Tuesday, August 29, 2006

Pintu Hamamatsu :)

Hari ini apa kata kita bercerita pasal pintu ;) Bila sebut Jepun sahaja dalam pemikiran orang yang normal pasti teringat pintu dan dinding kertas. Memang kenyataan pintu tradisional di sini diperbuat dari kertas yang rangkanya kayu...


pintu bilik jepun... (paling kanan adalah pintu peti ais)

longkang pada bingkai bawah pintu...

longkang pada bingkai atas pintu...

Pintu jenis ini adalah sepupu kepada pintu gelongsor (sliding door) dan ianya bergerak diatas longkang dalam bingkai pintu. Bingkai ini pula terletak antara sesebuah kamar dengan kamar yang lain... Yang seronoknya, bila berhajat nak buat kenduri, bolehlah dicabut pintu jepun ni agar dua kamar bercantum menjadi satu... jadi dapatlah ruangan yang lebih besar dan selesa...


pencanbutan pintu...

lepas dicabut becantumlah dua bilik...

Oleh kerana pintu ini diperbuat dari kertas, kenalah hati2... Kadang2 boleh terkoyak. Kalau orang talipon dan nak bagi anda nombor talipon orang lain atau resepi maggi tomyam, bolehlah dicatat pada pintu kertas ini juga heheh...


pintu gerobok dalam bilik macam pintu bilik rupanya...

kerosakan pada pintu jepun...

Selain dari pintu kertas jepun, rumah jepun masa kini ada pintu mat saleh sepertimana di negeri mat saleh. Ianya digunakan pada bilik mat saleh... perbezaan bilik mat saleh dan bilik jepun bukan sahaja terletak pada namanya, tapi terletak pada lantainya. lantai bilik mat saleh tidak diperbuat dari tatami jepun... tatami ini macam tikar melayu tapi ianya tak boleh dilipat macam tikar... saya syorkan anda semua mendalami ilmu tatami di sini... ianya ditulis dalam bahasa inggeris jadi sharifah amani juga boleh memahaminya dengan mudah, heheh ;) ada gambar2 tatami juga jadi kalau ianya ditulis dalam bahasa melayu sekalipun, tentu sharifah amani tetap memahaminya... heheh ;)


pemegang pintu jepun...

Kemudian pintu masuk rumah jepun ni biasanya diperbuat dari besi. Bila ditutup bunyinya memang mantap... di Malaysia, kalau cicak tersepit pada pintu sure leper... pintu besi ni juga mampu meleperkan cicak...


pintu bilik tidur utama...

pintu gerobok simpan makanan...

pintu bilik mat saleh...

pintu masuk bilik cucian...

pintu gelongsor (sliding door)

pintu gelongsor dalam pintu gelongsor... untuk udara lalu bila pintu besar ditutup...

Pintu bilik mandi pula atasnya kaca lut-cahaya, bukan lut-sinar... jadi bila saya mandi, puan fara senang nak intai bayangan saya yang bertubuh sasa ini... heheh... Tak kiralah macamana pintu di dunia ini, janji fungsinya untuk menutup sesebuah bilik demi keselamatan. Jangan pula ada pintu yang fungsinya kena bayar duit sebelum lalu. Ahhh... ada rupanya, pintu tol yang semakin lama semakin mahal, entah bila nak dihapuskan...


pintu bilik mandi...

pintu masuk utama...

Pesanan dari saya, kalau buat baik boleh jumpa pintu syurga... Kalau jahat, boleh jumpa pintu neraka...

-berbuat baiklah tak kira di mana-

16 comments:

Syikin said...

best tul ayat akhir tu...mmg tepat sekali hehe.

saya mmg suka pintu jepun ni sbb tak makan ruang, lagi satu anak2 tak leh nak main nyorok2 belakang pintu.

mak said...

i like yr last sentence very much. posting ini boleh ada umph lagi had you philosophise or intellectualise more on the on the meanings of 'door' in Japanese and Malay cultures! baru terserlah kesarjanaan abang!

Sherin Almashor said...

