Friday, April 21, 2006

Pakaian...

Orang-orang Jepun zaman sekarang memang gila dengan kecantikan. Mata yang sepet dibesarkan, kaki yang pendek dipanjangkan, rambut yang hitam dimerahkan...


fesyen ke pantai...

kirei=lawa...

Pakaian yang mereka kenakan pula memang lawak. Blouse wanita erenda-renda macam pakaian dalam, baju lelaki kolar besar... Dah ketinggalan zaman. Seluar dicetak dengan kulit rimau, baju berenda-renda, spek mata lalat dan macam2 lagi fesyen 70-an... Mungkin sebbab mereka orang2 pulau... Duduk atas pulau dan tak kenal dunia luar atau sudah kenal dunia luar dan buat tak tahu...


semua dah dibedah...

media memukau sentiasa...

Tapi pakaian2 fesyen lapuk mereka berjenama dan berkualiti. LV, Gucci, YSL, Guess, Gap dan lain2 lagi memang pilihan muda-mudi dan tua-tui... heheh... Yang pelinya, rupa paras menjadi idola mereka adalah rupa paras mat saleh. Mata mesti mau bulat, hidung terpacak dan rambut perang... Kenapa tak rupa paras Melayu? Nanti saya balik ke Malaysia tengok pula gelagat umat di sana...

Kalau saudara-saudari nak tengok rupa sebenar orang Hamamatsu, ini dia...


faiq-chan dan farish-chan...

raja hamamatsu zaman dulu...

hmmmm, penting betul rupa paras dan cara berpakaian di Jepun. Kalau rupa tak macam hero katun Gundam, susahlah... Tapi ini adalah 'fashion victim' sahaja... Masih ada juga orang2 berpakaian normal...

-Pakai apa hari ini?-

26 comments:

Anonymous said...

Tuan Izhal,

Pergi ke kedai beli baju jarang,
Baju dibeli nak melawat taman,
Dari kecik sampai la sekarang,
Baju Tuan tak lapuk dek zaman.

Budak Hamamatsu memang comel,
Faiq-Chan abang Farish-Chan,
Budak-budak memang suka mengomel,
Adakah diorang macam Sin-Chan?

Raja Hamamatsu teramat sedihnya,
Orang Jepun suka pakai baju jarang,
Tuan Yazit hendak bertanya,
Tuan Izhal pakai fesyen apa sekarang?

Fesyen lapuk berkualiti,
Mata sepet disorokkan,
Baju Tuan nampak bersisi,
Puan Fara kah yang gosokkan?

Kaklong Syikin said...

hmm..ada tak budaya lepak di kalangan remaja jepun yg berfesyen pelik2 seperti berlakunya lepak di negara kita?

Anonymous said...

I think fashion has always been in the culture. Look at the beautiful kimono an dhow colorful and elaborate the armors are.
ps: How do you explain
"Hidung mancung bak seludang" as the definition of a beautiful nose when hidung penyek is the norm in Malaysia. :P
Have a great weekend.
Oh ya! White and light blue horinzontal striped t-shirt and dark brown pants.

ilsa said...

Ye betul-- Japanese mmg ada their own ideal utk fashion2 nih.. sampai mat salleh pun amazed dgn diorang (ni tgk kat discovery channel- diorg buat liputan sometime ago).. fashion lapuk tu kan 'retro' yg dihidupkan semula ;) dalam dunia graphic design recently pun dah nampak the revival of retro design ni.. (manusia dah kehabisan idea kut?)hehe

maklang said...

tua tui tu ada dalam kamus Dewan Bahasa ke?? Baru ari ni dengar.

Izhal said...

Tuan Yazit,

budak2 main di titi,
main permainan sorok belachan,
faiq dan farish penghibur hati,
mereka memang macam shin-chan...

shin-chan belayar atas perahu,
perahunya belayar di kuala tahan,
kalau tuan hendak tahu,
hamba pakai fesyen 80-an... hahahaha...

tali rafia tali tangsi,
hari ini lusa dan esok,
betulkah tuan nampak bersisi?
baju hamba tidak bergosok... ;)

syikin,
ada, depa suka lepak kat convenient store dan baca majalah... kalau musim panas depa suka lepak2 kat luar2 shopping complex...

azli,
you can wear t-shirt to work??? thats the best job ever...

ilish & safurah,
ye la kut, dah habis idea... saya menunggu je hari fesyen kain pelekat dan baju melayu untuk ke pejabat :)

maklang,
belum ada, tapi kalau kita register dengan DBP dapat 30sen... heheh...

zino said...

orang KL ni pun ada juga yg menjadi hamba fesyen ni.. tu yg timbul cerita pakai baju bebudak tu.. atas tak cukup bawah pun tak cukup..

tapi kebanyakkan nya masih sopan lagi..

Ajzie said...

kat sini pun sama aje..tp org German nih cantik2 tau. Before datang sini, ingatkan muka mereka ada bintik2..emmmm tak de pung susah nak jumpa kalau ada pun student dari US. Betul2 org Germany mmg cantik2 tp ada gak yg kureng cantik. Fesyen plak..ok masa winter..nih dah masuk spring..dah nampak perut dahh..tak tau lah masa sommer nanti nampak apa??? huhuhu.

Salam
Ajzie

Ella said...

izhal... tu ler rasanya org2 jepun nie berani dlm apa2 jer... fesyen pun mmg pelik2 lah diaorg nie...

Anonymous said...

Hehehe.... Mau pergi ke jepun ah. Cari latest fashion kat sana... Mesti best.
btw, tsubaki tu makdsudnya apa ya???

Anonymous said...

raja hamamatsu tu boleh tahan jugak rupa dia ye.

Anonymous said...

Paling senang nak tengok is the hair. Yang kaler blond pastu fesyen macam2.

Anonymous said...

Apparently it is not only the Japanese...saw a documentary the other day about how the Chinese are also doing the same thing...cuba nak dapatkan that Caucasian looks...:D

JIE said...

Gambar 1 & 2 tu, iklan deodorant ke hehehe entah apa agaknya yang 8x4 kirei tu, siap ada on/off lagi?

Tapi kenapa ye orang suka nak ubah apa yang tuhan beri? Mungkin ada jepun tak suka mata sepet atau melayu tak suka hidung kembang, tapi mungkin pada matsaleh, sepet & kembang itu eksotik, tetap dianggap cantik. Bersyukur ajelah.

Mister Curmudgeon said...

dude.

fashion knowledge. you. really? ;-)

hv a pleasant weekend, dude.

Edoras said...

Mcm mana kaki pendek di panang-panjang kan?? Apa teknik mereka? Hmmm...

Shu said...

tu la.. blh dipanjangkan kaki yg pendek.. ermmmm...

Izhal said...

zoni,
heheh... budak2 punya pakaian ke depa pakai? tentu comel macam budak2 jadinye... ye dak? heheh...

Wilhelm~Achtzehn,
memang betul orang2 US ramai muka freckels... ttambah mereka kaum redhead... sini, musim dingin atau panas, fesyen skirt pendek tetap fesyen... hamba fesynsampai kaki sejuk gedik pun depa tak kisah...

ella,
ha ah, berani dan rajin... mau le depa...

jemstser,
tsubaki... entahlah... saya ni bahasa jepun tak reti cakap langsung... maaf no tak dapat jawab soalan...

doktor bahiyah,
dia dah lama takde dah... tapi tm hidup dulu hensem kot... dah tu, rajaaa la katakan...

crimsoneskye,
yes, but their hair doesnt look healthy langsung... not like malaysian chinese hair, so silky and beautiful... full of volume...

jeff,
yes, i saw that one too... personally, i dont think the european look is the best, i like the eurasian look better :)

jie,
deoderant la tu... tuyang pakai model lawa2 dan nampak wangi tuuu...

mengubah kejadian tuhan, saja ja kot orang nak buat camtu... nak improve one looks but not quality...

frestsurfer,
yeah... why not... hahahaha... im quite fashionable these days... my jeans koyak look is actually a hit in Japan... they purposely sell 501 koyak for about RM300-400... what does that make me??? JOJO AMANI... ;)

edoras,
huuuu, depa potong tulang kat betis dan strectt it a little... dalam masa 6 bulan dok atas wheel chair, lepas tu jadi tinggi by 2-3 inches more...

shu,
ngeri kan... setakat bedah2 muka ok lagi, ni kaki... silap buat tak leh jalan...

Shu said...

"depa potong tulang kat betis dan strectt it a little... dalam masa 6 bulan dok atas wheel chair, lepas tu jadi tinggi by 2-3 inches more"..

erkkk.. that's incredibily scary.. phewhh i wont do it even i am so small..

HR said...

Is that supposed to be a panning shot? Anyway that figurine of the Raja Hamamatsu is kinda familiar.. Macam pernah nampak.. Anyway check out my latest blog entry.. About Inul, I think she's serious about it somehow.. Cos I bet she dares to do it.. Hahaha!!

ilsa said...

eh nak tanye izhal la.. UPM kalau jd lecturer flexible tak hours dia? dlm erti kata yg lebih 'frank' -- kalau takde lecture on that day leh cabut balik umah tak ;)

Izhal said...

hanis,
ooo is that true? hopefully she doesnt do it... call me old fashioned but i still think Nusantara is the final stronghold of humble and wise people, beutiful women with brians like Maya Karin... let other corners of the world exploit their people for our pleasure. i would frown if our women joined the bandwagon of the too open minded that doesnt pause to think... wouldnt you?

Izhal said...

ilish & safurah,
hmmmm, topik kontroversi ni... heheh... specifically speaking in UPM, some faculties ada punch card even for lectureers and tutors. tapi sebagai formaliti sahaja. lecturers and tutoring sessions kadang2 ada yang malam, so once in a bluemoon kenalah pi office malam. as for kalau takde classes nak balik, memang boleh tapi jarang orang buat sebab etika kerja kena ada... kalau balik rumah memang tak jalan la kerja2 ilmiah yang kita boleh buat ye dak?... interested in working in UPM ka???

ilsa said...

hehe.. before this my wife ada lecturing part-time kat sana.. now dah dpt letter utk ujian penilaian profil.. saje nk tau working environment kt sana camne.. ada punch card ek? hmm hmm

Anonymous said...

i want more bro izhal..huhuhu :P

Izhal said...

ilish & safurah,
ooo i see... hopefully dia syok kerja sana :)

suhaimi,
heheh...

bluyasmeen,
who? so was the nose job a good one??

thank you all for reading Hamamatsu-Now!!!
-izhal, fara, faiq izz farish, tok ayah and tok mak-