Tuesday, April 18, 2006

The Malay Snapping Samurai in Hamamatsu...

Samurai, pada suatu masa dahulu telah membantu mentadbir Hamamatsu. Pahlawan2 ini berdiri megah di tanah Hamamatsu mempertahankan kedaulatannya... Kod hidup mereka adalah BUSHIDO... Rasanya mereka dilantik oleh raja-raja jepun zaman dahulu... Jejak langkah mereka di zaman silam masih ada di Hamamatsu...


the Malay samurais family picnic...

Cuba lihat pakaian samurai hamamatsu. Topinya bertanduk ala-ala tengkolok minangkabau dan juga ala-ala helmet FRU di bahagian tengkok. Mukanya ditutup dengan topeng yang bengis... Tangannya pula bersarung dan badannya dikenakan perisai yang keras.


samurai helmet...

samurai arm armor...

duit samurai... ya samurai pun pakai duit macam kita ya...

Jarang samurai membuat silap besar. Jika buat silap, hukumannya bunuh diri sendiri. Caranya, gunakan pisau kecil, cucuk perut, robek dan keluarkan isi perut. Ngeri...


pistol samurai...

pedang samurai (katana)...

Gambar2 dalam entry ini (kecuali gambar kami berkelah) saya dapat dari dalam peninggalan istana lama Hamamatsu yang telah dijadikan muzium. Mula2 tak ada orang mengambil gambar, tapi bila saya dengan selamber 'menyamurai snap' gambar, maka ramai lagilah jepun2 dan bangsa2 lain turut mengambil gambar. Ini membuktikan Melayu mampu memimpin... Melayu adalah the last samurai... Melayu adalah the samurai picture snapping samurai...


samurai suite...

shin armor...

body armor...

Baiklah, sudah dengan jenaka samurai... mana pergi samurai zaman sekarang ini? samalah dengan tempat yang hulubalang2 Melayu dahulukala pergi. Entah kemana, ghaib begitu sahaja...Tapi semangat mereka masih ada...

-samurai lawan hang tuah sapa menang?-

13 comments:

juwaidah said...

hidup melayu! ;)

Anonymous said...

takkan melayu hilang didunia. uhuhuhuh...

Anonymous said...

You heard the theory about Hang Tu Ah being Chinese?
ps: I've always thought of you being more of a ninja :P

Ella said...

Cayalah izhal... mmg blh memimpin klu betul caranya...

Cantik ler baju2 samurai tu... berat pun yer jugak kotnya kan...

Anonymous said...

Katana !! Yang Jo tau Suzuki Katana ajer. Retro Bike 1100 c.c

Alahai Pedang Ropernyerrr..

aNIe said...

Heheh...kak lady ni kalau nampak ade sign tak boleh amik gambar...memang tak berani...dah sah Izhal punya darah pahlawan melayu..berani jika benar....

Nak gelak pun ade...samurai pun pakai pistol ke?

Anonymous said...

mas rasa samurai la kot, sbb samurai ada pistol n shin amor n pedang dia panjang2..hang tuah ada keris jer..ermm...

Anonymous said...

Tuan Izhal,

Istana Hamamatsu tempat diawasi,
Diawasi Penjaga menggunakan cota,
Kuat Samaurai pada baju besi,
Kuat Hang Tuah pada huruf 'Ta'

Kuat Samurai pada baju besi,
Kuat Hang Tuah pada huruf 'Ta',
Ilmu amal perlu diisi,
Baru boleh nak pegang senjata.

Samurai Jepun ghaib entah ke mana,
Hulubalang Melayu tak hilang didunia,
Kalau nak tau Pendekar ternama,
Ni dia Tuan Yazit 'Penyelamat Dunia'

KakNi said...

nasib baik hang tak kena rembat keluag dari tempat tu sebab curi ambik gambag

amboi sempat lagi piknik tu

Izhal said...

juwaidah,
ya, hidup...

atok,
takkan melayu hilang di dunia tapi satu hari nanti dunia sendiri akan hilang... eheh...

azli,
yeah heard of it... chinese or what, i hate that dude... when i was small, my father and uncle used to call me 'black ninja'...

ella,
ha ah, nampak berat tu... tapi nampak flexible juga untuk bergerak2... nampak macho pun ye...

tj,
oh, katana tu bukan street hawk ke dulu??? yang tu pun made in Hamamatsu kalau tak silap...

kak lady,
takde sign tak boleh ambil gambar... tak taula kalau ditulis dalam bahasa jepun yang saya tak faham... eheheh...

samurai akhir2 zaman mereka mula pakai pistol... yang awal2 zaman dulu pakai pedang je agaknya...

mas,
ya betul!!! setakat taming sari yang dicuri memang digelak je dek samurai... tapi kalau brader jebat lawan samurai sure dia menang...

Tuan Yazit,
lados berperang diwaktu petang
tuan mengarah dipadang tempur
bukan sahaja penjaga padang
tuan juga penyelamat kuala lumpur :)

~ahni~
orang hamamatsu bersopan santun, takkan dirembatnya hulubalang ini... hehehe... mungkin le ;)

hope you all enjoyed Hamamatsu-Now!!!
-black ninja-

Anonymous said...

Saya tahu satu samurai je.. Samurai X. hehe.

Anonymous said...

samurai lawan hulubalang sapa menang.keris lawan katana boleh tak.:D

Izhal said...

cymsoneskye,
samurai x saya tak tahu, the last samurai tom cruise saya tahulah :)

yanokz,
hancur kot hulubalang... heheh...