Wednesday, March 29, 2006

Research Institute of Electronics...

Patung siapakah ini? Kalau tak silap, namanya Kenjiro Takayanagi. Patung ini terletak di pintu masuk Shizuoka Unioversity betul2 dihadapan bangunan institusi saya la ni, yang juga bangunan tertua di universiti ini. Universiti Shiuoka kampus Hamamatsu ini dibangunkan atas dasar institusi ini... Dulu kala dia pernah bekerja di Insitusi ini dan orang jepun mengaku dialah sebenarnya pencipta 'cathode ray tube' (TV) pertama. Tapi disebabkan masa itu orang jepun belum pandai buat patent, maka mat salehlah yang ditulis dalam sejarah mencipta TV pertama...


takayanagi depan RIE...

Walaupun tak dapat jadi orang pertama mengikut sejarah dunia mencipta TV, tengoklah apa depa dah buat dengan TV zaman sekarang... TV plasma, TV dalam handphone, TV kat dinding bangunan... Tak lama lagi TV 3D pon ada nampak ura2 nak keluar... Berbalik kepada pak cik tadi, gambar TV pertama yang pak cik ini transmit adalah huruf jepun yang bunyi 'i'... ya 'i' untuk izhal...


dia terletak atas CRT...

la ni ada takanayagi kenji memorial symposium sempena nama pak cik ni. benda ni adalah majlis ilu setahun sekali di mana orang2 akan datang berkongsi pendapat dan hasil kajian baru... seronok juga kita layan benda ni...


tenungannya tajam... tenungannya jauh...

dia merenung pondok pak gad...

kadang2 saya duduk dalam makmal ni gerun jugalah memikirkan pak cik ini. bila dah lewat terfikir ada hantu ke sini... dia menjunguk saya buat apa dalam opis lamanya ke??? jepun ni percaya juga benda2 ni... depa ni mengamalkan Islam (bukan hadari ya) tapi tak mengucap saja... Bangun pagi, jaga keluarga, kebersihan bagus, sopan santun, hormat orang tua, jaga alam sekitar, berniaga cara baik, berpolitik cara betul dan banyak lagi yang kita tak buat... kalaulah jepun ni mengucap dua kalimah shahadat, depalah orang2 pertama masuk syurga kot... Allahualam...

-TV good or bad?-

10 comments:

Anonymous said...

ya 'i' untuk izhal...
:) :)
TV? Gooooood :)
ps: Like your thoughtful insight in the last paragraph though I wonder if the way they treat women has improved? I donno...

Izhal said...

i dont know but it looks like women here are just like in Malaysia. but unlike malaysia, the number that work as profesionals isnt that much. unlike malaysia also, these women punya sopan santun tip top... hahaha... unlike malaysia juga, malaysian women lagi cun... in Hamamatsu they treat women quite well :)

Sherin de Souza said...

It seems like they are the perfect citizen or rather the perfect 'human'?!!
Do u really think that it is possible to behave so well and proper all the time?
Could they be robots? :O (Mana tau since they r so technologically advanced there!!)
Have u ever seen a Japanese misbehaved ? :)
Actually, I do admire their culture, traditions etc. :)

blackpurple @ jowopinter said...

masih lagi kagum budaya kerja dan attitude orang2 jepun ni.........

gus said...

Jepun, tempat sumber inspirasi dan juga pelbagai benda dan perkara pelik. Semua benda dibuat dengan prinsip 'thinking outside the box'. Untuk benda pelik-pelik, buka saja attachment e-mail.

TV is good for me.

Mister Curmudgeon said...

aku ada darah jepun. tapi 'gene' yang tertumpah kat aku cuma 'gene' "panas baran" askar jepun je. yg lain mcm rajin etc, fel. kekadang aku tengok org yg tak mengucap dua kalimah syahadah ni, lagi baik dari org yg mengucap. macam aku. ntah lah. no giliran berapa juta juta juta lah aku.

zino said...

dari segi sopan santun dan hormat kat tamu.. zino rasa org jepun ni memang jauh lebih baik dari kita..

pengalamana seminggu kat osaka dulu memang meninggal kenangan.. dia org layan macam VIP.. hehe

maklang said...

Ini mesti Izhal lupa nak tulis. Hidung pakcik tu bulat betul!!

Anak Maklang yang sulung memang suka sangat. Cita2 dia nak gi Jepun sangat. Kalau Pakcik Izhal boleh hantar teketree kat dia ok gak!!

maklang said...

Sorri, teket free... menaip sambil tengok Oliver Twist masak, gini lah jadinya...

Izhal said...

sherin,
their not perfect, their just very disciplined and hormat menghormati...
misbehave tu ada banyak jugak...

blackpurple,
ya saya pun begitu...

agus,
ya la ini tempat banyak pelik la... depa suka makan ikan mentah ngan kicap, makanan susun cantik tapi tak sedap mana kalau lawan makanan malaysia... paling pelik saya tengok tv gameshow depa... macam2 game pelik depa permainkan... mengalahkan istana takeshi yang diimport oleh malaysia yang juga berminat menjadi pelik...

fretsurfer,
patutlah ko rupa macam jepun... ko dah mengucap ke??? cepat mengucap... heheh... sory fretsurfer, tak baik saya buat main mengucap ni... Astaghfirullah...

zino,
memang tak leh lupa...

maklang,
hahahahaha, saya tak perasan pulak hidung dia lagu tu...

thanks for visiting Hamamatsu-Now!!!

-the manager-