Tuesday, July 18, 2006

Pengempisan dan Penjimatan :)

Jika anda hendak berpindah randah macam orang badwi, gunakanlah beg plastik dan penyedut hampa-gas (vacuum cleaner) untuk menjimatkan ruang atas unta... Tekniknya dipanggil teknik mengempis...


sebelum...

selepas...

Teknik ini bagus untuk mengempiskan pakaian. Plastik beg khas untuk pengempisan ini boleh dibeli di kedai Hyaku-Yen yang ada depannya taman permainan... Lihat sendiri tuan-tuan dan puan-puan, sebelum teknik mengempis, pakaian ini tinggi dari seterika pink yang coml itu. lepas dikempiskan, ianya lebih rendah dari seterika pink yang comel itu...


permulaan...

Susun pakaian kemas2, cucuk penyedut hampa-gas punya muncung dan hidupkan suis... Sambil baju dikempiskan, tumbuk2 dan pijak2 serba sedikit untuk mengeluarkan udara yang berlebihan... Tarik keluar muncung tersbut dan zip-lock bg pngempesan tersebut...


pengempisan taman...

Bila dah berhasil, Insya-Allah kita menjimatkan lebih dari 50% tempat simpan. Maknanya bolehlah kita muatkan 50% lebih barang atas unta kita sebab kita sudah berjimat-cermat... Alhamdulillah, setan sudah marah...

-Membazir itu kawan setan-

7 comments:

agus said...

Hehe... saya suka beg plastik mampat ini. Kalau ada yang cukup besar, boleh simpan bantal2 tetamu dan masih ada ruang untuk benda lain dalam almari. Bantal yang dah mampat tuh, kalau baling kat anjing boleh pengsan woh... tapi janganlah baling anjing sesuka hati, kesian, itu cuma perumpamaan jalanan.

tenma said...

dulu ada jual benda compressor ni kat malaysia tv shopping channel tapi tak ramai org beli. sekarang dah tak tahu nak beli kat mana. tenma sepah2 aje - i like chaos! hehehe... (nanti suruh suami kemas rumah boleh tak)

azlijamil said...

I love to watch when they did that vacuum thing on a cushion. Flattened it like a pancake. But when air is inserted...

Lan Rambai said...

Ko nak pindah? Early preparation utk balik Bangi? Atau simply sebab dah takder space kat umah?

simah said...

i need this.. saya kalau packing..tak cukup space.. kat turki mana mau cari ini yea?

Izhal said...

agus,
memang tepat... anjing memang mati kalau kena benda ni... jadi janganlah menganiaya anjing...

tenma,
ha ah dalam smart shop... tapi mahal woooo... bila nak kawin ni???

azlijamil,
as for me, i enjoy doing it... kadang2 saja ja deflate and inflate...

lan rambai,
ya la Tuan, early prep nak balik Bangi...

simah,
memang i highly rcomend it to you... kalau ada kedai seratus yen jepun kat turki mungkin depa jual sekali...

Izhal said...

THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal-