Monday, August 28, 2006

Duit Kertas Hamamatsu :)

Selain dari duit syiling, orang2 Hamamatsu juga menggunakan duit kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Jepun atau Nippon Ginko... Duit kertas sini dicetak dalam nota 1000, 2000, 5000, dan 10,000yen... Oleh sebab orang jepun tak ada tandatangan, cop merah pada duit itulah menggantikan tandatangan gabenor bank negara jepun... ianya dinamakan Ingkang atau Hanko...


gambar pakcik saintis...

belakang duit 100yen...

Semua saiz duit kertas di sini sama besar tanpa kira nilai... mungkin penyeragaman saiz ini adalah untuk membuatkan duit tersebut kelihatan kemas bila di simpan dalam dompet... Mungkin juga untuk menyusahkan kerja toyol mencuri duit bernilai besar bila disimpan dengan duit bernilai kecil... heheh...


2000yen depan (agaknya...)

belakang... Nippon Ginko (Jepun Bank kalau alih bahasa terus)...

Nilai pertukaran duit jepun ke duit malaysia la ni lebih kurang 0.032. Jadi duit 1000yen tu nilainya lebih kurang RM32...


boleh isi minyak kereta dalam 35 liter...

belakang...

Semenjak dua menjak ni, muka yang tertera kat duit kertas jepun adalah muka orang2 yang berjasa kepada negara jepun. muka orang yang tertera kat duit 1000yen tu adalah muka baru!!! dalam setahun dua yang lepas depa bubuh muka orang tu. jasanya adalah dia salah seorang saintis pakar bio kot kat jepun ni...


10,000yen juga disebut Ichi-Mang-en...

belakang ichi-mang-en...

macam duit nota rm20 di malaysia, duit 2000yen kertas tu jarang dapat. kami pernah dapat sekali saja jadi terus simpan buat kenang2an... tapi kalo terdesak esok kita pakai jelah... heheh...


bila ada cahaya, si minah gad menjelma...

juga macam duit malaysua, ada sekuriti... kalau angkat duit jepun kat cahaya, menjelmalah rupa sekuriti gad duit tersebut dalam bahagian putih kosong... heheh...


logo...

hmmmm... apa lagi??? oh ya... cuba anda tengok corak bunga yang tertera pada duit jepun ni... ada juga pada duit ringgit kita satu masa dulu kannn??? la ni tak dah...

-berapa yen hantaran siti nurhaliza?-

14 comments:

Kak Lady said...

Agak2 kalau 10,000 yen aper yang boleh dibeli kat Jepun? Sebab ade kawan anak kak lady kata ...kat Jepun semuanya mahal...

atok said...

huh... lebih kurang 1juta yen. bnyk tuh. milianir. :)

Izhal said...

kak lady,
10,000 yen tu membeli belah barang dapur seminggu setengah boleh le... tak pun buat bayar bil air dan letrik sebulan pun boleh... Jepun ni takdelah mahal kak lady... dengan duit dpa ni semuanya Insya-Allah mampu dibeli...

tensic said...

hamamatsu tu kat shizuoka ker?

Lan Rambai said...

tak mampu nak kira lah berapa yen hantaran datin siti.. kalkulator aku tak cukup ruang!

zino said...

teringat kisah lawatan ke osaka dulu .. bila nak makan je convert dulu.. dalam RM berapa inggit ni..kira2 nasi goreng RM20 inggit sepinggan.. mak aii mahal nya..

lepas tu gelak ramai2.. buat apa nak fikir.. mana nak cari tiga inggit setengah punya kat sini hehe..

Sastri said...

wow... bila dah close up, nampak byk benda yg tak nampak sebelum nih...

shu said...

di jepun mmg takde signature?

Izhal said...

atok,
RM32K??? wow!!!

tensic,
ha ah, tepat skali...

lanrambai,
cuba guna komputer... heheh...

zino,
syok kan harga2 kat sini kalo dah convert...

sastri,
ha ah, kena teliti saja apa2 saja pun sure nampak jelas :)

shu,
ada tapi kalau local punya form and surat, depa tak pakai signature... kalau borang2 international barulah depa pakai signature...

~ahni~ said...

orang jepun punya signature tu macam tulis balik nama dia tapi dengan sedikit kesenian atau bunga cakap org kpg, betul tak? Dulu tengok signature boss kat kilang yang lama dulu (kilang jepun la)

Tenno Miyake said...

mas kahwin siti lebih kurang 694437.5 yen.

i wonder kalau diorang ada deposit machine, cemana ek diorang distinguish tha notes?

simah said...

size duit kertas tu besar tak izhal? sekecik US dollar ker atau sebesar euro?

Sherin Almashor said...

Canggih juga kalau duit hantaran dalam yen kan? heheehehhe :) I will consider this bila Em nak kahwin nanti.
Wang kertas Malaysia bermacam colour so that it is easy to tell which is which. Kalau kat Jepun, kena tengok the numbers la ye unless kalau dah biasa dengan their wang kertas.

Izhal said...

sherin almashor,
ha ah, memang canggih lagi tu... sekali guna duit jepun untuk hantaran nampak macam banyak je nilai dia... heheh... yep, here you have to see the numbers to really know the nilai...

simah,
sama macam duit george bush tu...

tenno miyake,
itu boleh beli honda EK 2nd hand tu kat sini... heheh... deposit macine ada... siap boleh deposit coins lagi tu... depa distinguish pakai sensor duit jepun le kot heheh...

~ahni~,
yaaa tepat sekali... saya pun ada inkang sendiri dok sinil...

THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal abdul halin-