah saya untuk masa yang agak lama sambil doktor tu tukar temporary filling minggu lepas ke permanent filling. Sakit mulut sebab menganga. Sat lagi doktor pi mana entah, saya pun keluarkan hanphone (MUPA), dan snap gambar sendiri sebelum dia datang balik...Depa ni mengaku negara maju, pi dentist kena menganga jugak macam kat negara2 lain. Sepatutnya buatlah nano-bot (robot halus2 sebesar kuman kot), masukkan dalam ayaq suruh saya kemam dan nano-bot tu cari lubang dan tampal. Tak payah nak menganga macam buaya bersantai...


dalam dental klinik dan gigi sebelum jumpa dentist...

tak sempat nak setting gambar lawa pasal menggelabah atas kerusi dentist...

gigi selepas jumpa dentist... Alhamdulillah selamat...

Settle semua saya pi buat groceries sikit kat big fuji dan lepas tu isi minyak tanah untuk panaskan rumah... Perut lapar habis pasal sebelum jumpa doktor gigi saya tak makan sebab tak mau mulut busuk...


binatang laut apa ni??? kita makan dia ke, dia makan kita???

some groceries i did on my own!!! fuyo, berdikari kali ni... Puan Fara lepak rumah...

Shell tempat jual miinyak tanah...

dah nak sampai rumah, tu dental clinik dekat rumah...

Dekat rumah pun sebenarnya ada dental klinik tapi haritu test pi dia tutup. Lagipon dah selesa dengan dentist lama ni... Sampai rumah saya pun testing tampalan baru dengan memakan sushi sikit yang diebli waktu buat grocery tadi tu. Powerlah dentistku itu, menjadi lagi tampakannya... Alhamdulillah...

Dental nano-bots, good idea or bad???

7 comments:

Cik Fatima Syams said...

taste spek tuh uols.. post kan satu voley??

Anonymous said...

mana gambar nurse?

Anonymous said...

bro..gigi sakit jea nnih?? kasik cabut jea laa..keke :D

bro..tak paham ngan gambaq cekya tuh..dia punya lagi cantik eh?? nih yang jeles nih :P

Anonymous said...

This is a very enjoyable blog :) Laughed a few times. I went to a dentist too a few days ago. Filling came out and for the first time had the white filling in. If I open my mouth, dalam look like Jaws (the one from James Bond movie)
ps: All monk shots were candid. #2, I came down the stairs at this wat, saw him, shot (thank god for auto focus), then moved on.
Just emailed pic of rally. A lot of people were there.
Have fun :)

munirah hayati said...

dental nano-bots = scary idea. kang kalau terbatuk ke apa, dah masuk dalam perut.. hehe.. Who brushed off my clove oil suggestion the other day?? do you know i am a chocolate and candy and all things sweet food-junkie, but i have never had to go see the dentist ... The last time i had problems with my molars was 10 years ago, and masa tu pun the dentist complimented that i don't have the dreaded plaques :D
the secret is, to always floss. and brush your teeth everytime b4 solat. sakit sikit2 tu, the cloves helped. alhamdulillah.. hopefully tak payah la jumpa dentist forever and ever, hehehe..

-tsukamoto tenma-

Anonymous said...

Dental Nano-bots GOOD, Dental Patient tertelan nano-bots BAD!

Nganga mulut untuk tampal gigi, sat je tu. Aku puas nganga masa pakai braces time sekolah dulu.... uih rasa nak tertanggal rahang :-)

Izhal said...

Mr. Roland,
Thank you uols, glad uols luv it. kay ell bukan ada design lagi cun melecun ke uols??? Yang saya pakau ittew, Puan Fara punyalah uolss...

Mr. Yazit,
Takkan hamba lupakan gambar nurse untuk tatapan tuan hamba. Besarkan gambar "resgitration desk dan rak majalah". Tuan akan nampak seorang makcik tua, theres your nurse... :)

Mr. Suhaimi,
Tu la pasal, saya tak pandai jaga gigi. Gambar Cekya dan gambar tuan masing2 ada kelebihannya. Jambatan tu saya suka tuan punya lebih (jangan habaq cekya nooo) pasal tuan punya ada 2 version. Boleh saya pilih mana satu saya suka, yang reflection clear tuuu...

Mr. Azli,
I also got the white filling. Did you go once or twice? I had to go two times, maybe because the dentists just loves to see my teeth...

Mz. Nyonya,
Ah, you have nothing to fear about the nano-bots then. Eventhough if you were to swallow these nano-bots, they would deactivate and safely exit your body the next time you go to answer natures call. Patutlah you're ideas are so good, you brush a lot... Seriously I heard somewhere according to Islam, bersugi makes you smart. Cannot make any direct quotations from our Prohet SAW or any sahabats because I cant remember. I guess the act of brushing somehow stimulates your brain cells.

Mz. Jie,
Telan takpe, sat ni dia keluar balik bila Jie ke tandas...
Kali ni nganga lama Jie, rasa macam baru habis kena boxing ngan mike tyson lepas tu... Tapi nothing compared to your experience wearing and maintaining braces la... Nano-bots untuk braces entahle camno nak design...

Terima kasih semua atas komen2 anda sekalian :) Kalau ada masa silalah datang lagi... Pintu kami di Hamamatsu sentiasa terbuka...