'Yamada' satu perkataan yang saya tak tahu apa maksudnya dan 'denki' bermaksud elektrik bila disatukan menjadi Yamada Denki iaitu sebuah 'supersotre' di Hamamatsu yang menjual alat2 elektronik...
Dalam masa 2 bulan sekali, sukalah kami ke kedai ini untuk melihat keluaran2 terbaru alat elektrik di Jepun. Ha ah, lebuih kurang 2-3 bulan sekali keluarlah model baru tv, kamera, periuk nasi, dvd dan sebagainya. Banyak juga alat2 yang tak perlu seperti pencabut bulu ketiak direka cipta juga...
Kedai hebat ini terletak dalam 5 minit sahaja dari rumah kami... Pelayan kedai macam biasa 'super efficient'. Kali ini untuk menguji kecekapan penjaga kedai, saya ada menggodek2 sebuah kamera digital dan saya bertanya kepada penjaga bahagian kamera... "En. kamera ni boleh ubah menunya dalam bahasa inggeris ka"... Terus dia membuka kitab kamera dan mencari2 sehingga jumpa jawapan kepada soalan saya... Sampai dekat 5 minit dia belek tak jumpa... dia diam dan terus membelek... Tiba-tiba bila saya godek, adalah jumpa cara nak menukarkannya ke bahasa inggeris... "En. bolehlah En." saya kata dengan gembira... Jawabnya "Aiseh En. Customer, En. customer pula jumpa jawapannya, seganlah saya sebagai pembantu kedai tak dapat membantu", katanya sambil senyum dan tunduk2... Dia tak berganjak dan terus menunjukkan kebolehan kamera tersebut...
Selain dari bahagian kamera yang superefisien pembantunya, saya juga suka membelek bahagian plasma tv yang tvnya kalau disusun boleh buat dinding rumah... ada juga tv zaman dulu iaitu yang menggunakan CRT tube... heheh... TV ini saya gemar sebab Shizuoka Universiti adalah tempat kajian menghasilkan TV yang pertama di dunia, mengikut dongeng orang jepunlah...
bahagian peti ais pun seronok kita lalu... ada jenis yang boleh buka dua pintu dan ada laci2 yang boleh simpan apa sahaja dalamnya, seperti stokin, kalau inginkan stokin anda sejuk dan nyaman... tapi kalau smpan stokin, mungkin anda 'special' sikit fikirannya :)
bahagian komputer pun seronok... semua laptop disadaikan begitu sahaja untuk anda on dan offkan sesuka hati... jadi kalau anda ke jepun carilah Yamada Denki... harganya murah, pilihannya banyak dan pekerjanya ramah-tamah... tak prlulah ke Akihabara yang digembar-gemburkan itu. Akihabara bagi saya adalah perangkap orang asing... Harganya mahal, barangnya bukan latest sangat... Kali ini di Yamadadenki, product keluaran terbaru adalah HDTC video cam yang memaparkan pixel-pixel CMOS yang dikelluarkan oleh SONY... sebenarnya CCD lagi bagus, tapi sebab CMOS baru, harganya mahal ;) jangan tertipu ye :)
-Yamada Denki, menawan keluarga bahagia-
13 comments:
eh.. yang toilet tu best la.. ada butang2 macam mesin basuh pulak..
izhal.. awal gila update.. berjalan aje kerjanya yer...
mahal tak nak pegi jepun.. rugi la tak pegi.. macam ada byk giler benda nak tengok..
tuan izhal
oo kalau saya ke kedai tu saya pun rambang mata. rambang aje la, nak beli kena tengok poket dulu....
pertanyaan tuan pasal raja kamil (saya baca di blog raeizdall-jiran saya), dia dah balik malaysia.tuan dari UPM mcm dia jugak ker?
btw, essay tuan dah siap?
Ya!
"btw, essay tuan dah siap?" :)
hah! jamban yg aku idamkan. boleh cuci bontot otomatik.
canggih sungguh toilet ye. cuba bayangkan ye, kalau dah sakit perut dah tak tahan sangat..sampai lupa pulak nak tekan button mana satu...hehe
haha.. betul jugak kata nurul bahiyah tu.. anyway, again kitorang ni berminat sungguh dgn plasma tv jepun ni-- kalau gi sana senang ke nak bungkus bawak balik? :D
I WANT that Urut Chairr !!!!!! I WANT it NOW !!
tenno miyake,
untuk orang macam En. Izham, no problem punya mai jepun... tiket pi balik dalam RM2000 plus airport tax kalau ada MAS fair... lepas tu nak jalan boleh beli train pass khas untuk visitor, tu pun murah... makan dalam RM90 sehari, penginapan dalam RM300 sehari kat hotel... kalau mai Hamamatsu makan, tidur ditanggung beres :) tapi kena mai sebelum bulan 9 le...
faezhussain,
oh tuan dr. kenal juga ye? memang kami dari UPM... satu jabatan... dulu mula2 masuk kerja siap diberi satu bilik lagi... essay saya dah siap :) ALhamdulillah, tinggal nak submit 1st draft dan tnggu dibambu saja heheh...
azli jamil,
hohoho :)
fretsurfer,
syok woo benda ni, dia install kat sekolah aku... musim sejuk kalo, outer rim dia panas, sedap je malabur... bila dah melabur, tekan je butang... geli geli sikit, bersih cekap amanah hahahahaha... orang jepun hamamatsu pembersih wooo...
dr. bahiyah,
mula2 dulu blank juga, tapi sebab ianya user friendly no problem...
ilsa,
boleh punya beli bawak balik tapi kena make sure ambil yang multi sistem dan yang tak HDTV pasal malaysia gula sistem PAL dan tak ada hi-def transmission lagi... lagi satu baik beli kat malaysia kot,harga lebih kurang sama... murah sikit je kat sini...
jokontan,
hait ok... silalah mai sini, kalo takdak masa pi la kat kedai karan kat klcc tu... ada jual juga...
maaf, CCD, CMOS tu apa maknanya?maaflah saya ni ketinggalan banyak bab2 ni.
alamak, tak de pulak gambor peti ais aneka rupa tu, terutama yg berlaci.
eh..tak nampak pun mentua izhal dlm gambar..(ye kan?)ke= mrk dah balik msia?
Izhal...
Maklang rasa macam tengok catalog Courts Mammoth je....cuma tak ade tanda harga...
ooo... denki tu superstore, kat kl ni kan ada kedai nama best denki tapi... shhhh...jgn cite kat org, brg2 dia tak best pung...
ps3 dah ada tak jual kat jepun? dengar citer ps3 nak jual agak murah...
Puan Syikin,
CCD bermaksud Charge Coupled Device. CMOS pula COmplementary Metal Oxide Semiconductor.Kalau kamra Puan pakai CCD, gambar dikeluarkan dari pixel melalui lurah2 voltan bawah struktur CCD. Kalau Puan pakai kamera CMOS pula, gambar dari pixel dikeluarkan melalui wayar2 besi... itu sahaja :) bagus soalan Puan tu...
Peti ais punya gambar tak cukup banyak ye... maaf nooo...
Ibu bapa mertua ada... Insya-Allah pertengahan bulan depan depa balik, itupun kalau mereka sanggup meninggalkan Hamamatsu yang dicintai ini... heheheh :)
Maklang,
hahahaha... betul juga cakap Maklang...
~ahni~,
lama tak nampak Puan... denki tu maksudnya elektrik... superstore jepun sebut 'supa sto-aaa'... denki malaysia barang tak best? mungkin pasal malaysia import barang banyak sangat dan tak design sendiri... jadi depa bagi yang tak best je kat denki...
Raiedzall,
ps3 hmmmm belum dengar lagi... psp RM600++... tapi masalahnya versi jepun, software semua kena pakai yang jepun... macam windows sini la, masukkan program mat saleh dia tak faham... tadi saya baru main nintendo DS yang latest, member punya... sebok dia suruh saya beli pasal budak2 ramai dah ada... depa waktu tak banyak kerja layan main guna wireless connection...
thank you for reading Hamamatsu-Now!!!
-izhal tukang karut-
Post a Comment