Saturday, December 31, 2005

Terselamat Dari Disuntik




Semalam kita orang pergi ke klinik kana-kanak Nagao, nak jumpa Dr. Nagao supaya dia cucuk imunisasi DPT kat Izz Farish. Bila sampai kat klinik tu, nampak lain macam je keadaan... Semua staff klinik tu dok mengemas. Aku tanya le kat depa, "Kwo wa yasumi desuka?" yang dalam BM berbunyi "Harini cutike?" Peh fasih habih le tu. Tapi mungkin misi tu terpikir dalam hati "Kalau cuti buat apa aku pakai uniform dan mengemas klinik ni". Sorang misi tu cakap apa entah jadi aku pun hangguk jelah. Cas fasih bahasa jepun. Lepas angguk aku budget nak datang esok... Jadi semalam selamtlah anak bongsuku dari kesakitan dicucuk oleh Nagao Sensei...

Lepas tu kitaorang pun pergilah ke tempat ni... BIG FUJI!!!! Sebab haritu hari Khamis, ingatkan takde orang le... Rupa-rupanya ramai, sesak. Boring betul aku. Tapi dapatle beli barang2 dapur sikit. Alhamdulillah... Orang ramai sangat pasal kat jepun ni akhir tahun memang perayaan besar-besaran. Jadi depa pun macam kita time nak aidilfitri, gong xi fa chai atau deepavali. Pak guard jaga parking pun sebok sakan...




Pampers Faiq dah habis. Tapi kat Big Fuji tak jual pampers so kenalah pi Jusco. Sampai Jusco, aku dapat parking cun, dekat ngan pintu masuk... Syok gila. Mesti orang jepun yang parking jauh2 tu jaki gila dengan kehebatan parking aku petang tu... Hehehe... memain je...



Selain dari beli pampers dan susu si Faiq, kitaorang beli Takoyaki kat kedai bernama Gindako dalam Jusco. Makanan ni bahaya sikit. Ada dengar al-kisah pelajar melayu di Jepun yang masuk hospital lepas makan benda ni. Budak tu main telan je sebijik dan sebab panas sangat benda tu macam masak tekak dia. Entahlah kesahihan al-kisah tu... Tapi kitaorang biasa tunggu bagi suam-suam sikit baru makan...

Gindako Tokayaki Shop

Ni adalah gambar-gambar takoyaki yang dibeli. Isteri saya tolong setkan hiasan sebelum ambil gambar ni... Takoyaki ni macam kita punya cucur udang le konsepnya. Tapi isinya adalah 'tako' iaitu sotong kurita...








Lepas makan takoyaki, takde aktiviti syok berlaku. Jadi boleh diakatan kami semua tidur. Keesokan harinya nak cuba inject Izz Farish sekali lagi...










Kessokan harinya bangun cam biasa, kemas-kemas rumah dan bersedia untuk ke Nagao Sensei sekali lagi... Suka betul Izz Farish layan 'vacuum cleaner'... Kalau mak dia vacuum dia galak semacam le... Dia jadi macam pakar vacuum ... Big bro Faiq pula dari kecik sampai besar (takle besar bujang lagi) takut ngan vacuum. Kalau dia buat hal, on vacuum je baik le dia... Lepas habis kemas rumah kitaorang pon sekali lagi pi le ke klinik Nagao. Oleh kerana mula-mula pergi tu aku tak faham apa misi dia kata, buat penat je aku pi lagi hari ni. TUTUP RAPAT!!! Siap ada jadual cuti depa tampal kat pintu masuk klinik tu. Tu la aku, tak paham bahasa jepun lepas tu buat-buat paham... Bodoh Sombong...


Anda semua pun boleh agak jadual ni kata apa. 29 December sekerat hari (semalam masa aku pi dan depa dok mengemas-ngemas), 30 December 2005 sampai 4 Januari 2006 cuti. Semalam masa datang aku ternampak jadual ni tapi segan bodoh sangat nak tengok... Tunggu minggu depan le wahai anak bongsuku...



Bila masuk kereta, Puan Fara berkata "Orang dah kata!!!, semalam kalau bangun pagi2 dah boleh inject budak ni". Hot betul dia... Izz Farish pulak... dalam hatinya "Tutup lagi ke abah? Selamat lagi la saya"... Faiq diam je... Abah pulak berkata "Jom pi Entetsu"... So kita semua pi Entetsu supermarket, but thats a different story...










1 comment:

Ija said...

hahaha iz kena marah. muahahahah!!!!