Monday, July 24, 2006

Kedai Chuko :)

Bukan macam di UK yang mahsyur dengan 'car boot sale' atau di US yang famous dengan 'flea market', di Jepun tidak... Di sini, untuk mendapatkan barang2 terpakai kita kenalah pi ke kedai yang sepatutnya... Kedai2 ini depa panggil kedai 'Chuko' bunyi macam pisau cukur tapi harganya murah2 dan tak mencukur pembeli...


mesin2 basuh...

kerusi halaman...

payung pantai...

'Hard Off' walaupun agak lucah bunyinya bagi mat saleh, adalah nama kedai chuko yang terkenal lagi termashur di Hamamatsu. Hampir semua benda ada. Barang2 di sini datangnya dari orang2 yang dah tak mau pakai barang yang depa beli...


periuk2 nasi...

beg loius vutton mak datin suka...

Ada barang hampir baru siap dalam kotak dan serta manualnya seperti kamera DLSR nikon dan conan... siap model latest dengan harga hampir 50% off dari kedai biasa tanpa kecacatan langsung... biasalah orang2 Hamamatsu ni, kalau benda model baru keluar yang lama depa tak mau... jadi depa jual ke kedai chuko sajalah...


almari dan kerusi...

Apa lagi ada? macam2... dari surf board, permainan, handbag2 berjenama mak datin dan jam tangan berjenama dato'2 bersepah dengan harga chuko... Oh, pinggan mangkuk, kayu/besi/batang golf, perabot, guitar karan semuanya dichuko...


sudut pakaian...

tempat testing pakaian...

sudut QC...

set meja makan...

macamana quality barang2 ini elok??? mudah saja, sistem QC kedai chuko memastikan quality barang2 ini... bila anda hantaq barang untuk dichuko, ada kaunter yang membeli barang2 anda dengan murah... lepas tu depa hantar ke kaunter sebelah yang membelek2 barang2 tersebut... jika tak ada kotak, barang2 tersebut akan dibalut dalam plastik dan diberi tanda harga...


pakaian tradisi...

jam pak datok...

barang orang2 kaya...

Jadi kalau anda berniat nak berpindah ke Hamamatsu, jangan risau pasal home furnishing... singgah saja kedai chuko... kalau anda berniuat nak berpindah keluar dari Hamamatsu, jangan risau pasal barang2 yang dah tak nak... jualkan saja ke kedai chuko...

-selamat menjalankan tugas-

12 comments:

gitartong said...

di ampang ada satu kedai yang sebegini. apa namanya, saya sudah lupa.

jengok http://www.bolt.com/gitartong/

untuk dengar koleksi lagu. sebenarnya ada dilinkkan di blog.

Izhal said...

gitartong,
hait arigato, saya akan ke sana nak dengar lagu2...

azli jamil said...

Faiq got a haircut? There goes the Beatles look

blackpurple said...

Kat KL serupa macam kedai Cash Converter la ni kan..tapi tak banyak pilihan macam yang Chuko tu...

Raiedzall said...

Best la kedai cuko tu, excited pulak nengok nya...

Lan Rambai said...

Kedai di ampang yg GT tulis adalah Cash Converter yang BP tulis. Aku penah pegi 4,5 tahun lepas tapi barang tak banyak pun.. Kedai Chuko ni nampak sangat-sangat menarik!

~ahni~ said...

wah kaler baru ek blog ini, cantik cantik

kedai second hand ek... kalau kat mesia ni org guna brg smpai x boleh guna, kira scrap terus le, tak sempat nak masuk kedai second hand pun... macam aku la, washing machine dah 11 tahun dah, dah nak terbarai dah tp selagi berfungsi selagi tu lah aku akan guna

yus said...

Menarik kedai ni Chuko ni. Nampak mcm baru aje barang2 dia.

gitartong said...

ya, cash converter. ada ke nak ambil gendang rebana saya hanya dengan harga RM 10. tak baloi! beli mahal gendang tu!

maslina said...

en izhal dah bersiap2 nak balik kah? hari tu citer pasal plastik simpan brg yg buleh sedut udara, harini citer pasal kedai 2nd hand.. :)

Ajzie said...

LV..saya pun suka gak..jgn ler cakap mak datin aje...hihihi. Org biasa mcm saya pun suka gak...

Izhal said...

ajzie,
Semoga menjadi Datin Ajzie suatu hari ne... ;)

maslina,
ha ah, ada la siap sikit2... pandai memerhati betul ne...

gitartong,
kedai chuko sini pun sama, depa beli murah maut dan jual berlipat kali ganda... tapi harga jual balik pun murah jugalah...

yus,
ha ah, sebab QC dia power... kalah QC proton... heheh...

~ahni~,
wah ada pun orang perasan kelainan blog ni...

lan rambai,
cash converter ni tukar cash jadi apa??? heheh...

raiedzall,
berantu kedai ni... sekali dah masuk dia panggil2 je kita supaya berkunjung lagi...

blackpurple,
nak usha sekali la cash converter ni...

azli jamil,
yeah, he moved too much so there goes the beetles look... :P

THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal-