Apabila tiba musim panas dan dumbo (heater, sila klik untuk penerangan lanjut) tidak dipakai lagi, bersihkan sebelum anda simpan dumbo anda...Kenapa? Sebab ianya tuntutan agama... Apa kena-mengena gambar seterusnya dengan dumbo??? Tiada kena-mengena, heheh...
Kenapa membersihkan dumbo tuntutan agama??? Kalau tak dibersihkan, sisa2 minyak tanah dari musim sejuk tahun lepas boleh memerangkap kekotoran... Bila dah kotor biasalah, musim sejuk seterusnya pasti dumbo anda membuat rumah anda sejuk... Nauzubillah...
Untuk Dumbo Jenis Elektrik (Fan Heater)
1.Keluarkan tangki penyimpan minyak tanah dari dumbo.2. Keluarkan micro filter dan bersihkan.
3. Sedut minyak tanah dari tangki dalaman.
4. Lap bahagian memasukkan fuel cell (tong minyak tanah) dan mana2 yang patut.
5. Tuangkan isipadu lebihan minyak dari fuell cell kedalam bekas simpan minyak tanah sepatutnya...
6.Masukkan dalam beg plastik untuk mengelak habuk dan simpan.
7.Masak maggi perisa tomyam dan makan (step ini tak perlu).
dumbo jenis elektrik dikeluarkan tangkinya...
pandangan dalam bekas tangki... sedut minyak dari lubang dan bersihkan dalamnya...
alat penyedut minyak lebih dari musim sejuk lepas...
micro filter...
membersihkan luarnya dengan tisu...
Mudah??? Ya, memang mudah...
Untuk Dumbo Jenis Sumbu
1.Keluarkan tangki penyimpan minyak tanah dari dumbo.2. Sedut minyak tanah dari tangki dalaman.
3. Lap bahagian memasukkan fuel cell (tong minyak tanah) dan mana2 yang patut.
4.Pasangkannya supaya minyak pada sumbu habis terbakar.
5.Masukkan dalam beg plastik untuk mengelak habuk dan simpan.
6. Tuangkan isipadu lebihan minyak dari fuell cell kedalam bekas simpan minyak tanah sepatutnya...
7.Menyanyi lagu negaraku sambil berdiri tegak dan minum air segelas (step ini tak perlu)
dumbo jenis sumbu dibakar untuk menghabiskan lebihan minyak pada sumbu...
bekas menyimpan minyak tanah yang sepatutnya...
menuangkan minyak dari fuell cell kedalam bekas sepatutnya...
Mudah juga? Ya,memang mudah juga jadi amalkanlah...
-Jagalah kebersihan dumbo anda-