Your last sentence tu yg mahal. :)
I didn't know that you could remove the doors. Have you ever tried removing all the doors in your house (well except for the metal front door & bathroom)? :O

miyuu said...

entry yg nmpk simple tp penuh makna dihujungnye...en izhal susun kasut pun dah mcm style org jepun.. :-)peace utk faiq yg kawaii tu...

Izhal said...

syikin,
best neeee... betul juga sebab dia sliding jadi tak makan ruang...

mak,
thanks mak... i dont now much about culture as im not a refined person as you know... heheh...

sherin almashor,
of course i have tried... hahahaa... just for the fun of seing how much space i can crate in this small apartment...

miyuu,
heheh... selipar jepun mesti disusun gitu... heheh... faiq pun peace balik kat miyuu...

simah said...

i agree with mak n sherin..

u have actually tried to remove the door?? hahahah memang rock la u izhal!! ..pintu jepun ni..kalau budak buka tak rosak ka? mesti nak kena buka with gentleness n care kan?

Mama Sarah said...

rock, rock juga.
pintu syurga sebut juga.

bagus betul pesanan papa rock ni.

hang punya rumah, kemas semacam lah!!! jeles sungguh. faiq dan izz tak pandai sepah ke?

Fretsurfer said...

ih,

takde ingus pun kat dinding.

Hahaha.

Masih bergitar lagi saudara ye? Saya sudah bersara lah bang.

Zakiah said...

erk tak tahan betul part pintu bilik air tuh...tahan ajerla diriku ini dari muntah hijau...hehehe.

er pintu jepun kalau koyak murah ker nak ganti. Yerla kan...pintu kertas ler katakan

Izhal said...

zakiah,
jangan muntah... heheh... harga pintu entahle tak tau... tapi tak lama lagi Insya-Allah tahulah... sebab sure kena ganti bila nak keluar hujung bulan 9 ni...

fretsurfer,
ha ah, tapi sekali sekala... ni tolong simpankan guitar student undergrad yang balik malaysia cuti ni... siap dah gantikan tali sekali untuk dia... greng greng greng... oh, my son can head bang very well :)

mama sarah,
oh merekalah pakar menyemak Hamamatsu... ada petua pakai tangkal supaya depa tak menyemak... tangkal ni boleh dibeli di kedai 100yen iaitu bola berbulu yang depa geruni... heheh...

simah,
tak... dia punya kertas tebal... tapi kalau slide laju2 nanti bila langgar bingkai bunyi kuat mengakibatkan jiran marah... heheh...

Shami said...

Izhal, hang ni memang banyak idea, saya rasa macam kat kelas construction technology lak..he..he ingat zaman dolu2 kat Uitm shah alam....
Ni pintu pakai kertas ni anak2 tak koyakkan ker........apa pun saya memang minat kat rumah2 jepun...ringkas dan teratur...sedap mata memandang penuh adat ketimuran....

rossya said...

Mana dia Ahmad Albab ni... banyak pintu kat sini ni... Ya Ahmad... Yaaa.. ahmad albab..

Izhal said...

shami,
ideamengarut saja saya banyak... idea bernas jarang sekali heheh... wah belum prnah saya ambil kelas construction technology tu lagi... canggih betul bunyinya... pintu kertas tu agak kuat juga macam kad board gitu... kalau nak koyakkan kenalah karate sikit atau tusuk pakai penyapu kuat2... heheh...

rosyya,
sini nama dia bukan ahmad albab, mungkin nama dia kat sini albab-san... heheh...

THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal abdul halin-

bimmer_man said...

pesanan akhir tu membuatkan diri terasa insaf.. hehehe..

apsal kat Mesia diorang tak apply teknologi pintu kertas ni ye?

Izhal said...

bimmerman,
saya suka kalau pintu besi depan rumah tu... memang susahlah orang nak pecah masuk... pintu kertas ni pun syok juga neee...

Anonymous said...

google dan google find words 'pintu jepun' nah terklik kat page ni.sekarang nak tanya kat malaysia ni area klang valley tau tak kat mana nak dapat/beli pintu shoji tu...seriously tgh cari...
text me kat email dewi_moss85@yahoo.com tqvm

ratna dewi